07 September 2010
Sudah Nasibku 'Mat Burger' : Episod 40
Malam tu, Man dan Aboi niaga macam biasa. Pelanggan mereka tetap ramai seperti biasa. Dalam jam 10, Man ke kedai mamak tak jauh dari situ sebab dah janji nak jumpa ustaz Khalil. Namun, dah dekat 15 minit, ustaz Khalil tak muncul. Man sms ustaz Khalil, takut kalau-kalau ustaz Khalil terlupa. Lepas tu ustaz Khalil kata dia ada kerja dan minta maaf tak dapat jumpa malam tu.
Ustaz Khalil di pejabat bersama penguatkuasa lain, mengatur perancangan untuk membuat serbuan mengenai kegiatan nikah sendiket. Salah seorang ahli keluarga pengantin perempuan mengadu bahawa akan ada pernikahan di sebuah rumah. Menurut pengadu, jurunikahnya tidak bertauliah dan selepas nikah akan dapat surat nikah Siam. Pengadu tu tak puashati kerana kenapa perempuan dan bapa sebagai wali boleh setuju buat perkara begitu.
Penguatkuasa dalam 15 orang sudah berkumpul di lokasi, tidak jauh dengan rumah yang diadu. Dua orang penguatkuasa berjaya menyamar sebagai jurugambar dengan bantuan pengadu dan bebas keluar masuk rumah. Perempuan itu umur 19 tahun, sudah mengandung dalam 5 bulan. Lelaki pula 26 tahun, masih bujang. Keluarga perempuan termasuk bapanya malu kerana anak perempuannya sudah ditebuk tupai sebelum nikah. Maka jalan yang diambil adalah dengan nikah Siam. Oleh kerana kos terlalu mahal nak ke Siam dan masalah lain, maka mereka cadang nak nikah sini saja. Tapi mereka dapat surat nikah Siam.
Pengantin lelaki dan perempuan dah ada kat rumah bersama dalam 20 orang ahli keluarga. Mereka sedang tunggu jurunikah sampai, tak diketahui dari mana. Tak lama kemudian, sebuah kereta sampai ke rumah dan yang keluar itu adalah 4 orang lelaki termasuk seorang imam jurunikah. Mendapat isyarat itu, ustaz Khalil dan penguatkuasa menghampiri kawasan rumah iaitu rumah teres sederhana rendah di taman itu.
Jurugambar penguatkuasa mengambil gambar jurunikah, pengantin dan sekalian yang hadir dari pelbagai sudut. Nampak gaya macam profesional, orang tengok, bayarannya pasti beratus tu. Majlis akad nikah dah nak mula. Jurunikah bercakap dengan wali dan berbisik untuk bayaran upah nikah dulu. Bapa perempuan menghulurkan sampul surat warna coklat.
"Berapa semua ni ?" Tanya jurunikah tu.
"Seperti dijanjikan, tiga ribu" Kata bapa perempuan tu.
"Betul ni tiga ribu ?" Tanya jurunikah tu semula.
"Yer betul, boleh kira". Kata bapa perempuan.
"Okey tak apa, kita mulakan akad nikah". Kata jurunikah tu.
Jurunikah tu menghulurkan satu surat dalam sampul dan bapa perempuan buka sampul itu. Itulah dia surat nikah Siam. Sebelum nikah pun, surat nikah dah dapat dulu, lengkap dengan nama pengantin dan lain-lain.
Majlis bermula dengan bapa membaca tulisan yang disediakan jurunikah tu iaitu untuk menyerahkan wakil wali kepada jurunikah. Kemudian jurunikah baca khutbah nikah. Selepas tu, nak mulalah akad nikah. Waktu ini, dua orang penguatkuasa tu macam bersedia dan duduk sebelah jurunikah tu. Pesan ustaz Khalil tadi, kalau nak mula akad nikah saja, sila bertindak. Jurunikah belum lafaz lagi tapi cuba-cuba dulu. Bila selasai cuba-cuba dan dah nak mula, penguatkuasa menepuk bahu jurunikah dan memperkenalkan diri.
Dengan serta merta juga ustaz Khalil dan beberapa orang penguatkuasa masuk. Jurunikah ditangkap dan yang mengejutkan ustaz Khalil, jurunikah itu adalah orang yang sama yang ditemuinya beberapa hari lepas. Orang itu adalah agen nikah Siam, biasa bawa orang nikah ke Siam. Cuma kali ini, dia nikahkan orang di JB juga sebab orang tu taknak ke Siam. Turut ditemui dan dirampas adalah duit RM 3,000 dan surat nikah Siam yang sudah lengkap. Lama juga ustaz Khalil meneliti surat nikah itu. Rupanya tarikh nikah dalam surat nikah itu diawalkan 8 bulan dari tarikh hari tu. Fahamlah ustaz Khalil, mereka nak halalkan perzinaan dan menutup kes mengandung luar nikah itu. Jurunikah dibawa ke balai polis dan ditahan ke dalam lokap.
Pasangan pengantin juga ditahan atas kes nikah sendiket dan persetubuhan luar nikah sehingga mengandung. Keduanya ditahan ke dalam lokap juga. Beberapa orang termasuk wali, saksi dan tuan rumah turut dibawa ke balai polis tetapi diberi jaminan selepas itu, tidak dilokapkan. Tuan rumah itu sebenarnya adalah bapa saudara kepada perempuan bukannya rumah perempuan. Majlis diadakah disitu bertujuan untuk merahsiakan majlis itu. Bagaimanapun, akhirnya mereka tumpas juga ditangan penguatkuasa.
Semua yang ada dalam majlis itu diambil pengenalan diri dan diarahkan hadir ke pejabat untuk membantu siasatan kes. Seorang lelaki tidak membawa kad pengenalan dan ustaz Khalil menengking orang itu.
"Apa lah kad pengenalan tak ada!". Tengking ustaz Khalil.
Lelaki itu terdiam tak kata apa-apa. Orang lain tengok macam pucat. Rupanya lelaki itulah pengadu dalam kes ini. Ustaz Khalil saja menengking orang itu sebagai lakonan saja, supaya orang lain tak syak yang dia tu pengadu dalam kes ni. Bukan setakat orang lain tak tahu dia pengadu, penguatkuasa pun tak syak siapa pengadu. Selepas tu, di luar ustaz Khalil meminta maaf pada orang tu dan jelaskan, dia tengking sebab nak melindungi pengadu. Lelaki itu tersenyum saja.
Dalam kereta, ustaz Khalil yang satu kereta dengan Razali berbual mengenai kes itu.
"Puashati saya malam ni. Orang yang kita cari tu dah kena tangkap. Tak sangka juga dia jurunikahnya". Kata ustaz Khalil.
"Yer le tuan. Dia guna banyak nama kejap nama tu, kejap nama ni. Nombor telefon pun dia tukar-tukar tapi orang yang sama juga. Saya pun tak sangka dia yang kena tangkap tu" Kata Razali.
"Yer..tapi saya rasa yang buat kerja ni bukan dia seorang. Kalau dia seorang, takkanlah ramai yang boleh pegi nikah Siam dan Indon. Masalahnya orang kita tak mahu buat aduan dan anggap orang macam ni sebagai tempat minta tolong." Kata Ustaz Khalil.
Dua hari kemudian, kes itu dapat liputan meluas dalam akhbar harian mengenai kejayaan penguatkuasa membenteras sendiket pernikahan itu. Pagi tu, Man baca akhbar dan nampak muka ustaz Khalil bersama penguatkuasa lain. Man minat baca cerita tu dan ada kaitan ceritanya pada ustaz Khalil sebelum ni. Man terus sms ustaz Khalil untuk tahu cerita lanjut.
"Ustaz, tahniah berjaya tangkap jurunikah sendiket". Sms Man.
"Terima kasih. Malam ni saya telefon, kalau ada masa boleh jumpa". Sms Khalil.
Malam tu mereka jumpa di kedai mamak Osman, tempat biasa dalam pukul 11. Ustaz Khalil cerita kes itu dan memberitahu yang ditangkap itu adalah orang yang sama yang Man telefon sebelum ini. Man terkejut dan seakan tak percaya.
"Yer ke ustaz ? Macammana ustaz tahu tu orang yang sama ?". Tanya Man.
"Man, saya dah telefon orang tu lepas Man kasi nombor telefon hari tu. Orang saya dah jumpa orang ni kat restoran Osman ni dan berbincang. Biasalah, orang saya menyamar buat-buat nak pergi nikah Siam" Kata Khalil.
"Oh yer ke ustaz. Ustaz tak beritahu saya pun sebelum ni" Kata Man.
"Man... kerja macam saya ni tak boleh sebarang-sebarang cerita. Kes belum selesai kita tak boleh cerita, nanti bimbang mengganggu siasatan. Hari ni dah bolehlah cerita, kes pun dah selesai. Dah masuk akhbar pun, biar jadi pengajaran pada semua". Kata Khalil.
"Betul ustaz. Lepas baca akhbar tadi, macam nak gugur jantung saya. Yer le, nasib baik saya tak terlibat. Kalau tak, kena tangkap masuk surat khabar malu orang kampung tengok." Kata Man.
"Itu satu Man. Saya rasa mungkin ada orang lain lagi yang buat kerja macam ni, jadi broker nikah Siam. Orang yang kena tangkap ni pun, lepas ni dia bukan serik juga. Takmustahil lepas ni dia buat kerja ni lagi. Semua duit punya pasal, kerja macam ni lumayan". Kata Khalil.
"Betul ustaz. Yang penting orang kita juga, masalahnya orang kita juga nak cari cara macam ni. Kalau agen saja bergerak, kalau orang kita taknak ikut, tak akan jadi" Kata Man.
"Yer.. tengok penguatkuasa nak benteras satu kes macam ni, bukan kerja mudah. Saya dah beberapa lama melayan kes ni, barulah dapat tangkap" Kata Khalil.
Topik perbualan mereka banyak pasal nikah sendiket tu. Kemudian Man lari topik lain pasal cerita dirinya dan keluarganya.
"Ustaz, hari tu mak, ayah dan adik Man datang rumah. Berlaku sedikit lagi pertengkaran". Man
"Pertengkaran ? Janganlah bertengkar lagi Man. Hormatlah mak ayah". Khalil.
"Bukan ustaz, Man tak bertengkar tapi adik Man, Syira bertengkar dengan mak ayah pulak. Syira membela Yanti dan Syira kalau boleh mahukan Man teruskan perhubungan dengan Yanti". Kata Man.
"Masalahnya sekarang, hidup Man semakin serba salah. Man sebenarnya nak bersendirian, tak mahu tekanan. Syira tu tahun ni STPM, Man tak mahu dia rasa kecewa dengan Man sehingga boleh menjejaskan pelajaran dia". Kata Man lagi.
"Apa yang patut saya buat ustaz ? Man semakin buntu sekarang". Kata Man.
"Rilek Man.. Saya rasa Man perlu elakkan pertengkaran dengan keluarga pasal Yanti ni. Saya rasa, perbincangan biasa pun boleh jadi pertengkaran nanti. Tunggulah lepas-lepas STPM nanti. Betul juga, nanti pelajarannya boleh terjejas" Khalil.
'Okey ustaz... pasal Yanti, patutkan Man hubungi Yanti buat masa ni ?" Tanya Man.
Khalil terdiam seolah-olah sedang memikirkan sesuatu, kemudian menjawab dengan serba salah dan tak berapa yakin.
"Entahlah Man. Man rasa macammana ?" Kata Khalil.
"Man..Man rasa taknak telefon. Nanti menambah serabut lagi. " Kata Man.
"Okey, kalau itu yang baik untuk Man, elok Man berdiam diri dulu sekarang". Kata Khalil.
"Ustaz...." Kata Man. Kemudian Man terdiam dan tunduk. Khalil seakan hairan dengan Man.
"Yer Man, kenapa ?" Tanya Khalil nakkah jawapan Man.
"Ustaz.. Man dah ada keputusan sekarang ni mengenai hubungan Man dengan Yanti. Man dah fikir banyak hari. Walaupun berat, Man perlu buat keputusan sekarang. Man..." Kata Man.
Man kemudian menutup mukanya dengan tangan. Air matanya mengalir. Khalil diam saja, mengetahui betapa sedih dan beratnya untuk Man meneruskan kata-kata. Khalil tetap hairan, kenapa Man jadi begitu.
"Keputusan apa Man.. ceritalah kalau Man tak keberatan". Kata Khalil.
"ustaz. Man mahu ustaz rahsiakan dari sesiapa. Man percaya, ustaz seorang yang boleh memegang rahsia ini". Kata Man. Man terdiam dan terus menangis lagi, kali ini semakin deras air matanya mengalir.
"Man...Man nak putuskan hubungan dengan Yanti". Kata Man ringkas.
.....BERSAMBUNG KE EPISOD 41
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Aduh Man, kenapa engkau biarkan perkara ini terus berlalu begitu saja. Engkau telefonlah Yanti dulu. Barulah boleh cerita mahu putus atau couple semula. Kalau putus pun elok juga. Mari kita tengok siapa yang kena:)
BalasPadam-OrAng KampungKu-
AKAN BERSAMBUNG LAGIKAH
BalasPadamAkan disambung episod 41 nanti.
BalasPadamteruskan jer dgn cinta baru yg d restui keluarga masing2
BalasPadam