Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 September 2010

Pasangan ditangkap Khalwat Nak Nikah Cepat


Seorang seorang penjawat awam akan dituduh di mahkamah Syariah Kluang tak berapa lama lagi atas kesalahan khalwat. Dia ditangkap kira-kira 2 bulan lepas di sebuah rumah di Kluang bersama seorang wanita janda. Lelaki ni duda, umur lewat 30-an manakala wanita awal 30-an.

Dia nak nikah cepat sebelum kes dia dituduh di Mahkamah. Ok ler, nak nikah tu boleh, kalau betul dan ikut prosedurnya. Tapi masalahnya,  dia merayu supaya gugurkan kes dia atas alasan dia dah nikah. Bab nak merayu-rayu ni mintak maaf bebanyaklah, saya tak mahu campur. Itu kuasa pendakwa syarie, bukan kuasa saya.

Nak beritahulah juga, dulu masa saya jadi pendakwa syarie, memang tak suka orang masuk campur dan rayu-rayu kes macam ni. Kalau nak merayu, rayu di mahkamah sajalah. Orang ni kena faham, dia ditangkap sebelum nikah lagi. Patutnya nak duduk serumah macam tu, nikah dululah.

3 ulasan:

  1. salam...

    patutnya kalau dah berkenan tu, xpayah la dating2 dulu..jumpa la terus org tua cakap elok2 bgtau nak nikah..lg bagus.

    dating lepas nikah, lebih baik. ada 'lesen'.

    BalasPadam
  2. assalamualaikum...ustaz, disini saya ingin bertanya pendapat ustaz tentang gejala maksiat ni..saya mempunyai masalah apabila teman serumah saya selalu membawa teman lelaki balik ke rumah..apakah saya patut buat ustaz? saya buntu,,,

    BalasPadam
  3. Salam sy ingin bertanya,jika seseorang ditangkap khalwat dan ingin dibicarakan,perlukah dia membawa ahli keluarga atau hanya saksi shj?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.