Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 September 2010

Penyabit Cari Kepala Orang ?

Dulu masa kecil-kecil, heboh pasal 'penyabit'. Ini masa zaman saya sekolah rendah, kat Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Cerita ni heboh dalam tahun 1977, 1978, 1979 kalau tak silap saya. Penyabit ni gelaran orang yang cari kepala orang,  terutama kepala budak. Kononnya kepala tu untuk jamu kat jin masa buat bangunan termasuk jambatan.

Masa tu, kat Padang Tengku tu tengah buat jambatan panjang melintasi Sungai Jelai, jambatan tu ada sampai sekarang. Maka budak-budak sebaya saya masa tu, nak keluar rumah kena berhati-hati. Tak boleh ler jalan seorang-seorang termasuk nak pegi sekolah. Malam-malam kalau tak ada tujuan, lagilah tak boleh keluar. Masa tu cerita dia bukan main-main, tapi real punya cerita.

Masa tu takut memang takutlah, maklumlah budak kecit. Masa tu berbual gak dengan kawan-kawan sebaya pasal penyabit tu. Ada sorang kawan tu kata, kenapalah penyabit tu cari kepala budak manusia, kenapalah tak cari kepala monyet jer. Ini manusia jugak yang dia cari. Ada sorang kawan tu kata, tak apa, kalau mati masa budak-budak ni kira mati syahid.

Betul atau tidak kisah penyabit ni, mana lah tahu betul ke tak. Waktu tu, masa kecil, percaya sajalah. Mana tak percayanya, yang cakap ni orang-orang tua kat kampung tu, yang sekarang ramai dah arwah. Sekarang baru terfikir semula, apa logiknya penggal kepala budak lepas tu tanam kat jambatan. Waktu tu, tak ada seorang pun budak hilang atau mati kena penggal kepala. Betul ke kisah penyabit ni ?
SIAPA ADA PENGALAMAN TOLONGLAH JAWAB...

Apa-apa pun, kisah penyabit tu menakutkan budak-budak dari keluar lepak malam-malam. Tak macam budak sekarang, pukul 12 malam belum balik rumah tu perkara biasa. Mak ayah tak berapa boleh nak kawal anak-anak keluar rumah ni. Budak-budak sekolah rendah kalau kat JB tu jalan-jalan naik basikal ke Danga Bay JB berkumpulan. Saya bagi nasihat masa saya jadi penguatkuasa dulu, dia jawab dia bukan buat maksiat. Pandai budak sekarang jawab.

8 ulasan:

  1. Salam uztas,

    Dulu masa kecik2 pun pernah ditakut-takutkan dengan mitos pemenggal kepala budak2 utk di tanam bawah jambatan sebagai "jamuan" jin, sebagai pengeras utk meneruskan projek pembinaan jambatan.. cuma bezanya di swk, istilah Pak Nyamun (penyamun) digunakan. Lps tu ada timbul pulak mitos, perempuan pakai purdah culik dan bunuh anak gadis yg keluar mlm2.. tp masa tu dh pikir dh ini mesti nk takutkan saja, sbb x nk kasi bdk2 prempuan kluar umah mlm2 tanpa ditemani muhrimnya hehehehe.. bekesan jgk la utk takutkan budak2 kmpg.. ;p

    BalasPadam
  2. Salam Tuan,

    Tahun 60an dah ada ustaz, orang tua-tua kata budak-budak jangan keluar rumah nanti ada "ke***g penyabit"

    Tahun 80an ada juga "hantu kom-kom".....takuuuttt.

    BalasPadam
  3. Bagus orang-orang dulu buat cerita macam itu. Saya pun terkena juga tempias cerita-cerita menakutkan ini termasuklah kalau nampak tirai yang tutup cermin atau cermin van tintd gelap van tu nanti dia akan culik budak kecil kemudian bawa lari ke sempadan untuk dijual atau dipenggal kapala untuk dibuat jambatan. Takut juga waktu itu.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  4. Sebenarnya bersebab cerita ni semua. tengok generasi sekarang. budak2 tak ada bende yang perlu ditakutkan. padahal orang semakin kejam. mungkin sebab cerita2 ni lah kita dulu tertib duduk dirumah bila malam...teringat arwah ayah saya...Al-Fatihah

    BalasPadam
  5. salam, perkara ini memang berlaku. bapa saudara (zaman 60 an) bekerja mmbina jambatan yg mana engineernya mat saleh. beberapa pekerja terdengar mat saleh dan beberapa pekerja bukan melayu merancang utk mendapatkan kepala untuk ditanam buat pengukuh tiang jambatan.Akhirnya mat saleh ini yg jadi mangsa kemarahan pekerja2 melayu (bunuh?).Ini bukan rekaan saya,dan saya percaya didlm dunia percaya kepada perkara mistik dan khurafat ini, masih ada yg mempraktikkannya cuma takkanlah mereka nak bising2.

    BalasPadam
  6. salam,sebenarnya ayah saya pun cakap macam tu....dah la rumah nenek saya dekat dengan jambatan tu...ustaz saya nak tanya sikit orang tu dah kena tangkap ke???

    BalasPadam
  7. Tak ada tangkapnya, nak tangkap siapa pun tak tahu, huhu.

    BalasPadam
  8. Kekadang bila terfikir, kalau tak de angin masakan pokok bergoyang. Mungkin ada sejarahnya. Kiranya nie 'Urban legend' negara kita la nie.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.