Majistret Nor Azizah Yusof memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh, Ayub Abd Rahman, 29, bermula dari tarikh sabitan hari ini. Ayub, seorang buruh, didakwa memiliki mercun dan bunga api di sebuah rumah tidak bernombor di Jalan Seri Nilam, Kampung Makam Lama, Chabang Tiga, di sini, pada jam 3 petang 22 Ogos lalu. Sabit kesalahan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 (Akta 207) itu, tertuduh boleh dihukum penjara tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.
Kata Majistret, kesalahan yang dilakukan tertuduh itu adalah serius kerana melibatkan kematian kepada anak tertuduh dan kecederaan parah terhadap dua mangsa. Dalam kejadian letupan pada 12.30 tengah hari itu, Khairul Arif maut selepas dikatakan tercampak ke atas pokok setinggi 15 meter akibat letupan itu dan mengalami kecederaan parah di kepala. Manakala dua pemuda Mohd Asrizan Muda, 22, dan Mazlan Abdullah, 29, turut mengalami cedera parah dan dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.