Yanti pagi Ahad tu tak ke mana-mana, cuma basuh baju dan kemas rumah. Dia tak balik ke rumah ibu bapanya. Memang dia jarang balik, adalah dua tiga kali jer, itu pun tak tidur. Sejak dia berkrisis dengan keluarga dan adik beradik, sikap Yanti berubah dari seorang yang ceria kepada pendiam dengan keluarganya.
Nani ajak Yanti pergi ke Komplek Pertama, Kuala Lumpur, nak beli-beli persiapan terakhir perkahwinan Nani yang tinggal tak sampai sebulan lagi. Yanti setuju nak pegi sama. Sedang Yanti bersiap, Badrol telefon Yanti, ajak keluar jalan-jalan. Badrol ajak Yanti ke PWTC, ada pameran kereta antarabangsa di situ. Yanti bab kereta ni minat juga, sesuai dengan jiwa lincahnya. Yanti ajak Nani ke PWTC sama dan Nani setuju. Jadi, mereka nak ke PWTC dulu lepas tu barulah ke Pertama.
Yanti dan Nani jumpa Badrol yang seorang diri di PWTC. Badrol belanja bayarkan tiket masuk ke pameran tu yang mahal juga tapi Yanti tak ingat berapa harga sebab Badrol yang belanja. Mereka jalan bertiga di dalam pameran tu, mereka bertiga nampak ceria. Banyak kereta model baru dari luar yang belum ada di pasaran negara kita turut dipamerkan.
Keluar dari pameran tu, mereka minum di kedai makanan segera di situ. Lama juga mereka makan sambil berbual-bual. Sementara itu, bila makanan Nani habis, Nani mintak izin untuk berjalan sebentar untuk tengok-tengok barang yang di jual di situ dan meninggalkan Yanti dan Badrol berdua saja di situ. Dalam hati Nani, ada juga perasaan nak meninggalkan insan itu berdua, dia tak mahu kacau daun sangat..... Yanti dan Badrol nampak intim, berbual dan kekadang diselangi dengan gelak ketawa. Perbualan mereka tertumpu pada kertas gambar kereta yang banyak didapati dari dalam pameran tadi.
Sedang mereka seronok berbual, tiba-tiba ada seorang perempuan menegur Yanti dari belakang. Yanti terkejut juga. Rupanya yang tegur itu adalah kakaknya Azizah dan bersama Azizah adalah suaminya dan dua orang anak dalam sekolah rendah. Yanti terkejut, sebab waktu itu sedang asyik bercerita dan bergelak ketawa dengan Badrol. Badrol juga terkejut bercampur takut. Ditambah pula, Badrol lihat muka kakak Yanti tu macam serius saja pada mulanya. Tapi kemudian Azizah tersenyum pula.
"Yanti.. tengok pameran ker ? Kakak baru sampai nak tengok pameran gak " Kata Azizah.
"Yer kakak, kami dah masuk tadi, dari pagi lagi. Seronok kak, banyak model baru, yang tak pernah tengok pun banyak. Erggg kak, kami bertiga sebenarnya, tadi ada Nani. Tapi entah, tadi dia kata nak tengok-tengok barang kejap". Kata Yanti.
Azizah, suami dan anak-anak turut makan di meja sebelah. Sempat juga Azizah dan suaminya kenal-kenal dengan Badrol. Rupanya rumah Badrol dan Azizah tak berapa jauh, yang sama di Shah Alam. Tak lama kemudian, Nani datang semula, ada juga beli tudung tadi. Yanti nampak ceria berbual dengan kakaknya, macam tak ada perselisihan. Yanti nak cover supaya Badrol tak tahu dia ada krisis. Pada Nani, Yanti tak kisah sangat, banyak rahsia Yanti beritahu pada Nani.
Selesai makan dan berbual dalam sejam, Badrol minta diri nak balik dulu dan meninggalkan yang lain di situ.
"Kakak, abang, saya nak balik dulu. Ada hal lain lepas ni" Kata Badrol.
"Aik, tadi datang sendiri ker bertiga ?" Tanya Azizah.
"Naik kereta seorang kak". Kata Badrol.
"Badrol. Mintaklah nombor telefon, nanti boleh le jumpa kat Shah Alam ker, jiran rupanya". Kata Azizah.
Yanti macam terkejut bila Azizah mintak no tel. Tapi Badrol kasi saja. Badrol pun balik. Kemudian Yanti dan Nani pula ke Pertama teman Nani beli pakaian di situ. Tak lama lepas tu, Yanti terima sms dari Badrol. begini bunyinya.
"Aduhhhh...Rasa nak gugur jantung jumpa kakak u tadi. Nasib baik ler kakak u ok jer". Sms Badrol.
Tergelak Yanti membacanya sehingga disedari Nani.
"Kenapa ketawa sampai macam tu Yanti ?" Tanya Nani macam pelik juga.
"Haha.. kau tengoklah mamat ni, jumpa kakak aku pun dah gabra habis. Belum jumpa bapak dan abang aku lagi. hehehe". Kata Yanti.
"Yer le, mana tak gabranyer, dia ingatkan kakak Yanti nak serang dia. Marah-marah depan orang ramai, bawak keluar anak dara orang tak beritahu". Kata Nani semacam bergurau.
Di Angsana JB, Syira dan Nizar seronok beli buku berdua. Mak dan ayahnya pergi ke tingkat lain, cari barang lain. Habis semua mata pelajaran dia beli, harga dapat diskaun 10 peratus bila Syira buat kad dengan bayar RM 5. Semua sekali beli buku dalam RM 250.00, ok ler tu, tadi Man kasi RM 400 untuk berdua. Dalam hati Syira dan Nizar, banyak-banyak terima kasih pada abang Man. Petang tu mereka terus balik kampung dan sampai sebelum Maghrib.
Malamnya, Syira telefon Man, untuk ucap terima kasih dan nak beritahu dah sampai kampung.
"Abang Man, tadi buku dah beli. Seronoknya, semua sekali ada. Lepas ni tak payah beli lagi". Kata Syira.
"Okey. Cukup ker semua duit tu ?". Kata Man.
"Cukup sangat, Syira dan Nizar cuma RM 250 saja". Kata Syira.
"Tak apa, yang lebih tu simpan buat belanja sekolah". Kata Man.
Selain itu, Syira nak beritahu sesuatu pada abangnya yang dari tadi dia nak beritahu. Syira nak minta maaf atas apa yang berlaku siang tadi.
"Abang Man, Syira minta maaf kalau Syira salah siang tadi. Syira tak sepatutnya cakap begitu. Syira gagal kawal perasaan siang tadi, maafkan Syira abang Man". Kata Syira.
Man terdiam seketika, kemudian Man jawab.
"Tak apa, abang tak apa. Abang tak terasa hati pun".
"Abang, maafkan Syira sebab sebut nama Kak Yanti, dia seorang yang baik. Kenapa mak dan abah marah bila Syira sebut nama seorang yang baik dan boleh menjadi contoh dalam hidup Syira ?". Kata Syira.
Man terus terdiam, dia mula sebak.
"Abang, kenapa abang menjauhkan diri dengan kak Yanti ? Adakah abang sudah terpengaruh dengan kata-kata mak dan abah ? Lupakah abang, kak Yanti sanggup bercuti, sewa hotel dan jenguk abang hari-hari di hospital dulu... Waktu Syira dan adik-adik dalam kesedihan beberapa hari itu, kak Yantilah yang berikan semangat supaya bersabar dan tabah menghadapi ujian itu. Abang Man... sedara mara kita pun tak seperti kak Yanti, sanggup tunggu abang Man beberapa hari. Kenapa abang Man lupa semua ini, kenapa ?" Kata Syira.
"Syira, abang Man tahu semua ni. Tapi, abang Man kena fikir banyak benda dulu, banyak benda yang kena fikir". Kata Man.
Man cepat tamatkan perbualan dengan Syira. Dalam hati Man, Syira masih muda remaja, fikiran dan pergaulannya belum matang lagi. Tapi, bagaimanapun, katakata Syira tadi tetap menyentap ke lubuk hati Man. Apa yang dikatakan oleh Syira tadi ada juga banyak betulnya. Pertama, adakah wajar Man nenelefon Yanti ? Sudah lama, dah nak masuk 3 bulan tak telefon. Kalau dulu setiap hari, malah sehari sampai 5-6 kali, sampai 20-30 kali telefon sehari pun ada.
Man nak jumpa ustaz Khalil lagi malam ni. Man nak cerita peristiwa yang belaku siang tadi masa mak ayahnya datang. Dan soalan yang nak tanya ustaz Khalil, adakah Man perlu telefon Yanti ? Semalam ustaz Khalil kata "terpulanglah", hari ini mungkin jawapannya lain. Tapi kalau malam ni jumpa ustaz Khalil, sudah 3 hari berturut, kan ustaz Khalil sibuk tugas penguatkuasa, mungkin banyak operasi. Bila Man sms, ustaz Khalil boleh jumpa di kedai mamak tempat biasa jam 10.00 malam ni. Man gembira. Apa perbualan mereka hari ni ?
....BERSAMBUNG KE EPISOD 40
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-40.html
Man, engkau telefonlah Yanti itu. Sekurang-kurangnya seronok sikit bila aku hendak membaca cerita engkau ini.
BalasPadam-OrAng KampungKu-
ye la Man... apepunn burger ayam special satu!
BalasPadam