Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 September 2010

'Raya' Baru Bermula di Johor

Tak macam negeri lain, orang Johor sambut raya sebulan, kekadang sampai terlajak ke selepas Syawal. Sebentar tadi, malam ni, rumah saya dikunjungi kira-kira 100 orang dari Badan Kebajikan Saudara Kita Kluang. Seronoknya, mereka datang bawak anak isteri. Mula berdebar juga nak sambut tetamu seramai tu, lagi pun semua makanan saya yang masak sendiri. Bimbang tak sedap atau tak cukup jer.

Alhamdulillah, makanan cukup dan semuanya nampak berselera makan. Nampaknya sudah 3 tahun berturut-turut, hari raya saya yang masak sendiri untuk tetamu yang datang, sejak saya di Johor Bahru lagi. Apa masakan saya hari ni, rahsialah.... Nak tahu, datanglah rumah.

Chef saya

Ini gambar Aiman Pang, saudara kita, bangsa Cina. Dia betul-betul chef, dulu pernah kerja hotel terkemuka, kemudian kedai makan dan sekarang tukang masak di salah sebuah hospital pakar. Dia mahir masakan Cina. Dia ada ajar saya masakan Cina, tapi malam ni saya tak masak yang dia ajar tu, takut tak sedap sebab tau dia mesti datang. Dia tanya saya, panggang ayam pakai apa. Saya kata dapur 'apollo', dia pun ke dapur tengok dapur tu.

Dia puji ayam panggang saya lembut, tak keras. Harap-harap betullah punya puji tu, bukan nak ambil hati saya jer. Lepas tengok dapur apollo tu, dia pun kata nak beli juga dapur tu, nak berniaga sendiri pulak kalau ada rezeki. Kalau baru dapur tu dalam RM 2500, saya beli secondhand RM 700.00. Sesuai untuk masak dan bakar ayam. Saya pernah pergi kursus masak nasi ayam apollo tahun 2008 dulu.

Dulu Aiman Pang kerja dengan Sabri Hoi, saudara baru juga, buka kedai masak itik panggang di Kluang. Sekarang Sabri Hoi dah buka kedai di Shah Alam, dah makin besar kedainya. Aiman bercita-cita nak bukak kedai itik panggang, dia ada pengalaman.

4 ulasan:

  1. assalamualaikum...selamat hari raya ustaz..hehe wowww....itik panggang!!! sy memang suka sgt..masa bulan puasa hari tu ada org jual kat baza..tapi.......ehem.....hehe kurang sedap lee...ustaz kalau ada pergi kota tinggi boleh cuba makan di restoran terapung.chef dia cina muslim...masakkan memang istimewa...hehe kalau minat chaines food la...

    BalasPadam
  2. Salam ustaz,

    Saya dh pernah try nasik itik kt restaurant chan abdullah (cina muslim) ada 4 cwgn kt KL.. tp kureng ler.. masakan lain ok, sy suka.. mungkin sbb daging itik keras/liat sikit kot.. tp nk jgk try yg lain.. :D

    BalasPadam
  3. salam ziarah raya ustaz.. ada masa ziarah blog kami ye.. http://tasbihqasih.blogspot.com

    BalasPadam
  4. salam ustaz,

    saya dari pasir gudang, saya nak start niaga nasi ayam, nak tahu uztaz dulu ambik kursus nasi ayam kat mana dan mesin appollo tu beli kat mana. kalu sudi ustaz boleh email kat saya mala.nur66@yahoo.com
    terima kasih uataz

    BalasPadam

Dipersilakan komen.