Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

03 September 2010

Masalah Rumahtangga : Nasib Isteri Kedua, Mohon Nasihat Dari Pembaca


"Saya adalah isteri kedua. Saya telah berkawin di sempadan Thailand pada beberapa tahun lepas . Tapi suami enggan daftar kerana dia kata dia tak ada duit nak daftar. Sebelum berkawin saya maklum yang bakal suami saya tidak mampu dari segi kewangan untuk menyara dua isteri. Jadi saya redha dia tidak beri saya nafkah dari segi wang . Saya ada perniagaan sendiri waktu itu.

Saya ada meminta suami membuat pinjaman bank dan saya janji membayarnya semula. Malangnya saya gagal untuk membayar balik wang itu pada masa yang telah saya janjikan. Suami saya kemudian menuntut saya membayar dalam jumlah seratus ribu.

Saya sekarang tak ada pendapatan tetap, perniagaan saya jatuh . Saya hidup sekarang cuma menumpang makan dari nafkah yang diberi oleh bekas suami saya kerana saya sekarang menjaga anak2 dari suami pertama. Suami sudah semakin jarang pulang ke rumah saya.

Pada tahun ni, saya minta dia jangan balik lagi jumpa saya, kerana rumah yang saya duduk sekarang sewanya di bayar oleh bekas suami saya . Dia jadikan ini sebagai isu yang saya isteri yang nusyuz dan kata saya tak layak terima nafkah walhal dari awal perkawinan dia tak pernah bagi saya nafkah.

Dia sekarang ni hanya suami pada nama sahaja. Adakah saya masih perlu pada redhanya?  Saya sebenarnya telah minta dia lepaskan saya. Tapi dia kata, selagi saya tak jelaskan hutang itu, dia tak akan lepaskan saya.

Tolong saya........ saya pening dan binggung, terutama bila dia kata saya tak akan masuk syurga kerana dia tak redha dengan saya kerana redha Allah s.w.t adalah bersama redha suami.
Akhirnya saya ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi membaca masalaah saya . Saya harap  dapat memberi saya pencerahan dari kemelut saya ini ."
...Puan Kay.
Ulasan Saya :
Saya menerima email ini. Kepada pembaca yang ingin membantu memberikan nasihat, dialu-alukan. Insyaallah, saya akan beri sedikit ulasan nanti.

11 ulasan:

  1. Salam ustaz,

    Berat juga masalah dia ini, mungkin suami dia rasa tetipu kot.. wallahualam, hanya Allah yg lbh mengetahui..

    BalasPadam
  2. lumrah alam.untung rugi adat perniagaan. yang penting suami isteri perlu sama-sama selesaikan pinjaman yang telah dibuat.tidak mampu rasanya kalau seorang saja yang kena selesaikan masalah pinjaman itu.

    -OrAng KampungKu-

    BalasPadam
  3. bila kita berjanji, yg penting kena tepati, meminjam kena bayar itu yg pasti...

    BalasPadam
  4. bukankah hidup berumahtangga ni perlu tolong menolong? kalau puan tak bekerja, suami pula mcmana? kalau dia bekerja, mesti dia mampu tolong. tak blh byk, sikit pun jadi. tolong setakat yg termampu, tak boleh lepas tgn gitu jer.

    memandangkan puan isteri kedua, saya rasa jgn la stakat harapkan suami jer. puan blh juga tanya atau minta tolong pada madu. cuba2 la berbaik2 dgnnya. bukankah puan berdua duduk sebumbung dgn 1 suami? tak pun, puan blh tanya pd bekas suami...tanya dulu, tak salah kan? bawa berbincang dulu apa2 yg patut, then puan decide la mcmana nak buat - nak bayar hutang bank, nak berniaga semula ker, etc..keputusan di tgn puan..

    BalasPadam
  5. salam..suami puan minta bayar seratus ribu tu sbb pinjaman tu seratus ribu ker?..
    nasihat sy:
    1)apa jua keadaan..pn msh isteri dia..
    2) pn xleh hlg dia juper puan..wpun umah tu bks suami yg bayar..
    3) tgjawab dia kalu dia tak laksanakan..itu antara dia dgn Allah..pn blh skdr bg pandagan n nasiht pd dia..org laki ni ego..kdg2 xbtempat..
    4) redha je lah atas apa yg blaku..sbb puan pun redha kan pd awalnya?..kalu nk selesai..selesai cr baik..
    5) psl pinjaman tu bw bincang dgn suami..kalu dia leh buatkn pinjmn sampi 100ribu tu maksudnya xde la teruk mana pndptn dia..nk dibndgkn dia x prnah bg nafkah kt puan..
    maaf kalu pndapat ni menyinggung mana2 pihak

    BalasPadam
  6. Salam..

    Isu paling utama - pernikahan di sempadan tetapi tidak berdaftar di Malaysia - itu yang harus diselesaikan dahulu. Sahkan dulu pernikahan tersebut, kerana jika silap percaturan, tidak memenuhi syarat sah nikah, perhubungan Puan dan suami puan boleh dikira zina dan anak yang lahir (sekiranya ada) adalah anak tidak sah taraf. Lagipun, jika dah daftar, senang kalau ada isu2 berbangkit seperti ini.

    Di sini, melihatkan sikap dia yang culas untuk mendaftar, sudah menandakan sikap dia yang tidak serius. Macamana nak jadi ketua keluarga kalau perkara penting seperti ini juga tidak diselesaikan dahulu.

    Puan K, suruh suami daftar perkahwinan dahulu, baru dia boleh sibuk dengan hutang RM 100 ribu itu.

    Ya, memang tanggungjawab Puan untuk membayar semula hutang tersebut - jika wang pinjaman itu telah digunakan 100% oleh Puan(saya rasa RM nya tidak sampai 100 ribu kan?). Tetapi keadah dan prosedur pembayaran semula mungkin boleh dibawa berbincang kemudian nanti.

    APA YANG PENTING, DAFTARKAN DAHULU PERKAHWINAN ITU!

    (Maaf la....saya sudah terlalu banyak melihat perkahwinan yang dibelenggu masalah rumit gara-gara perkahwinan sempadan tidak berdaftar ini. Sangat phobia....)

    ~ Dee

    BalasPadam
  7. Mana dia harga diri seorang lelaki yang membiarkan isteri yang harus menjadi tanggungjawab dia tetapi dibiarkan ditanggung dan diberi perlindungan oleh orang lain. Boleh ke dia mendabik dada mengaku dis suami sedangkan segala kebajikan dan perlindungan tidak diberi kan nya kepada isterinya.

    Apa dia nak jawab pada Allah nanti. Rasanya dia terlebih dahulu nusyuz sebelum isterinya nusyuz.

    Kalau benar tak mampu nak tangggung dua isteri kenapa dia kawin lagi mungkinkah ada ajenda disebaliknya dengan berkahwin dengan seorang wanita yang punya perniagaan... waalahu'alam

    BalasPadam
  8. PUTRA
    ada ker suami nusyuz pd isteri yg kebiasaan didgr isteri yg nusyuz pd suami..! isteri yg nusyuz pd suami tdk harus dberi nafkah.dimana dunia diakhir zaman ini ramai kaum pompuan(isteri)tk tau lg mghormati dan mentaati para suami, wallahualam mtk ustaz jelaskan..

    BalasPadam
  9. saya simpati dgn masalah puan...tp yang jelas di sini, suami puan mungkin sudah tawar ht pada puan....die tidak ceraikan puan mungkin kerana duit 100 ribu yg die mintak puan jelaskan tu...mgkin bile die dh dpt 100 ribu tu die akan ceraikan puan...tp puan mungkin salah kerana berjanji dan tidak kotakan janji puan..cadangan saya agar puan redha dgn ape yg berlaku, puan teruskan usaha puan dgn mencari duit yang suami puan mintak dijelaskan tu..dan maaf kalau saya katakan suami puan mungkin seorang yg tidak bertanggungjawab dgn perkahwinan kamu...tidak memberi nafkah.puan berlu berdiri di kaki sendiri.....

    BalasPadam
  10. NUSYUS bukan tertakluk pada isteri sahaja..

    http://mstar.com.my/variasi/agama/cerita.asp?file=/2009/4/1/mstar_agama/20090401114119&sec=mstar_agama

    BalasPadam
  11. Salam semua,
    1. Bekas suami puan seorang yg bertanggung jawab, kenapa boleh berpisah ye ?
    2. Lupakan dahulu masalah lain, fokus kpd membangunkan semula perniagaan, sedikit dan kecil-kecilan lama-lama jadi bukit.
    3. Baca doa Nabi saw ajar, doa utk lepaskan resah gelisah, bebanan hutang, rasa malas dan paksaan. Insya Allah swt.
    Wasallam.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.