Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 September 2010

Boleh Ker Nikah Sekarang, Tapi Tarikh dikebelakangkan 7 Bulan ?

Seorang bapa umur 50-an masuk ke bilik saya dengan anak perempuannya dalam umur 20-an. Nak uruskan pernikahan anaknya itu, kalau boleh disegerakan. Ok ler, nak nikah cepat tu ok ler, janji ikut prosedur, cepat tu tak le cepat sangat.

Tapi lepas tu bapa dia berbisik dengan saya... Apa dia ? Bapa dia minta tarikh nikah dikebelakangkan, kalau boleh, letak tarikh awal tahun 2010. Rupanya anak dia tu dah mengandung 7 bulan sekarang. Saya diam jer dan senyum.

"Minta maaf tuan, kita tak boleh pinda tarikh nikah". Jawab saya ringkas.

Lepas tu dia tersipu-sipu, mungkin malu dan keluar dari bilik saya.

2 ulasan:

  1. hmmm...dia tak mau cucu dia ber Bin/Binti kan Abdullah, ya ustaz? atau dia nak guna tarikh itu untuk nyatakan dlm mahkamah nanti yg kedua2nya telah pun bernikah masa ditangkap?

    BalasPadam
  2. Boleh plak mintak tarikh nikah dibelakangkan yea ustaz..uishhh dah 7 bulan baru nak dinikahkan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.