Yanti pagi Ahad itu selepas bangun tidur, tak balik terus. Lagi pun kalau balik KL awal-awal bukan ada apa juga. Kawan baik serumah dia, Nani dah kawin dan lepas ni akan terus pindah duduk dengan suami di KL juga. Maka akan tinggallah Yanti, macam tak ada kawan, kawan lain tak rapat sangat, bercakap pun jarang-jarang. Nani lain, boleh kata semua masalah yang Yanti hadapi, diceritakan pada Nani. Mereka sama satu universiti dulu.
Yanti serba salah dan teringat hadiah yang diberikan pada Syira untuk diberikan pada Man tu. Yanti semacam rasa tak patut dia kasi hadiah tu pada Man, tapi dah diserah pada Syira. Lagi tak patut kalau dia telefon Syira supaya jangan beri pada Man. Syira pula beberapa hari ni nak periksa STPM, tak sepatutnya diganggu perasaannya. Apa-apa pun, Yanti dah kasi hadiah tu, maka terimalah seadanya. Rasa takut pula menanti apa reaksi Man padanya nanti. Tapi apa boleh buat.
Pagi tu, Yanti sibuk layan sms dari Badrol. Bukan sms biasa, sms ayat-ayat cinta gitu. Yanti balas jugalah walaupun bukan sepenuh perasaannya. Yanti takkanlah tak sedar, Badrol ada hati padanya hingga Badrol pernah kata nak meminang Yanti, tapi Yanti tak pernah jawab. Bagi Yanti, Badrol sebagai kawan saja atau sekadar teman masa lapang. Boleh juga jadi teman sms dan berbual dalam telefon. Kalau ajak keluar tu, 5 kali Badrol ajak, adalah Yanti keluar sekali. Badrol memang tak tahu kisah cinta Yanti dengan Man Burger JB tu, itu rahsia yang tak boleh dicerita pada sesiapa kecuali teman baiknya Nani saja.
Dalam jam 10.00 padi, selepas Yanti sarapan dan naik ke bilik, Yanti terima panggilan telefon dari kakaknya, suatu yang mencemaskan dan kakaknya bercakap macam tergesa-gesa.
"Yanti. Di mana sekarang ? Cepat balik rumah. Tadi mak telefon, kata abah pengsan jatuh bilik air. Ni kakak nak ke sana ni..." Kata kakaknya Azizah.
"Apa ? Abah pengsan, terjatuh ?" Tanya Yanti terkejut.
"Yer. Cepat-cepat datang tengok abah". Kata Azizah.
"Kak..... Erg, sekarang Yanti balik. Sekarang Yanti kat Johor, datang majlis kawin Nani. Sekarang Yanti bertolak, kak". Kata Yanti dalam keadaan mencemaskan.
Yanti terus kemas barang dan terus ke KL dengan keretanya. Dalam perjalanan, banyak kali Badrol sms, tapi Yanti tak kuasa nak jawab. Biasa dari situ ke KL dalam 4-5 jam kalau ikut cara Yanti memandu yang tak berapa rempit. Tak lama kemudian, Azizah telefon, menyatakan ayahnya dibawa ke hospital pakar di sana. Ayahnya masih belum sedarkan diri. Yanti cuba memecut keretanya di lebuhraya tapi tak selaju mana.
Di hospital, ayahnya dimasukkan ke wad kecemasan kemudian diletakkan di dalam bilik yang menempatkan seorang saja pesakit. Semua adik beradik Yanti ada di situ kecuali Yanti saja.
"Azizah, di mana Yanti ? Dah telefon dia ker ?" Tanya Kamal, abang sulung Yanti.
"Yanti ke Johor, tadi dia dah bertolak balik" Jawab Azizah ringkas.
Abang kedua Yanti, Fuad kurang senang dengan jawapan itu. Padanya, selama ini pun, masa abah tak berapa sihat, Yanti taknak duduk rumah tapi duduk pula di rumah sewa. Dalam hati Fuad berkata, dah duduk KL pun, jenguk abah pun jarang sangat, malah yang paling jarang dalam adik beradik. Fuad kata,
"Yanti kat Johor ? Anak tak guna ! Derhaka pada mak bapak !... tak habis-habis dengan Mat Burger tu ! Sampai abah dah jadi macam ni pun, masih gilakan Mat Burger tu !" Kata Fuad dengan nada yang kuat.
Azizah dan Kamal mengeleng-ngelengkan kepala dan terdiam. Azizah tak mahu menjawab atau menjelaskan sebab apa Yanti ke Johor. Sebenarnya untuk hadir majlis kawan baiknya, bukan berasmaradana dengan mat Burger. Tapi Azizah diam saja sebab diam dirasakan lebih baik pada masa itu. Yang lain semuanya terdiam juga kerana tahu, itu hospital, bukan kedai makan yang boleh buat bising macam tu. Mereka tak sangka Fuad bercakap begitu, lagi pun depan ayahnya yang sekarang kritikal. Isteri Fuad memegang lengan Fuad, tapi terus ditepisnya. Fuad sudah naik angin dan terus keluar dari bilik itu.
Azizah mundar mandir dalam bilik dan keluar bilik. Dia mahu Yanti berada di situ segera, kalau tak nanti, kalau berlaku apa-apa pada bapanya, Yanti tak ada. Azizah juga takut kalau Fuad bertindak di luar batasan terhadap Yanti nanti. Atau sekali lagi Fuad menggunakan kaki pukul untuk membelasah Man sekali lagi. Azizah sangat takut kerana dia syak abangnya itu terlibat membelasah Man Burger walaupun tak ada bukti kukuh.
Tak lama kemudian, Azizah telefon Yanti di luar bilik.
"Yanti di mana sekarang ?" Tanya Azizah.
"Dalam perjalanan kak, lebuhraya, baru lepas Air Keroh". Jawab Yanti ringkas.
"Okey, pandu hati-hati". Kata Azizah.
"Yer kak, bagaimana abah ?" Tanya Yanti.
"Abah masih belum buka mata, darah dia naik tinggi. Doktor sedang rawat abah. Yanti jangan risau sangat, tapi Yanti nanti terus ke hospital ni" Kata Azizah.
Jawapan Azizah itu sedikit melegakan Yanti. Sekurang-kurang Yanti tahu abahnya masih panjang umur. Tapi Yanti macam tak berapa percaya juga segala kata-kata kakaknya itu, sebab mungkin sekadar nak menyedakan hati Azizah. Kereta Satria Yanti terus memecut tanpa berhenti walaupun perut Yanti lapar tapi perjalanan tetap diteruskan.
Bagaimana keadaan bapa Yanti ? Adakah selamat ? Atau...
...BERSAMBUNG KE EPISOD 43
http://kadikluang.blogspot.com/2010/09/sudah-nasibku-mat-burger-episod-43.html
cter menarik tp panjang sgt lar..huhuhu..
BalasPadamdah 3jam syeikh ana ikut citer ni,dah 3 4 kalikesat air mata,sia-sia je masa ana ni kalau man xkhwin gan yanti.
BalasPadamWaduhhh..bisa berantakan gitu pakk.
BalasPadamnape cite ni xhabiskn..sy excited baca
BalasPadam