Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

23 September 2010

Rumah Pegawai Bank CIMB, Noorhisham Kena Simbah Cat Merah

KUALA LUMPUR: Kediaman Noorhisham Mohammad, 38, seorang daripada mangsa yang dibunuh bersama jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disimbah cat merah, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang mengesahkan kejadian itu berkata ketika kejadian keluarga pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru tiada di rumah. Difahamkan, isteri dan anak-anak Noorhisham pulang ke Johor Bahru sejak Ahad lalu. Laporan polis mengenai perkara itu dibuat oleh seorang anggota keluarga Noorhisham di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang pada jam 9 malam setelah dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh jiran mereka.

Seorang lelaki membuat laporan polis dan memberitahu rumah tiga tingkat milik Allahyarham Noorhisham di Taman Seraya, Ampang disimbah cat merah di halaman rumahnya (lantai), katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Jalil berkata, polis percaya kejadian itu bukan disebabkan unsur dendam tetapi lebih kepada tersilap sasaran dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.