Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

21 September 2010

Tembak Kawan Sendiri Masa Memburu, Menakutkan

Dulu masa kecil-kecil, duduk kat Pahang, banyak juga cerita kawan tembak kawan sendiri masa memburu. Cedera parah kena tembakan peluru penabur. Ingat juga dulu ikut ayah saya pergi melawat orang ni yang kena tembak, ayah saya ada tanya beberapa soalan. Antaranya, ayah saya tanya macam mana boleh tertembak. Orang tu kata, masa dia tembak, dia nampak orang yang dia tembak tu macam rusa. Ishhh.. entah betul ke tidak, tak tahulah. Dulu kecil-kecil, percaya ajalah.

Sebuah akhbar harian hari ni cerita satu peristiwa di Maran Pahang, sana hutan tebal dan semulajadi. Seorang kakitangan RISDA Maran parah selepas terkena tembakan  ketika memburu di hutan simpan Kemasul, Lanchang, Temerloh, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 5.10 petang, mereka dari Sungai Luit, Maran bersama lapan rakannya  dikatakan memburu landak di hutan itu. Mereka berpecah kepada tiga kumpulan dan ketika berburu, ternampak pergerakan di hadapannya yang disangka binatang buruan lalu melepaskan tembakan menggunakan senapang patah miliknya.

Menakutkan cerita ni, pergi berburu ni bukan boleh buat main terutama dengan gunakan senjata api.

1 ulasan:

  1. Salam, ustaz. Ketika pergi berburu tidak digalakkan berpecah dlm kumpulan kerana mengundang bahaya tersalah sangka. Biarlah berganti2 menjadi 'leader'.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.