Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

17 September 2010

Enam Geng Pecah Rumah di Kluang Musim Cuti Raya ditahan

KLUANG: Polis menahan enam lelaki yang dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya 15 kes pecah rumah di sekitar bandar ini, dalam serbuan di sini mulai Isnin lalu hingga hari ini. Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohamed Fawzi Arshad berkata, kesemua lelaki berkenaan ditahan menerusi "Ops pintu Aidilfitri" selepas polis mendapat maklumat dari orang awam. "Tangkapan pertama ke atas seorang lelaki berumur 33 tahun telah dibuat dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Delima pada Isnin.

"Bertindak atas maklumat lelaki itu, polis kemudian berjaya menahan seorang lagi lelaki berumur 39 tahun, pada hari yang sama, di Taman Desa serta menemui beberapa barangan yang dipercayai hasil daripada kegiatan pecah rumah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Mohamed Fawzi berkata, polis kemudian berjaya menahan dua lagi lelaki berumur 33 dan 38 tahun pada Rabu lalu di Taman Delima sebelum menahan dua lagi lelaki berumur 30an dan 45 tahun di sekitar bandar ini."

Beliau berkata, polis menemui pelbagai barangan yang dipercayai hasil pecah rumah dari kesemua lelaki tersebut termasuk tv plasma, peti ais, mesin basuh, komputer riba, barang kemas dan alat pemain DVD. Katanya, lima daripada lelaki itu adalah penagih dadah. "Kumpulan ini mensasarkan rumah yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.