Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Februari 2016

Sakitnya Tuh Di Sini, Bapa Taknak Jadi Wali

Seorang wanita, anak dara 20-an hendak bernikah dengan seorang lelaki 20-an. Majlis pernikahan dijangka awal bulan Mac nanti. Masalahnya sekarang, bapanya macam yer tak yer untuk jadi wali. Wanita ini bimbang, kemungkinan bapanya tidak bersetuju untuk jadi wali pada majlis pernikahannya bulan Mac nanti.
.
Jadi Macam Mana Nak Buat Yer?

Pertama.....Diminta wanita ini memujuk wali dan menyelesaikan beberapa masalah peribadi. Sekiranya bapa tak mahu hadir dalam majlis pernikahan, boleh menyerah wakil wali kepada Kadi sebelum tarikh pernikahan.
.
Kedua.....Dicadangkan pasangan ini bernikah lebih awal lagi iaitu dalam tempoh terdekat ini. Sama ada, esok lusa atau hujung minggu ni. (Tarikh awal dicadang untuk nikah saja, manakala jamuan dan persandingan pada Mac nanti)

Ketiga... Kalau bapanya tak datang pada tarikh tersebut (contohnya hujung minggu ni), harap pasangan ini bersabar.

Keempat.... Sila buat permohonan di Mahkamah Syariah segera untuk memohon bernikah secara Wali hakim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.