Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

15 Februari 2016

Kisah Member Menang Nombor Ekor RM180,000 (Episod 2)


"Jef... Apa macam dengan Man, nombor dia ada naik ker?" Kata Wan sedang mereka jumpa dekat punchcard.

"Tak adalah, aku tengok muka Man sugul jer tadi. Kalau dapat, tentu dia gembira jer", kata Wan.

Lepas tu mereka 4 orang iaitu Man, Wan, Jef dan Epol pergi sarapan kat kedai Mak Janda kat tepi padang bola dalam jam 10.00 pagi.

"Aku tak putus asalah, aku rasa tak lama lagi nombor aku ni akan naik" Kata Man.

"Kenapa ko macam yakin sangat nombor ko nak naik" Tanya Epol.

"Ko tahu tak, semalam aku pergi tuang minyak moto. Aku berhenti kat pam tu dan nak bayar duit kat chasher. Yang aku terkejut, aku keluar jer, ada seorang apek tua nak bukak tangki minyak aku dan nak isi minyak. Terkejut aku dan aku sergah apek tu. Terketar-ketar dia. Rupanya dia tersilap moto, moto dia kat pam sebelah. Nombo moto dia lebih kurang aku juga tapi ada pusing sikit... Ini mesti ada tanda-tanda nak menang ni", kata Man.

"Hahahaha..... Ko ni Man ada-ada saja cerita lawak ko", kata Wan.

"Ko janganlah gelak sakan kat aku. Nanti kalau aku menang betul, ko gelaklah puas-puas sampai terkeluar anak tekak ko. Masa tu ko jangan nak terkising-kising kat aku lagi", Kata Man.

"Tak per Man, kita orang 3  orang simpan rahsia ko ketat-ketat. Dengan syarat, percutian ke Langkawi tu ko jangan tak jadi pulak", Kata Jef.

"Ermmmm, ehhhhh... kita bila gaji yer?" Tanya Man.

"Gaji? Kan baru 2 minggu masuk gaji, jadi tunggulah lagi 2 minggu gaji masuk", kata Epol.

"Ermmmm 2 minggu. Lama lagi tu. Ermmm... macam inilah. Aku nak pinjam duit ko sorang 50 ringgit boleh ker?" tanya Man.

Wan, Epol dan Jef berpandangan sesama sendiri. Lepas tu Jef bersuara.

"Ermmm... aku tiap bulan duit aku kasi bini aku pegang. Senang bini aku tak boros macam aku" Kata Jef. Kemudian Wan pula menyampuk.

"Aku sejak anak aku masuk sekolah asrama ni belanja aku meningkat jer. Aku pun tengah tunggu gaji ni", kata Wan. Kemudian Epol pula sahut.

"Ermmm... aku minggu lepas kereta aku gearbox buat hal. Kena juga aku 600 ringgit. Itu pun separuh lagi aku hutang kat Kedai Mat Tayar tu", kata Epol.

Lepas tu semua terdiam.

"Tak apalah ko. Tak bagi pun tak apa. Aku nak pinjam bukan nak mintak. Lagi pun sebelum ni aku hutang kat kawan-kawan, mana ada aku tak bayar. Okeylah... kau taknak kasi aku pinjam tak apa, aku pinjam kat tempat lain. Tapi korang ingat... kalau betul aku dapat nombor satu, ko jangan nak himpit-himpit aku yer", kata Man macam merajuk.

"Ishhh jangan macam tu Man, kita orang ni pun bukan berduit sekarang ni, bulan tengah gelap pulak tu. Nanti dapat gaji kita orang kasi ko pinjam yer. Kita orang tengah tunggu gaji ni."

"Kalau ko nak tahu, duit yang aku nak pinjam tu bukan nak beli nombo tapi nak buat belanja pasar. Aku kalau menang nombor pun, aku tak belanja untuk anak bini, aku pun tahu duit tu tak berkat, anti jadi darah daging pulak", kata Man.

Yang lain mengangguk semacam mengiyakan.

"Aku rasalah, lepas ni aku nak ikut nombo moto aku tu 90 ringgit sekali beli, baru berbaloi  kalau menang", kata Man.

"90 ringgit? Banyak tuuuu. Kalau seminggu dua  kali dah 180 ringgit. Sebulan dah dekat 600", sampuk Epol.

"Yerlah.... kita nak berjaya dan nak jadi jutawan  ni kenalah berkorban. Biar susah dahulu, senang-senang kemudian", kata Man.

...........BERSAMBUNG KE EPISOD 3


Kalau nak baca episod 1, klik sini


Tiada ulasan:

Catat Komen

Dipersilakan komen.