Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

11 Ogos 2012

Cerita Hamba Seks Tentera Jepun (Episod 2)


Kejayaan tentera Jepun menawan Tanah Melayu Disember 1941 dengan begitu singkat begitu menakjubkan. Selain kelengkapan tentera yang mantap, serangan pemikiran pun kena juga. Begitu mudah Kota Bharu tumpas, kemudiannya Kedah dan Pulau Pinang hinggalah ke selatan. Tentera sekutu British saja yang berdepan dengan Jepun ini tanpa sokongan padu orang Melayu.


 Kalau ada pun pertempuran orang Melayu adalah Leftenan Adnan (lakonan Hairi) di Negeri Sembilan yang berjuang sehingga menemui ajal. Itu pun sebab Leftenan Adnan berkhidmat sebagai tentera bawah seliaan orang putih.

Mana Melayu lain ?
 
Orang Melayu lain seakan termakan dengan propaganda licik Jepun dengan slogan 'Asia untuk Orang Asia'. Macam lawan bolalah, kalau Korea lawan Mexico dalam Piala Dunia, mesti kita sokong Korea sebab dia Asia. Orang Melayu rasa bangga kerana Jepun sebuah negara Asia yang tak sebesar mana, boleh menyerang pengkalan tentera di Pert Harbur Amerika dan menang berperang dengan negara China yang besar itu.

Jadi orang Melayu nak tunggu dan lihat saja, sapa yang menang antara Jepun dan British. Akhirnya orang putih yang tewas di Tanah Melayu dan Singapura. Yer, Jepun nak berbaik dengan orang Melayu pada mulanya tapi bermusuh dengan orang Cina. Maka orang Melayu menyangka, Jepun nak kasi kita merdeka cepat.

Tapi tidak. Jepun jajah kita lebih zalim dari orang putih. Orang kita disuruh hormat pada Maharaja Meiji Jepun pula sedangkan kita dah ada Raja kat sini. Kalau jumpa askar dan polis Jepun, kita kena tunduk hormat macam hormat raja Jepun. Kalau tak buat, nanti kena 'penampar Jepun' atau pancung kepala dengan pedang samurai. Lepas tu kena nyanyi Jepun 'Kamigayo' macam cerita Laksamana DoReMe masa naik tikar terbang zam zam alakazam. Kita kena berdiri tegak hormat lagu tu. Apa kena mengena pulak, kita kan Melayu, bukan Jepun. Kat sekolah kena belajar bahasa Jepun padahal bahasa Jepun ni bukanlah laku di peringkat antarabangsa pun.

Hamba Seks Jepun

Bukan saja jadi buruh paksa keretapi maut. Perempuan pun tak selamat terutama yang cun-cun tak kira apa bangsa. Patut ler orang dulu kawin awal biar laki dia jaga, mak bapak risau nak jaga. Anak dara pula tak boleh pergi saloon atau spa, nanti kalau nampak cun, Jepun tangkap. Ramai juga anak dara yang sapu muka dia dengan arang biar tak cantik sebab takut askar Jepun. Ini cerita sejarah, bukan saya menambah.

Dah ditangkap, perempuan ini dihantar ke bandar, kem tentera atau pos kawalan untuk dikeroyok oleh dia orang. Dalam satu dokumentari tu cerita, seorang amoi terpaksa layan 60 orang lelaki dari pagi sampai ke malam. Ini bukan cerita dongeng, beberapa tahun lalu ada nenek-nenek yang waktu dia masih bergetah dulu jadi hamba seks tentera jepun dan minta pampasan dari kerajaan Jepun sekarang.

Bila Nak Merdeka ?

Dari tahun 1941 sampai 1945, tak beri merdeka pun. Malah Jepun datang nak rompak hasil bumi kita dan dibawa balik ke negara dia atau nak biayai peperangan dia. Duit di Malaya pula adalah duit pokok pisang. Dulu masa saya kecil-kecil, selalu main dengan duit ini yang bersepak kat rumah atuk saya dulu yang dah tak lalu. Kerajaan Jepun waktu tu dikatakan cetak duit sewenang-wenang untuk tanpa kawalan.
...BERSAMBUNG KE EPISOD 3
Episod 1, Klik Sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dipersilakan komen.