05 Ogos 2012
BAFIA 1989: Tidakkah Bank Sendiri Yang Dedahkan Akaun Bank Kita ?
Setahu saya, mendedahkan akaun bank seseorang atau syarikat kepada umum adalah kesalahan di bawah BAFIA 1989. Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 menegah dari mendedahkah maklumat akaun bank tanpa terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran pemilik.
Okey, kita semua mempunyai akaun bank, tidak kira di bank mana. Beberapa bulan sekali, bank akan menghantar penyata akaun bank kita ke alamat kita. Pelabur ASB dan ASN pun menerima penyata ini setahun sekali. Penyata tersebut memuatkan antara lain adalah maklumat keluar dan masuk wang kita beserta tarikh. Kemudian nombor akaun serta baki wang kita pada waktu penyata itu dikeluarkan.
Apa Tujuan ?
Apa tujuan pihak bank mengirim kepada penyimpan ? Jawapannya mungkin adalah untuk pelanggan melihat sendiri keluar masuk dan baki wang mereka terkini. Tapi pada saya, langkah mengirim surat ini sangat mendedahkan kepada kebocoran maklumat. Iaitu kemungkinan orang lain yang membuka dan membaca surat itu. Apa akan jadi ?
Maka tahulah individu lain itu terhadap banyak benda dalam akaun pemilik itu. Contohnya, seseorang yang membuka surat itu mengetahui kegiatan dan kewangan satu syarikat, mereka pula menggunakan kesempatan itu untuk menjatuhkan atau memalukan seseorang atau tujuan lain. Kalau ini berlaku, tidakkah pihak bank atau pegawai yang berkhidmat di bank tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah seksyen 97 (1) Akta Bank & Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 ? .......Perlu perbahasan oleh pengamal undang-undang.
Surat Biasa, Bukan Surat Berdaftar
Surat yang dihantar oleh pihak bank pula adalah surat biasa, bukan surat berdaftar. Maknanya tidak susah untuk diterima dan dibuka oleh orang lain. Boleh berlaku juga tersalah hantar ke alamat lain kerana kecuaian posmen. Kenapa tidak gunakan pos laju atau surat berdaftar seperti yang digunakan oleh polis trafik dalam penghantaran saman trafik ?
Tukar Alamat
Seseorang individu ada beberapa akaun bank, bukan satu. Mereka pula ada kalanya berpindah alamat rumah disebabkan berpindah tempat kerja atau beli rumah baru. Mungkin orang itu terlupa atau terlepas pandang untuk mengemaskini alamat terkini mereka. Jadi, surat itu diposkan ke alamat yang sedia ada sekian lama tanpa disedari. Maka tidak mustahil kalau orang lain yang membuka surat itu dan terbocorlah maklumat akaun bank mereka.
Bab tukar alamat ini, rakyat kita susah nak tukar alamat. Cuba lihat alamat kad pengenalan kita, adakah sama dengan tempat tinggal kita sekarang ? Begitu juga alamat kita di Suruhanjaya Pilihanraya, adakah sama dengan alamat kita sekarang ? Lesen memandu kita? Mungkin dah berpuluh tahun lalu sewaktu alamat kita dapat lesen memandu.
Kalau alamat kad pengenalan, SPR, lesen memandu, insuran kereta tidak dikemaskini, alamat akaun bank kita, lagilah masyarakat kita jarang kemaskini.
Kebenaran Pelanggan Sendiri
Adakah pelanggan sendiri yang meminta surat diposkan ke alamat yang tertera ? Mungkin juga. Iaitu semasa membuka akaun bank, kita menandatangani satu surat yang kita sendiri tak berapa nak faham. Mungkin ada di situ, pihak bank meminta izin dari kita untuk menghantar penyata terkini ke alamat kita. Ini mungkin saja. Kalau ini berlaku, maka pihak bank tidak salah kalau menghantar penyata kepada individu atau syarikat.
Masalahnya di sini, kalau hendak hantar pun hantarlah, tapi kena mengambil langkah-langkah untuk kerahsian pemilik. Macam cerita Seniman Bujang Lapok, tak dapat jadi Hang Tuah, jadikanlah Hang Jebat, kalau tak pun, jadikanlah Hang Kebun. Tak pakai keris, cangkul pun cangkullahhh.
Katanya, akta seperti ini atau yang sewaktu dengan BAFIA ini ada di negara lain. Soalnya, adakah di negara tersebut, pihak bank menghantar kepada pelanggan seperti yang diamalkan oleh bank-bank di negara kita ? Kalau ada pun, pernahkah seseorang tampil mengambil tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan kalau berlaku kebocoran maklumat ?
Kemaskinilah Alamat Kita
Sebagai langkah jangka pendek, kalau boleh kita segera mengemaskini alamat akaun bank kita. Langkah seterusnya, pihak bank harus mengkaji semula keberkesanan langkah ini sebelum berlaku perkara yang tidak diingini termasuk tindakan undang-undang terhadap bank berkenaan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bhai KadiKluang...
BalasPadamGua setuju ngan point yang lu kasik nih.. memang ader kebenarannyer.. tapi gua nak tambah sikit... terutama bab pembiayaan...
Macam mana plak bank boleh kasi info personal peminjam kepada pihak ketiga.. (Reposessor)... kenapa Bank sendiri tidak mengadakan jabatan ini sendiri... ini satu kesalahan bawah BAFIA...
Sebab kiter tak tau aper agenda lain pihak ketiga nih... sebab dalam banyak kes.. lebih kepada mengugut... nampak sebijik macam along...
Undang undang untuk melindungi privasi pelanggan bank dah ada. Kalau ada yang rasa maklumat telah di ceroboh dengan sengaja atau secara tidak sengaja maka pelanggan boleh report kat Bank Negara. Bank Negara akan bertindak atas laporan tersebut.
BalasPadamDalam kes biasa envelope tu tertulis "Private and Confediantal" . Maka nya tuan punya surat sahaja yang sepatut nya membaca. Jika ada orang lain yang membaca. Itu tidak beretika nama nya.
Dalam kes biasa juga setelah lama BAFIA ni ujud, tidak ada apa apa masalah. Ia menjadi isu bila tuan punya akaun tak puas hati sebab details account nye telah di didedahkan dan si pemegang akaun tak puas hati maka die pegi la report kat Bank Negara. Sewajar nye Bank Negara ambik tindakan.
Bertambah lagi kalau ia mambabitkan orang politik. Akan berlaku perdebatan di sana sini. Akhir nya..yang menang jadi arang...yang kalah jadi abu.
dan orang Islam tetap di label pengganas!!
Quote:
BalasPadamKalau alamat kad pengenalan, SPR, lesen memandu, insuran kereta tidak dikemaskini, alamat akaun bank kita, lagilah masyarakat kita jarang kemaskini.
nak tanya..
suatu ketika dulu2 kala lah..
xtau la.. kot zaman smartphone ni udah berubah teknologinya..
nak tukar2 alamat ni..
perlukan surat Penghulu/tok Sidang..
surat dr pejabat daerah..
surat pengesahan dr ADO..
surat itu ini dr Org Besar Jajahan...
cop tangan pihak polis..
mcm2 1001 kerenah birokrasi..
perlukan tandatangan pegawai..
yg pegi bercuti/berkahwin semula..
surat pengesahan pegawai besar yg pergi mesyuarat kat Genting 3 hari 4 malam !!
itu pengalaman wak la..
awal tahun 60-70an dulu.. hihi !!