Dalam kita hendak menyambut ulangtahun kemerdekaan negara yang kali pertama ada 2 tema ini, saya terasa minat untuk membaca bahan sejarah negara kita. Saya hendak tulis cerita supaya kita dapat kongsi bersama untuk bangkitkan semangat kecintaan kita pada negara.
Dalam 2 minggu terakhir sebelum ayah saya meninggal dunia tahun 1991 dulu, ayah saya selalu cerita kisah dulu-dulu. Dulu ramai orang yang hidup sebelum merdeka termasuk zaman Jepun ini tapi sekarang sudah ramai yang sudah meninggalkan kita. Cerita ayah saya, betapa susahnya hidup zaman Jepun dan Komunis Bintang Tiga.
Ayah saya cerita, masa berumur 15 tahun, tentera Jepun mengumpulkan ramai anak muda, katanya nak berikan kerja di Kuala Lumpur. Maka berebutlah anak muda menawarkan diri di Muar, almaklumlah waktu tu susah dapat kerja. Masa beratur tu, semua kena buka baju termasuk ayah saya. Cerita ayah saya, dia tak terpilih kerana badannya kurus dan tak layak. Yang dipilih dalam 30 orang dari Muar atau mungkin juga lebih ramai lagi dari kumpulan lain, dibawa menaiki keretapi melalui Segamat.
Rupanya mereka ini dibawa ke Thailand dan Burma untuk membina rel dan jambatan keretapi sebagai buruh paksa. Cerita ayah saya, dari 30 orang dari Muar tu, yang selamat pulang semula cuma dalam 5 orang saja, yang lain meninggal dunia kerana dipaksa bekerja dengan begitu teruk. Yer, dalam buku sejarah yang saya baca pagi ini, sehari kira-kira 50-100 orang meninggal dunia dan mayatnya di campakkan dalam lubang besar di sana.
Maknanya banyaklah kubur datuk-datuk kita yang tidak dipedulikan di Siam dan Burma. Moga Allah memberi ketenangan kepada mereka di alam barzakh. Buku sejarah juga cerita, yang dihantar di sana adalah tawanan perang Jepun termasuk 40,000 tentera British yang menyerah diri sewaktu Singapura ditawan Jepun
... BERSAMBUNG EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2012/08/cerita-hamba-seks-tentera-jepun-episod-2.html
Oleh kerana kekejaman terlampau askar jepun pada masa tu, saya tidak sedikit pun kesian apabila negara tersebut digugurkan bom atom.
BalasPadam