12 Ogos 2012
Janda 30-an Kesunyian, Siapa Nak Hilangkan Kesepiannya ?
Mohon Fasakh Di Mahkamah Syariah
Apabila suaminya kantoi dan tak dapat tutup lubang lagi, wanita ini mengamuk ala-ala histeria kerana seakan tidak percaya apa yang telah dilakukan suaminya. Ditambah lagi, ibu dan adik beradiknya juga membela dia dan sama-sama berdendam dengan suaminya.
Main Bomoh ?
Wanita ini mendakwa, isteri baru suaminya main bomoh dan nak bolot harta-harta suaminya. Katanya, isteri barunya main bomoh supaya mengganggu kesihatannya dan mencabut nyawanya. Katanya, dia sering meracau dan diganggu benda ghaib.
Entahlah, pada saya, main bomoh atau tidak, susah nak cerita. Bila ditanya, wanita ini tetap mempertahanka yang dia memang kena bomoh. Tapi bila ditanya lagi, bila tahu saja suaminya kawin lain, makan dan tidurnya jadi tak menentu, maka tak mustahil dia diserang penyakit. Janganlah kita jadi lemah fikiran, sikit-sikit kata kena bomoh, sikit-sikit kata kena bomoh.
Suami Ceraikan Dia
Suami berasa malu dan diaibkan apabila kes ini dibawa ke mahkamah atas permohonan isteri. Ditambah lagi dengan desakan dan tekanan ibu dan adik beradik isterinya yang beriya-iya minta supaya diceraikan. Peguam syarie isteri pun dikatakan menjadi pendesak kepada suami supaya menceraikan isterinya. Katanya, peguamnya sendiri yang berjumpa dengan suaminya dan meminta suaminya mencerikan isterinya untuk menyelesaikan kes ini. Entahlah betul atau tidak yang peguam isteri pun main peranan macam ini. Ini kadang-kadang orang kita yang cerita lebih.
Peguam Syarie Kena Jaga Etika
Saya nak nasihatkan peguam syarie yang sedang berkhidmat supaya menjaga etika profesional peguam. Memang betul peguam ini dibayar oleh pihak perempuan dalam tuntutan fasakh, tetapi beberapa perkara lain juga perlu diambil kira. Iaitu kita perlu kembali kepada konsep berumahtangga dalam Islam, bahawa perceraian itu adalah langkah terakhir dan seberapa daya kita perlu menyelamatkan perkahwinan itu. Jangan sampai peguam syarie menjadi penghasut, iaitu daripada pasangan boleh berdamai semula tetapi jadi bercerai pula kerana peranan peguam. Saya tak tuduh peguam buat begini, tapi sebagai ingatan saja.
Satu lagi saya nak ingatkan, sekiranya sesiapa yang tidak berpuashati dengan peguam syarie, sila buat aduan secara rasmi kepada Jabatan Agama iaitu Bahagian Pentadbiran Undang-undang Syariah. Siasatan dan tindakan boleh diambil termasuklah menggantung tauliah, menarik tauliah atau tidak menyambung tauliah mereka. Sebab itu peguam syarie yang nak beramal kena ada tauliah dari setiap negeri, sebenarnya ada banyak kebaikannya. Tapi alhamdulillah, peguam syarie yang sedia ada terutama di negeri Johor ini menjaga amanah dan etika ini.
Dia Cerikan Isteri Dia
Akhirnya, suami menceraikan isterinya di mahkamah dan beberapa perkara seperti nafkah dan hak penjagaan anak dipersetujui waktu itu juga. Anak pertama iaitu perempuan dijaga oleh isteri, anak kedua lelaki dijaga suami dan anak ketiga lelaki dijaga oleh isteri. Maka waktu itu isteri berpuashati kerana yang ada dalam kepala dia adalah bercerai, bercerai, bercerai dan bercerai sungguhlah dia.
Ramadhan dan Aidilfitri Ini
Bulan yang mulia ini, setelah 10 bulan berlalu, isteri begitu teringatkan suaminya dan anak keduanya. Jauh disudut hati, dia akui yang bekas suaminya adalah seorang yang baik dan bertanggungjawab. Cuma yang dia jadi menyampah dan benci adalah bila suami dia nikah lain.
Sepanjang 10 bulan, bekas suaminya mesra dengan semua anak dan nafkah tidak pernah diabaikan. Suami pula tak pernah halang dia bertemu anak keduanya. Tapi, sekali lagi fikir, dia cukup dendam dengan isteri baru suami yang didakwa meruntuhkan perkahwinan dia. Tapi kalau dikaji secara mendalam, bukan orang lain yang runtuhkan, tapi dia sendiri yang runtuhkan apabila dia mohon cerai di mahkamah.
Hendak Nikah Semula ?
Walaupun sudah bercerai, suaminya rapat dengannya iaitu setiap kali suami melawat anaknya dan biasanya pergi makan bersama. Suaminya juga adalah rakan facebooknya dan ada juga sms dan telefonnya terutama untuk berjumpa anak-anak. Dia susah untuk melupakan bekas suaminya dan anak-anaknya adalah jambatan yang menghubungkan perhubungan mereka.
Isteri Jeles
Tapi bukan semudah itu untuk mereka bernikah semula. Bekas suaminya mendakwa, isterinya sekarang begitu cemburu apabila dia berhubung atau berjumpa dengan bekas suaminya. Yer, dulu dia jadi isteri pertama dan perempuan itu adalah isteri kedua. Tapi sekarang, isteri kedua sudah naik pangkat dari Penolong Kanan kepada Pengetua. Ini menghalang untuk wanita ini bernikah semula dengan bekas suaminya. Tapi katanya dia redha.
Begini Rasanya Hidup Jadi Janda
10 bulan hidup jadi janda, banyak cabaran yang harus diharungi. Ada ramai juga lelaki yang menggodanya tapi semuanya setakat suka-suka dan tak ke mana. Di tempat kerja, ramai yang suka berbual dengan janda muda lagi cun ini, tapi ramai yang dah ada isteri. Walaupun ada suami orang yang ajak dia kawin lari, tapi dia tak mahu tanggung risiko. Bukan risiko apa, dia tak mahu orang kata dia cakap tak serupa bikin atau ketuk dulang paku serpih. Yer le, dulu dia marah pada perempuan yang katanya perampas suami dia, maka dia tak mahu dituduh perampas suami orang pula.
Tunggu Kehadiran Duda
Hendak cari duda, tak ada pulak yang dia berkenan di hati. Ada jugalah duda yang terkiseng-kiseng mengorat dia, tapi dia tak ada perasaan. Banyak sangat kriteria yang disenarikan, antaranya kerja bagus, ada harta, tak banyak tanggungan dan lain-lain. Katanya, lelaki duda tu yang mengorat dia, tapi macam 'Mr Bean' pulak yang buatkan dia tak ada selera. Pada saya, dalam situasi seperti ini, wanita ini sering membandingkan lelaki yang datang dengan bekas suaminya. Oleh kerana bekas suaminya seorang yang serba cukup dari segi harta, pekerjaan, tingkahlaku dan sebaginya, maka susahlah wanita ini nak jatuh cinta pada lelaki lain.
Ada juga lelaki bujang yang satu tempat kerja yang minat padanya. Tapi usia 6 tahun lebih muda darinya dan yang menjadi penghalang utama adalah ibu kepada lelaki ini yang tak mahu anak lelaki bujang bernikah dengan janda yang dah 3 kali 'meneran' masuk hospital ini. Akhirnya, lelaki yang pernah jadi pakwenya ini sudah bertunang dengan anak dara dan akan bernikah hujung tahun ini atas rekmen emak dia.
Berdoalah, Semoga Diberi Kebahagian
Kembalilah kepada asal usul kejadian kita. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Berdoalah, semoga diberi kekuatan dan kesejahteraan untuk melalui liku-liku hidup ini. Setiap orang pasti diuji dalam hidup ini, termasuk para nabi juga diuji dengan kepayahan hidup. Di sebalik kepayahan dan peristiwa pahit yang lampau itu, Insyaallah, semoga ada hikmah di sebaliknya. Mudah-mudahan sinar bahagia akan muncul jua.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
waa..
BalasPadammenarik...ustaz,
amat menarik kisah/tauladan awal pagi ni..
ndak2 pulak... ayatnya..
isteri kedua sudah naik pangkat dari Penolong Kanan kepada Pengetua
justeru kekosongan jawatan sbagai Penolong Kanan.. masih terbuka... hihih !!
betoi la tu.. ustaz..
semoga diberi ketabahan, kekuatan dan kesejahteraan untuk melalui liku-liku/itam putih kehidupan ini.. di hari2 muka... !!
sblum terlupa..
nak jugak berkongsi tanya..
dalam kisah rumahtangga ni..
gamaknya dimana silap/salahnya...
atau kata org tu..
udah jodoh/ketentuan kehidupannya begitu...?
saya setuju gak, curang hanya untuk isteri saja, suami boleh kawin 4, jadi suami tak boleh dikatakan curang.
BalasPadamSebelum rahsia suami dia kawin lagi diketahui oleh isteri pertama, tidak pula timbul soal kena sihir. Sihir itu lebih kepada prasangka saja. Kalau jumpa bomoh memang dia akan kata kena sihir saja.
setuju
Padam2 perkataan shj, padan muka!!!
BalasPadamwoman never know what they have, until its gone.
kena kat org... "padan muka!!! "..
Padamkena kat awak..? "merah muka..?"
Nanti kena kat anak pompuan atau adik pompuan sendiri...'padan muka' juga ke!!
Padampadan muka ~ tak baik tuk puan atau lelaki...qada qadar allah je tau
Padamquote:
BalasPadamcurang hanya untuk isteri saja, suami boleh kawin 4, jadi suami tak boleh dikatakan curang.
adakah ini bermakna... dan membawa maksud...
sang suami.. pd bila2 masa..
bleh berlaku curang sebanyak 3 kali.. begitu..?
xfaham sy...? adil kah Islam begitu..?
atau itu satu lagi ajaran sesat..?
keliru sy...
mintak ustaz jelaskan...
Jika hati bersih, ramai wanita mahu dipoligamikan
BalasPadamSo how mau bersih?
#tahajudnangis setiap 4 am
Cubalah tapi ada t n c nya untuk layak solat 1/3 malam terakhir nih
saya rasa la ustat, mesti masa kaunserling supaya pompuan tu jangan mintak cerai dia jawab, ala lelaki, sekali aku petik, sepuluh yang datang tau....
BalasPadamsekali yang datang tua bongkok terkekeh nak mam@##$ da....(maaf sekadar meminjam dialog abd wahib)
emosi tgh tak stabil mcm2 blh keluar... ada baiknya btenang pikir beratus kali baru buat keputusan... tak gitu?..
Padammenarik cite ni ustaz... pd pndapt sy betul lah ustaz kata yg runtuhkan rumahtangga siapa sbnarnya... istri kedua tu kalu niat nak runtuhkan mesti dh porak perandakn rumahtangga org pastu baru nikah...buat pe susah2 nk ke seberang g nikah...
BalasPadambila x sabo nak minta cerai x pikir panjang...teringt balik kat bekas suami... tak jd pkra buruk xpe, jd perkara buruk camana?... ni kadang2 org gelar 'gila talak'... nauzubillah...
istri kedua dh mula jeles mmg patut la...org puan ni sume sama je... lgpun mn tak jeles...dulu ko beria minta cerai la ni nak baik semula??? agaknya kot dia pk gitu...
kadang2 org puan mudah lupa kebaikan suami... dia tau nak salahkan suami je...itu inilah... tp sbgai istri byk sgt kekurgn...
just pandangan...tq