Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Ogos 2012

Kisah Bapa Paksa Hantaran 5,000


Sebelum saya meneruskan kisah ini, cerita ini ada banyak persamaannya dengan novel yang popular di blog ini iaitu Hantaran 10,000. Sesiapa belum baca novel ini, dipersilakan membaca. Cerita Hantaran 10,000 itu terjadi kerana kerakusan seorang bapa yang meletakkan hantaran tinggi sedangkan bapa mengetahui bakal menantunya bukanlah mampu. Apabila ini berlaku, maka hubungan bapa dengan menantu dan anak perempuannya mula kucar-kacir.

Kisah Hantaran 5,000

Lelaki ini 20-an bertunang ala kadar dengan perempuan 20-an. Lelaki ini bekerja di sebuah kilang dengan gaji tidak sampai seribu. Dalam tiga tahun bekerja, lelaki ini tidak mempunyai wang simpanan sangat kerana gajinya habis pada motosikal, makan, beri mak ayah dan perbelanjaan peribadi. Dia berkenalan dengan perempuan ini yang satu kerja dengannya dan selalulah berjumpa atau berdating.

Pernah lelaki dan perempuan ini terserempak dengan bapa perempuan di bandar sewaktu mereka naik moto berdua. Berlaku perselisihan apabila bapa memarahi anak perempuannya kerana keluar dengan lelaki di belakang ibu bapa. Tapi bagaimana hendak halang, mereka satu tempat kerja dan selalu berjumpa. Cuma pasangan ini tidaklah sampai membuat maksiat yang besar-bersar tapi katanya sekadar ringan-ringan saja (Tapi ringan-ringan pun berdosa juga tau).

Akhirnya lelaki beranikan diri merisik dan meminang perempuan dan belanja pertunangan dalam RM 1,000 dikeluarkan oleh lelaki. Bagaimanapun, mereka tidak boleh menunggu lama kerana ibu dan bapa perempuan meminta pernikahan disegerakan iaitu 5 bulan dari tarikh tunang, katanya untuk mengelakkan berlaku maksiat.

Tak Cukup Duit

Soalnya sekarang, lelaki tidak cukup duit sebanyak 5,000. Wang simpanannya sebanyak 1,000 sudah habis untuk pertunangan. Dia menemui jalan buntu untuk menyediakan wang sebanyak 5,000 itu. Tarikh pernikahan pun sampai dan memang lelaki tak cukup duit selepas berusaha sedaya upaya. Maka lelaki terpaksa menangguhkan pernikahan tetapi ditentang oleh bapa lelaki.

Hairan, pernikahan bapa suruh teruskan tapi duit 5,000 minta juga walaupun lelaki tiada duit. Akhirnya, lelaki terpaksa tangguhkan dan tak hadir masa tarikh dijanjikan. Bapa perempuan merasa malu kepada masyarakat. Anak perempuan pula jadi mangsa kemarahan bapanya. Sehinggalah anak perempuan mengambil sikap jarang berada di rumah. Ini lebih mendatangkan kemarahan bapa dan bapa menuduh yang lelaki inilah yang merosakkan hidup perempuan ini.

Sehingga anak perempuannya dipaksa supaya membuat laporan polis yang lelaki itu telah merogol anaknya dan tak mahu bertanggungjawab. Perempuan terpaksa membuat laporan setelah bapanya mendesak. Akhirnya lelaki ditangkap polis dan terpaksa bermalam di lokap beberapa hari. Bagaimanapun, lelaki ini dibebaskan tanpa apa-apa pertuduhan kerana kekurangan bukti.

Menceritakan Kisah Ini

Keluar dari lokap polis, lelaki ini serik dengan apa yang telah berlaku. Apa yang berlaku kepada dirinya adalah satu sejarah hitam dalam hidupnya. Kawan dan jiran sekampung sudah heboh cerita yang dia ini 'perogol' dan dia  sukar hendak menghadapi masyarakat.

Akhirnya, lelaki ini mengambil keputusan untuk berhijrah ke Johor Bahru, bekerja di sebuah kilang bertemu rakan-rakan bujang yang baru. Dia membina hidup baru dan memutuskan hubungan dengan tunangnya.
SEKIAN.


4 ulasan:

  1. hmmm..
    dimana silapnya kisah ni.. ustaz..?
    bukanlah maksudnya.. citer ni silap..
    tp.. peranan org yg terlibat dlm citer ni..

    anak teruna tadi tu ke..?
    anak perempuan tu ke..?
    mak ayah pihak ppuan tu ke..?
    pihak polis ke..? hihih !!
    masyarakat sekeliling ke..?
    keadaan/perancangan teruna/dara ketika itu ke..?

    BalasPadam
  2. Tuan Kadi,

    Pejabat Agama Johor tak ada bagi bantuan kewangan pinjaman ke apa ke untuk kes macam lelaki ni ?

    BalasPadam
  3. Kesian lelaki tu.. Si bapa tu pulak sggp melemparkan fitnah.. Tidak ke dia terpikir, anaknya juga malu ?

    BalasPadam
  4. hah...!!! mcm susah nk caye jee.. kesian laki tu... aduhai....

    BalasPadam

Dipersilakan komen.