Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Januari 2010

UNTUK KEPENTINGAN ISLAM : PERLU MERAYU KE MAHKAMAH RAYUAN




Peguam Negara atau KDN perlu merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam. Hakim Lau Bee Lan memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah.


Ini bermakna, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut yang dikeluarkan KDN sebelum ini. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri  itu adalah 'tidak sah dan batal”. Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja.Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'.

Sebagai orang Islam di negara kita, kita mesti memandang berat kepada kes ini. Keputusan Hakim Lau Bee Lan itu perlu dihormati, bagaimanapun masih ada ruang untuk membawa kes ini ke Mahkamah yang lebih tinggi. Kita bimbang, selepas ini orang bukan Islam boleh sewenang-wenangnya menggunakan ayat Quran atau mempersendakan ayat suci ini di tempat-tempat lain. Rayuan di Mahkamah Rayuan sangat penting, kita serahkah kepada Peguam Negara mencari  keadilan demi kepentingan semua pihak. Kes ini saya rasa lebih serius daripada kes permohonan Lina Joy sebelum ini.

3 ulasan:

  1. kesatuan antara kita sesama islam tidak ada, kerana itu Allah memudahkan urusan mereka

    BalasPadam
  2. Salam tuan, ada pendpt dgn menggunakan kalimah Allah oleh pihak kristian sebenarnya menandakan bhw mrk sndiri (kristian) scara x langsung akan mengenali Allah dan mendekatkan mrk dgn keesaan Allah. Ini sebenarnya juga satu peluang dakwah bg daie-daie kita. Kalau mubaligh berdakyah kpd org Islam, kita pula berdakwah kpd org Kristian. Terangkan kpd mrk bhw Allah itu tuhan yg esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan. Sila jengah entry terkini di blog guru kami di http://tokkupasirgudang.blogspot.com/.

    Abu Umar

    BalasPadam
  3. kenapa hakimnya seorang cina..???sepatutnya hakimnya dari golongan orang islam dan kes ini sepatutnya tidak timbul..kristian makin melampau..tengok arr nanti makin mereka berani nak pijak orang melayu..even islam..

    sesiapa yang tak puas ati ngan saye sori..sebab saye masih sayangkan islam..that all

    BalasPadam

Dipersilakan komen.