BERSAMBUNG....
02 Januari 2010
Tahun 2010: Ekonomi Penuh Mencabar (Episod 1)
Kenaikan Harga Gula
Hari pertama 2010 kerajaan menaikkan harga gula 20 sen pasti memberikan kesan yang besar kepada seluruh kehidupan negara. Setiap orang di negara kita makan gula tiada siapa yang terkecuali. Orang yang terkaya di Malaysia adalah Robert Kouk adalah tauke gula, menunjukkan perniagaan gula disokong oleh setiap orang di negara kita. Kerajaan mempunyai alasan yang kukuh untuk menaikkan harga gula kerana harga sebelum ini, termasuk sekarang masih disokong oleh subsidi yang banyak. Tapi janganlah diungkit sangat soal subsidi ini, kerana setiap penduduk adalah pembayar cukai.
Susu Pekat Manis Pun Naik Harga
Semalam saya ke sebuah pasaraya yang di antara yang menawarkan harga murah di Kluang. Saya terkejut bila susu pekat manis jenis F&N dijual dengan harga RM 2.89 atau 2.90 sebab 1 sen tak dikira. Kebiasaannya susu yang sama sebelum ini adalah sekitar 2.40 atau 2.60. Saya pasti, dalam beberapa hari lagi, semua jenis susu pekat manis akan dinaikkan harga. Tidak mustahil selepas ini kedai makan akan menaikkan harga teh tarik dan kopi dari RM 1.00 ke 1.20. Begitu juga Milo dari 1.30 atau 1.50 kepada 1.80.
Peniaga Kedai Makan Tertekan
Sebenarnya bagi peniaga kedai makan, dengan menaikkan harga adalah suatu yang berat. Betul, di kalangan keluarga dan saudara mara saya pun ramai yang berniaga. Kalau peniaga warung atau restoran bimbang kehilangan pelanggan, terutama di kawasan luar bandar. Kalau harga dinaikkan, orang yang tidak bergaji besar akan kurang makan dan minum di kedai. Maka pelanggan akan kurang. Peniaga kedai makan sebenarnya lebih suka kalau menjual dengan harga murah sehingga menarik ramai pelanggan. Tapi, kenaikan harga barang yang tinggi tidak memungkinkan peniaga kekal pada harga lama.
Sumber Pendapatan Di Kampung
Ok. Baru minggu lepas saya ke Pahang dan Terengganu. Bukan apa, cuma saya nak bandingkan kampung dan bandar, Johor di kira bandar. Bagaimana pendapatan orang kampung ? Kebanyakannya bekerja mengusahakan kebun seperti mengerjakan kebun sawit, menoreh getah, tanam pisang dan lain-lain. Kalau yang ada kebun sendiri senanglah juga, tapi bukan ramai yang ada kebun sendiri. Ramai yang bekerja dengan orang lain seperti mengambil upah menoreh getah dan mengerjakan sawit orang. Bagi kampung yang bukan Felda, hasil sawitnya bukanlah seberapa sebab mereka bukan mempunyai kebun yang luas. Kalau tuan punya tanah, mungkin sebulan boleh dapat RM 1,000 dan bagi yang mengambil upah tidak sampai RM 1,000.
Jadi, dalam keadaan harga barang yang naik sekarang, RM 1,000 sebulan walaupun duduk di kampung, belum tentu cukup. Sekarang, persiapan anak-anak sekolah menjadi keperitan sesetengah orang kampung untuk menjelaskan yuran dan membeli pakaian baru anak sekolah. Saya bersimpati dengan mereka.
Adakah Takrif Letrik Akan Naik ?
Menurut sumber, baru-baru ini TNB akan mengkaji takrif. Ini bukan saya saja buat cerita tetapi sudah keluar dalam media arus perdana. Biasanya kaji-kaji ini akan naik, jarangkah kaji-kaji ini jadi turun. Kalau misal kata bayaran letrik naik, saya percaya lebih 80 peratus harga barang akan naik. Ini tidak dapat dielakkan kerana semua industri, kos letrik pasaraya, kedai dan lain-lain akan meningkat. Maka harga barang pasti naik. Yang bebannya pengguna.
Bolehkah Harga Gula Turun Semula
Kalau kerajaan nak turunkan harga gula, lebih baik turunkan sekarang. Jangan tunggu sebulan dua. Nanti kalau turun pun, harga barang tak turun. Tengok dulu tahun 2007-2008 harga minyak naik, barang melambung naik. Tapi bila minyak turun, harga tak turun. Tapi, yer ke nak turun semula 20 sen ? Rasa macam mustahil pulak.
Atasi Masalah Pekerjaan Penduduk
Tahun 2009, ramai pekerja asing sudah pulang. Tapi kepulangan mereka, kalau dikaji pada satu sudut, menjadi satu beban ekonomi pula kepada rakyat kita. Di Johor Bahru, kepulangan ramai warga Indonesia dan Bangla adalah kerana beberapa kilang menutup atau mengecilkan operasinya. Bukan kerana hantar rakyat asing, kemudian ambil rakyat kita bekerja. Kalau ada pun, jumlahnya terlalu kurang.
Ijazah
Sekarang ramai yang keluar universiti memiliki ijazah dan diploma. Jumlahnya terlalu ramai. Tapi adakah mereka mendapat pekerjaan yang sesuai. Kita jangan menuduh mahasiswa sebagai malas atau memilih-milih pekerjaan. Sebenarnya, sebagai seorang yang memiliki ijazah, takkanlah selamanya nak bekerja sebagai operator kilang atau pengawal keselamatan. Mereka tentunya nak bekerja di pada bidang yang setaraf dengan kelulusannya. Yer lah, mungkin ada seorang dua yang sanggup kerja dengan gaji rendah tapi sampai bila. Lagi pun mereka kena bayar pinjaman PTPTN walaupun belum mendapat kerja yang sesuai.
BERSAMBUNG....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
tahun yang lebih mencabar, pastinya
BalasPadamSalam,
BalasPadamMenurut kajian harga seekor kambing pada zaman Rasulullah adalah sama dengan harga kambing zaman sekarang jika ditakar berdasarkan harga emas.
Inflasi hanya dikenali dalam sistem kapitalisme yang menggunakan fiat money (wang hampa) sebagai medium of exchange (medium pertukaran).
Menurut sistem ekonomi Islam wang adalah emas (dinar) dan perak (dirham). Penggunaan fiat money sebagai medium pertukaran yang sah dan dipaksakan oleh undang-undang di negara ini adalah satu bentuk kezaliman terhadap rakyat.
Akibatnya kekayaan rakyat dirompak tanpa mereka sedari. Di mana kekayaan yang terkandung pada wang fiat yang dimiliki oleh rakyat hilang dalam bentuk turunnya kuasa beli (purchasing power) yang dimiliki oleh wang tersebut walaupun angka ringgit yang tercatit atasnya tidak berubah. Ini berlaku kerana penawaran wang yang berlebihan dan sewenang-wenamgnya oleh negara melalui pencetakkan wang kertas yang tidak disandarkan kepada sesuatu yang memiliki nilai intrinsik untuk membiayai sesuatu projek kerajaan.
Wasalam.