02 Januari 2010
Tahun 2010: Mesti Pandai Berjimat Cermat (Episod 2)
Semalam ada seorang yang tidak dikenali hantar sms pada kawan saya, tanya Pegeot saya nak jual ke tak. Memanglah tak jual, tapi kalau berani harga tinggi boleh juga jual. Bila orang tu dapat tahu harganya cukup tinggi, sms itu tidak berbalas. Sebenarnya kita kena berjimat cermat terutama bila pakai kenderaan. Dulu arwah ayah saya tak pakai kereta pun, pakai moto saja. Dulu jeles juga tengok orang yang ayah dia ada kereta, ayah saya tak ada kereta. Jadi bersyukurlah saya ada kereta, walaupun bukan kereta mahal.
Nak Tahu Bagusnya Peugeot, Pakailah Peugeot
Dulu dalam tahun 1998, Kastam pakai kereta pegeout ni sebab waktu itu, ini kereta terbaik dan laju sebab Kastam selalu kejar penyeludup. Orang sekarang suka beli kereta baru, tapi percayalah kereta baru tak semestinya best. Contohnya viva, myvi, persona, Gen2, sebenarnya pegeout lebih sedap. Kalau tak percaya, marilah kita lumba di lebuhraya, kita tengok siapa yang kena. Kat jalan banyak selekoh pun saya berani lumpa macam jalan Kluang- Mersing. Kawalan stereng peugeout sungguh mantap. Daripada beli kereta baru yang mahal RM 30 - 60 ribu, lepas tu bulan-bulan bayar 400-600 selama 9 tahun lebih merugikan. Lebih baik tak ada hutang. Saya beli peugeut cuma RM 5,500 pada 25 Disember 2008, kereta kedua saya.
Tiba-tiba ada 2 biji Peugeot Di Rumah Saya
Saya terkejut bila lihat ada satu lagi peugeot di rumah saya. Saya baru balik berceramah kursus kahwin. Masih cantik dan tegap kereta tu, untung siapa yang pakai. Rupanya abang yang mesin rumput punya, mungkin baru beli, tak sempat tanya.
BERSAMBUNG......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
hahaha..salam..lawak betul citer ustad ni!!!..mcm citer kat UK ni, students m'sia pkai mercs pakcik yahudi pkai basikal raleigh..kebetulan nampak.
BalasPadamcauliflower
Salam tuan
BalasPadamKeta-keta continental (keta2 eropah spt peuheot, citreon, ford dll) selalu dikaitkan dgn harga sparepart yg tinggi, kuat minyak, susah dpt sparepart serta harga jualan balik yg rendah. Sebagai org yg menggunakan sendiri keta2 sebegini benarkah tanggapan dan persepsi spt yg saya sebutkan tadi. harap dpt dikongsikan. terima kasih.
abu umar
Pegeot saya tukat karburator Nissan c20, minyak jimat. (tengok artikel saya yang lama, ada cerita tentang karburator nisan) Kalau tak tukar karburator pun minyak taklah kuat sangat.
BalasPadamKereta saya gear manual, jadi jimat minyak. Kalau auto ada lebih sikit. Tapi kalau kereta auto, ambil yang injection, elakkan karburator.
Alat ganti memang ada sikit tinggi. Tapi bukan selalu rosak pun. Kalau rosak, cari alat ganti terpakai, murah dan ori.
Cuma harga kereta ni murah berbanding kereta Jepun. (saya pun ada kereta Jepun).Contohnya Pegeot 1996 harga 5,500 saja, tapi civic 1996 masih harga 30,000.
nak beli kereta baru 50..60 ..7o ribu memang saya tak mampu, dengan bayaran bulanan 600,7oo ratus setiap bulan. pegeot 1996 harga 5,5oo simpan duit sikit2 rasa2 bolih kot.....tapi orang cakap alat ganti susah nak dapat, kena order...kena tunggu..mahal pulak tu.......itu yang tak berani dengan kereta2 continental.......tapi naik kereta eropah tak lengoh badan....
BalasPadamkete continental mmg tahan tapi sparepart agak mahal sikit tapi bole tahan 10 tahun..saya guna merc model 123 tahun 1980 mmg berbaloi tapi dah trade in sbb nak tukar kete lain tapi tokey kedai tu jual dia pakai sendiri( subuhku bp)
BalasPadam