Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

12 Januari 2010

TERKEJUT BILA KAWAN SAYA NIKAH LAGI SATU


Semalam saya ke Jabatan Agama Johor, Johor Bahru, ada mesyuarat. Singgah di satu pejabat, saya terkejut bila dengar cerita kawan saya (bekas anak buah saya) sudah nikah lagi satu. Yang menariknya, wanita kat pejabat tu menunjukkan kad jumputan kawin dengan isteri pertama yang dah anak tiga dan satu lagi kad jemputan dengan isteri barunya. Hairan juga, sebab sempat orang pejabat tu tunjuk kat saya kad jemputan isteri lama, kan dah anak 3. Sempat juga dia orang kumpul dan bandingkan kad jemputan tu. Pasangan ini nikah dan buat majlis besar-besaran rumah pengantin perempuan Ahad lepas.

Yang menariknya, lelaki tu kerja di JAIJ, bekas anak buah saya waktu di penguatkuasa dulu, dia seorang pekerja yang baik, umur 30-an. Isteri pertamanya juga berkhidmat di JAIJ, umur 30-an. Manakala isteri keduanya yang  baru ini bertugas di JAIJ juga, anak dara 20-an.

"Yer ke dia dah kahwin, ingatkan sebelum ini gosip-gosip jer". Kata saya.

Satu lagi yang menarik, pasangan ini nikah di Johor, mengikut prosedur biasa, bermakna perlu masuk ke mahkamah syariah. Bukan nikah lari-lari, bukan nikah sendikit, bukan sorok-sorok.

"Jadi isteri pertamanya izin ke tak". Tanya saya, nak dapatkan penjelasan lanjut.

"Mestilah setuju tuan, kalau tak, macammana mahkamah boleh lepaskan". Cerita wanita di pejabat tu.

Satu lagi yang menarik, wanita tu cerita, suaminya ucapkan tahniah kepada pengantin lelaki. Suami wanita tu bukan kerja di JAIJ. Cuma pengantin lelaki tu kata pada suami dia.

"Jangan jadi macam saya". Jangan hairan dengan kata-kata tu. Kalau kata jangan buat, tapi dia dah buat. Mungkin kita boleh fikirkan bersama........?

Saya tak ada lain nak ucapkan, kecuali nak ucap SELAMAT PENGANTIN BARU DAN SEMOGA BERBAHAGIA SELALU.

7 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    Org lelaki kalau nk berkahwin 2 pd sy tak jadi hal kalau dia betul2 adil. Mcm sunnah Nabi tu. Tapi pd kebiasaannya bila dh kahwin tu mana pernah adil. Arwah abah sy kahwin 2 jugak. Emak sy isteri no 1. Masa arwah abah nk kahwin emak tolong pinangkan, sebab mak fikir pasal anak2 dan taknak arwah abah buat yg tak elok. Tapi bila arwah abah dh kahwin, kami adik beradik sentiasa terabai. Tapi emak tak pernah suruh kami durhaka pd arwah abah. Pada mak ni dh takdir dia, tp kesian pada emak.

    BalasPadam
  2. mcm kenal jer tuan..tp nape saya x dijemput..ini tidak adil..hem xper le ustaz tp masa saya esok jgn tuan x datang plak ke majlis saya.entahla walaupun tidak dengan calon yang direkmenkan tp tuan tetap saya jemput..byk bagi tunjuk ajar sepanjang perkenalan saya ngan tuan..tima kasih tuan!

    BalasPadam
  3. Kahwin lah selagi mampu, selagi terdaya selagi kuat menanggung risiko selagi mampu bertanggungjawab.... tak kisah lahhh...

    BalasPadam
  4. ada sesetengah lelaki yang sengaja mengada-adakan alasan untuk berpoligami,sedangkan sebenarnya alasan itu tidak munasabah langsung.isteri yg setia hidup susah senang selama berpuluh tahun,dikatakan tidak pandai memberikan layanan zahir dan batin.kenapa selepas begitu lama beru nampak si isteri tidak pandai?

    alasan mereka berpoligami kononnya untuk meneruskan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.tapi sebenarnya itu hanya alasan palsu untuk menutup keaiban nafsu yg menggelodak ketika hari sudah hampir senja.Nabi Muhammad s.a.w memilih janda dan balu yg kematian suami semasa perang untuk dijadikan isterinya,tapi lelaki yg mengaku ingin mengikut sunnah itu memilih para gadis yg manis dan gebu!

    sebelum berkahwin,janji memenuhi mulut untuk berlaku adil kepada isteri dan anak2.tapi selepas kahwin,anak isteri hilang di mata juga di hati.siang malam bertungku tangga di rumah isteri muda,sehingga terlupa isteri tua yg setia sehidup semati tersengguk-sengguk di hujung tangga menanti kepulangan suaminya!

    BalasPadam
  5. semua cerita pasal kawin 2, kau org ada pengalaman ke?
    masing2 cerita mengikut pengalaman org lain yg kawin, kau org dah kawin 2?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.