http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-kondo-lebih-baik-dari.html
06 Januari 2010
RUMAH LELONG : SEDIH BILA KALAH LELONG (Episod 2)
SAMBUNGAN...
Selepas beli rumah flat di Uda dan dapatkan penyewa, maka nak melangkah untuk beli sebuah rumah lagi. Tapi kali ini saya dah buat keputusan untuk duduk sendiri. Waktu itu saya duduk kondo Bukit Alif, kuarters kerajaan. Mulai Januari 2007, saya adalah sikit naik gred, gaji pun ada naik tapi yang pentingnya elaun rumah naik. Oleh kerana duduk kuarters, elaun naik setinggi mana pun, tetap kena potong kesemuanya. Dah tu, elaun cola kena potong separuh. Maka timbullah hasrat nak beli dan duduk rumah sendiri.
Tebalkan Muka
Ada kawan-kawan yang beli rumah baru, seakan menyindir dan membakar perasaan saya supaya membeli rumah baru. Katanya, orang gaji macam saya kena duduk rumah mahal, orang pangkat bawah saya pun boleh beli rumah mahal. Tapi saya tebalkan muka, lain orang lain perancangan kewangannya. Pada saya, kalau beli rumah yang jauh dari pejabat amat menyukarkan. Contohnya sekitar Skudai yang selalu terlibat dalam jem. JB memang jem hampir setiap hari. Orang yang duduk Skudai kata, kalau jambatan Perling siap, maka jem selesai, tapi tak juga. Di JB ni ada saja punca jadi jem.
Lokasi Penting
Kalau nak seronok duduk JB, duduklah kawasan sekitar UDA. Maksud saya UDA yang lama ini, bukan UDA Baru yang sebelah Perling tu, sana sejuk. Sini kemudahan semua ada, pasaraya Mydin, Gaint, Kipmart, Maslee, Angsana semua dekat. Nak pegi keja pun dekat, tak tempuh jem. Ada orang kata kalau Nusajaya buka nanti belah sana naik, tapi tak pun. Anda pembeli, anda bukan jurujual rumah. Kalau anda jurujual, bolehlah buat cerita sebegitu nak lakukan rumah anda. Sekarang pun, ramai orang kerja kerajaan tinggal di UDA, berulang ke Nusajaya, bukannya jauh.
Tak Suka Rumah Bawah di JB
Saya sebenarnya tak suka duduk rumah bawah, lebih suka kondo atau pangsapuri. Banyak sebabnya, panjang pula kalau nak cerita. Kemudian dalam bulan julai, ada lelong di Pangsapuri Titiwangsa, rumah tingkat 2 harganya 74,000. Dulu rumah baru sekitar 130,000. Maka saya buat keputusan masuk lelong.
Tengok Rumah
Masa tengok rumah, waktu pagi Ahad, saya tengok rumah itu ok jer dari luar. Saya cuba masuk dalam rumah, memang tak kunci, boleh tolak saja. Rumah nya besar, 1050 sf bilik 3, berbanding rumah saya duduk waktu itu 950 sf saja.
Kalah lelong Menyedihkan
Hari lelong saya datang awal, nampaknya macam saya seorang saja. Tapi waktu 10 minit lagi nak tamat, datang seorang lelaki. Bila tahu dia masuk rumah yang sama, saya berunding dengannya. Saya kata padanya, kalau boleh kita berunding di luar saja, tapi dia enggan. Jadi terpaksa lawan. Daripada 74 ribu, orang tu menang 81 ribu. Saya tak berani ambil lebih dari harga tu, tidak menguntungkan. Saya kalah, sedih dan kecewa tapi siapa pun tak tahu. Saya melangkah longlai masuk kereta. Segala impian berkecai. Tapi tak apa, insyaallah, peluang lepas ini akan ada lagi. Alhamdulillah, memang rezeki saya lepas tu. nanti saya cerita lagi.
BERSAMBUNG KE EPISOD 3.
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-kondo-lebih-baik-dari.html
http://ustazkhalil.blogspot.com/2010/01/rumah-lelong-kondo-lebih-baik-dari.html
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
assalamualaikum tuan, boleh x saya nk belajar ilmu beli rumah lelong dengan tuan?
BalasPadamkalau beli buku mcm x berguru, kalau berguru rasanya lebih bagus kan... harap tuan dapat berikan saya jawapan, boleh atau tidak...:)
insyallah, boleh. tinggal mana ?
BalasPadamSalam tuan, kebanyakkan orang kita suka beli rumah bawah, bak kata dorang senang, nak parking kete pun depan mata je, apa2 hal tak susah. tapi pandangn tuan macam berbeza skit. tuan suka kondo atau pangsapuri? kenapa ye? cite la tuan..
BalasPadambetul ustaz beli benda lelong ni banyak boleh untung kena pulak la ni ekonomi masih lemah banyaklah rumah dan kedai lelong, saya ada beli thn lepas rumah kedai tingat 1 hanya RM47K , la ni tak smp setahun harga pasaran dah naik rm90K. untung dekat 40K tak sampai setahun.
BalasPadamnk beli kne buat bank draf kan sblum lelongan dibuat?? ok katkan dah buat bank draf,dan diberikan pada pelelong.dalam sesi lelongan rumah saya kalah..duit bank draf tu kira bagi free la kat pelelong atau kita akan dapat semula kalau saya kalah.
BalasPadamPulang pada kita semula.
BalasPadamLucu la kamaruzaman ni.. kalau kalah kena bg bnk draf kpd pelelong? Heheh.. best tu, jom kira ramai2 jd pelelong. Sy mula2 ingat gitu gok.. biasa laa, naive !
BalasPadamSalam ustaz kadi, nak tanya.. sebelum lelongan bermula.. berlaku rundingan atau kauntim tu.. cth kalau ade yg nak bayar kita bg mengelakkan kita masuk bidding sbb dia nak harga reserved.. dan kalau kita terima byrn itu, adakah itu dikira rasuah ? Atau vice versa.. adakah kita dikira pemberi rasuah ? Sy tahu.. lagi naik harga rumah dr RP, tiada akan menguntungkan sesiapa kecuali bank. Jadi secara adatnya tiada mana2 pembida (kecuali pembida gila atau terlebih kaya) nak harga rumah jauh tersasar dari RP.. kan. Cuma sy risau dgn tindakan rundingan macam tu akan merosakkan proses lelong tu sendiri.. dan ada juga yg mengambil kesempatan melampau. Sy pernah masuk lelong.. seorang bangsa lain menawarkan 2k seorang utk tidak membida.. dia offer kpd 4 pembida lain. Jadi dia sanggup utk spend 8k bagi RP 55k. Tiada yg setuju dgn rundingan.. sy pula takut itu dikira menerima rasuah...endup..sy berhenti kat 67k, bangsa teesebut menang pada 70k... memang tiada siapa yg untung..
BalasPadamSaudara RAHA, maafkan saya, saya budak baru belajar, apakah maksud RP itu??
PadamRP = reserved price. Setiap hartanah yg dilelong ada RP iaitu harga mula2 yg ditawarkan. Bila pembidaan bermula, ianya akan bertambah mengikut kenaikkan pembidaan.
Padam