Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

19 Januari 2010

HATI-HATI PAKAI CINCIN



KOTA BHARU: Seorang penuntut Politeknik Kota Bharu (PKB) di sini, malam semalam terpaksa dikejarkan untuk rawatan kecemasan akibat jari kelingking tangan kirinya membengkak teruk, selepas cincin aloi pemberian seorang rakan yang dipakai sejak tiga hari lalu, tidak dapat ditanggalkan. Lebih malang, jari Mohd Muhaimin Mohd Izani, 21, yang berasal dari Bukit Abal, Pasir Puteh itu, terpaksa dibedah pakar Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) selepas usaha memotong cincin itu termasuk menggunakan pemotong besi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, menemui jalan buntu. Mohd Muhaimin yang dikejarkan untuk rawatan kecemasan itu kira-kira jam 8.20 malam, berkata seorang rakannya menghadiahkan cincin itu kira-kira tiga hari lalu.

"Mulanya, saya memakai cincin itu tanpa sebarang masalah pada jari kelingking tetapi semalam (kelmarin), jari kelingking saya tiba-tiba terasa sakit.


"Saya cuba menanggalkan cincin itu tetapi gagal, sebaliknya jari saya semakin membengkak besar hingga saya tidak mampu menahan sakitnya. Saya percaya kejadian ini disebabkan aliran darah yang tersekat di jari, hingga bengkak," katanya.

4 ulasan:

  1. sbb tu eelobor suka pakai cincin yg besar skit saiz nya dan di ketatkan dengan membalut benang pada gegelung cicin tersebut. Alhamdulillah, setakat tiada masalah lagi

    BalasPadam
  2. Alahai... nak melawa terus jadi bahana plak..

    BalasPadam
  3. Tuan, sekarang ni ramai yg pakai cincin sebagai hiasan. siap 10jari pakai cincin da macam tok bomoh pun ada.Hahaha. Yang mengikut sunnah pakai cincin ni macam mana ye tuan kadi?

    BalasPadam
  4. salam...bila akk baca kisah nih..teringat benda nih pernah terjadi pd ank lelaki akk.bernasib baik gak bila dpt di potong olih pekerja kedai emas...kalu tak..mungkin sama cam kes diatas..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.