Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Januari 2010

Sepuluh Kaki Judi Ekor Ditahan Di Kluang Semalam



10 lelaki ditahan dalam operasi judi di daerah Kluang petang semalam. Operasi dari jam 3.00-6.45 petang dilakukan oleh penguatkuasa dari luar daerah Kluang yang mengadakan serbuan secara mengejut. Dari jumlah tersebut, 4 orang ditangkap di Bandar Kluang, manakala 6 orang di Simpang Renggam. Kesemua ditahan adalah bekerja biasa dan swasta. Tiada kakitangan kerajaan yang ditahan pada operasi kali ini.

Berjudi atau berada di dalam kedai judi boleh dikenakan denda sehingga RM 3,000 atau 2 tahun penjara atau keduanya sekali. Kesemua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat.

"Saya akan terus bertegas dengan kes judi di seluruh daerah Kluang dan operasi akan dijalankan secara berterusan".

3 ulasan:

  1. Go go go hapuskan judi...dulu penah jadi penguatkuasa jaij di kluang kalau ops judi je mesti bergasak tapi selalu menang.. sampai kaki judi dah kenal muka kita...sampai dapat gelaran harimau berantai...tapi zaman tu badan tegap lagi skarang dah takkuat asyik sakit pinggang je hehehe ( subuhku bp)

    BalasPadam
  2. kelakar betul cerita ni..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.