Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Januari 2010

Buka Restoran Bukan Senang Tuan.....


Tadi saya ada mesyuarat di JB, terjumpa kenalan lama yang juga seorang peniaga kedai makan. Sekarang dia berniaga di kantin sekolah dan sebuah kedai makan di Bandar Baru Uda JB selain ambil katering secara sambilan. Kami berbual pasal perniagaan kedai makan, dia nampaknya ada banyak pengalaman. Bila dia tahu saya dah duduk di Kluang, dia tanya bagaimana kalau berniaga di Kluang. Saya kata ramai peniaga di Kluang sakit sikit sebab Kluang berbeza dengan JB. Sini orang kurang makan kat luar. Saya cerita pada dia, baru-baru ini, waktu orang kerajaan dapat gaji, saya makan malam dengan keluarga kat kedai. Bila sampai di kedai pertama, saya lihat kedai tu kosong, tiada seorang pun pelanggan. Pergi ke kedai kedua, pun begitu suasananya, saya tak berapa berkenan makan di kedai kosong sebab mungkin ada suatu yang tak kena, mungkin tak berapa sedap. Saya start kereta ke kedai lagi satu, adalah 2-3 meja yang ada orang, barulah berhenti makan di situ. Maknanya, nak niaga di Kluang banyak cabaran bagi peniaga kedai makan.

Ada beberapa kedai saja yang ramai orang yang sudah tentu ada penarik tersendiri. Kedai yang sebegitu boleh bertahan. Sejak saya di Kluang ini yang baru 10 bulan di sini, ada juga saya lihat kedai makan yang terpaksa tutup dengan ruginya. Suasana di JB cukup berbeza. Tapi ada juga kedai di sekitar Bukit Alif  JB yang tutup, buka tak sampai setahun. Kedai tu tak jauh dengan rumah saya. Mula kedai tu buka, promosi agak hebat juga. Tapi bila saya datang makan, masakannya tak seberapa. Datang kali kedua pun begitu, taklah sedap. Nak niaga makan di JB, walauoun ramai orang kena masak sedap. Yang tak tutupnya di Bandar Baru Uda, cuma kedai mamak, tambah lagi adalah. Tak lama lagi akan buka satu lagi kedai mamak di Bandar Baru Uda, tak jauh dengan angsana, sekarang tengah ubahsuai.

Buka Restoran

Kawan saya ni buka kedai di Uda tak jauh dengan Angsana, bukan sederet Mydin seperti yang saya sangka pada mulanya. Dia dah modal lebih RM 100,000 dah beroperasi lebih kurang 6 bulan. Sampai sekarang dia belum pulang modal. Bila dia kata kedai tu, saya tahu sangat dan pernah makan di situ tapi dah lama. Rupanya, tauke lama keluar dan terpaksa tutup kedai. Tauke lama katanya rugi lebih 100,000. Sekarang mungkin hidup dikejar hutang atau ada barang yang tergadai, saya rasa.

Kawan saya ni berani ambil kedai tu, sewa RM 3000 sebulan. Dia dah lebih 15 tahun berniaga, sekarang umur pun dah 50 lebih. Katanya dah, lumrah jatuh bangun dalam bisnes kedai makan. Dah banyak kantin sekolah, asrama dan kilang yang dia niaga, sekarang nak ceburkan diri dalam perniagaan restoran pula. Modal niaga ni pun bukan pinjam, semuanya hasil keuntungan perniagaan yang lama. Bila saya tanya kenapa tak beli rumah kedai, dia kata tak berani nak beli kedai, ada risiko. Sekarang dia ada 3 biji rumah, satu darinya di Bandar Baru Uda.

Nak Jaga Pekerja Bukan Senang

Katanya, bukan senang nak jaga hati dan kerenah peniaga. Ada kalanya pekerja merajuk dan terasa hati dengan tauke, maka macam-macam masalah berlaku kat kedai tu. peniaga pula sentiasa nak naik gaji dan bonus. Kekadang tukang masak utama cuti mengejut, ada buat alasan anak sakit, maka takkanlah tauke tak kasi. Disebabkan tukang masak utama cuti, maka masakan pun tak sesedap manalah. Terasa juga hati pelanggan. Dia kata kalau jualan RM 25,000 sebulan, itu cuma habis untuk gaji, sewa dan api air saja. Kalau jualan RM 45,000 sebulan, barulah tauke bernafas lega. Itupun tipis, nak buat pusingan modal pula.

8 ulasan:

  1. Benar... ramai pelanggan mesti nak makan yg sedap, sesuai di tekak, bersih lagi halal serta bonus layanan yang baik..

    Ada orang sanggup bayar mahal jika makanan sedap. Memang perit meniaga makan ni wpun duit masuk terus sbb tak bleh berhutang makan..

    Tapi tanpa kesungguhan dan kegigihan tahap tinggi, takkan dapat diambil sagu jika ruyung tak upaya dipecahkan?

    BalasPadam
  2. tu lah adat berniaga, ada untung ruginya tapi yg boleh bersaing dan bertahan serta dapat menyediakn menu2 yg berbagai pas 2 sedap pulak maka InsyAllah beruntunglah dia...ohh ya x lupa juga bab menjaga kebajikan mendisiplinkn pekerja serta nak bagi pekerja boleh bertahan lama dan kekel dgn kita yg paling payah skali walau pn kita dah buat bermacam2 cara tapi jika kita memang x da nasib mungkin pekerja2 kita yg baik dan terlatih tadi akan dikebas org..atau kita terlalu pemurah mengajarkn selok belok tentang perniagaan kita secara terperinchi,konon nak bagi dia bersedia dlm 1 jangka masa nanti dia akan jadi towkeh sendiri..blum apa2 lagi kebanyakannya akan segera berangan2 nak jadi towkeh segera....itulah diantara pengalaman2 sy dlm berniaga,bermacam2 jenis pernigaan yg sy dh buat dan cuba dari yg kecil2 sehingga yg boleh dikatakn sehingga lah yg terakhir saya menjadi kontrektor.Bab mengekalkn pekerja2 adalah memang teramat payah skali jika pekerja2 kita adalah anak2 melayu....!

    BalasPadam
  3. Jangan salahkan sangat orang kita bertukar-tukar kerja. Setiap orang mahukan kemajuan. Kalau kat tempat kerja tu nak upgrade asyik ada siling jek, orang pun bosan.
    Sorang engineer kat tempat saya dah resign selepas bertahun-tahun kerja di takuk sama sebab orang atasannya takut dia nanti ambil alih tempat orang atasan tu..

    BalasPadam
  4. Salam.. walaupun bru mnceburi bisnes kdai buku & alat tulis ni slama 3 tahun.. mmg bnyak ujian mnduga dri plbagai sudut..

    & skrg Alhamdulillah.. plnggan tetap smakin btambah..

    BalasPadam
  5. assalamualaikum..sy sgt berminat dgn isi kandungan blog ust khalil ni..ble brtukar2 pendpt.bercerita ttg kedai makan ni...sy amat berminat utk membukanya...tp modal kt tgn ada 20k jer,tkut xckup..rahsia kehebatan masakan insyaallah sy ada..nk sgt bukak restoran ikan bakar berempah tp xnak jual mahal mcm org lain...asalkan sume org ble makan, maksudnya x tumpu pd org yg kaya2 jer...sy da test market jual di bazar ramadhan baru2 nih...licin,alhmdulillah sume puji masakan sy...syukur pd allah, pling tinggi sy jual sampai 35kg dlm masa 2jam stgh..setiap hr...tkut juga nak jual pd awalnya,,tp nekad..jk ada rezeki sy xkemana...skrg nak lebarkan sayap buka mcm warung@restoran..tp tkut xckup modal..nk wat pinjaman nm da blacklist...sj..sekadar nak minta pandangan..

    BalasPadam
  6. livonia19@yahoo.com

    Salam,
    Ramai chef2 yg handal dlm masakan buka restoran..kebanyakannye xbertahan lama krana xde untung..
    Untung & rugi dlm perniagaan atau hidup ni tersangat unik..KIta xdpt nak mengkaji mngunakan akal kita. Xde ilmu Kat dunia ni yg blh mnjamin seseorg tu blh untung dlm perniagaan..

    Jawapan yg tepat ialah' Manusia jd pandai kerana blajar,,tp Manusia jd kaya krana nasib...

    eemmmm.....pasti ramai yg x stuju..

    BalasPadam
  7. salam, tertarik baca post ni dan komen2 yg diberi oleh sume viewers.. sy pun tgh plan nk fully in biz.. skrg mkn gj smbil biz tp bl masih keje mmg susah nk concentrate pd biz.. takut x dpt spend ms dgn anak2 lg.. jd buat mn yg termampu dulu.. dan kumpul modal smbil kumpul pngalaman.. hrpnye by the time anak2 sy skola nnt, sy dpt la fulltime dgn biz ni.. ^__^

    BalasPadam
  8. Boleh tak share macam mana nak start biz restoran ni? Modal brapa minimum? Klau nak loan tu, apa yg kena tengok?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.