30 Disember 2011
Lelaki 74 Nikah Gadis 46 Tahun
Satu lagi cerita ni, lelaki pesara kerajaan umur 74 tahun bernikah dengan gadis umur 46 tahun. Katanya baru berkenalan beberapa bulan lepas.
Lelaki pernah bernikah 2 kali sebelum ini, kali pertama isterinya meninggal dunia dan kali kedua juga meninggal dunia 2 tahun lepas. Lelaki punya beberapa orang anak dan cucu. Perempuan pula belum pernah bernikah sebelum ini dan bekerja di sebuah kilang dekat sini.
Duda 69 Tahun Nikah Janda 41 Tahun, Nak Cerita Jer
Saja nak cerita-cerita kisah perkahwinan, bukan ada yang mengejutkan pun. Hari ni bernikah lelaki 69 tahun, duda kematian isteri 2 tahun lalu dengan janda 41 tahun yang kematian suami 5 tahun dulu.
Lelaki ini pencen kerja kerajaan, dah ada anak dan beberapa orang cucu. Perempuan pula tidak bekerja dan ada beberapa orang anak yang dah besar. Mengenai tarikh perkahwinan, maka tak kisahlah kalau nikah hujung tahun, bukan bekerja pun dan masih sempat nak berbulan madu. Kalau orang lain tentu pilih masa awal cuti sekolah.
29 Disember 2011
Harga Emas Semakin Jatuh, Pelabur Emas Terdiam (Episod 12)
Harga emas dunia pada jam 4.00 petang adalah 1549.97 USD. Dulu orang kata emas akan terus naik, sekarang boleh turun rupanya. Ramai pelabur yang rugi kalau jual sekarang, jadi kena pegang terus. Tapi kalau pegang lama, makin lama makin turun, macammana ? Rugilah jawapannya.
Sekali lagi saya nak ingatkan bahawa dalam pelaburan ini sama ada pelaburan saham, emas, matawang, hartanah, perladangan atau perniagaan semuanya ada untung rugi. Dan tak ada semuanya yang untung saja dalam pelaburan.
Episod 13, Klik Sini
Episod 13, Klik Sini
Mak Ayah Tak Mahu Tunjuk Surat Nikah Pada Anak
Ibu dan bapa 50-an mempunyai anak 20-an yang akan bernikah tak berapa lama lagi. Masalahnya, sebenarnya, anak perempuan sulungnya itu adalah anak luar nikah. Ibu dan bapa seboleh-boleh merahsiakan yang itu anak luar nikahnya.
Kalau anaknya nanti tengok surat nikah, mesti anak tahu yang mak ayah dia bernikah 2 bulan saja, anaknya itu lahir. Bagaimana hendak merahsiakan hal ini sedangkan anaknya mesti pergi ke mahkamah untuk mohon wali hakim sekiranya bapa dia tidak boleh jadi wali. Bukan boleh orang lain pergi ke mahkamah kerana pengantin itu mesti pergi sendiri ke mahkamah, tak boleh wakil. Kalau hendak rahsiakan pada orang lain, itu boleh dirundinglah juga. Dan sepatutnya kita rahsiakan dari pengetahuan orang lain.
27 Disember 2011
Jangan Sampai Kena Sembelih Masa Beli Tayar Kereta (Episod 21)
Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.
Tapi bila sudah tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.
"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.
"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.
"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.
"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.
Kasi Tukar Belakang Ke Depan
Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu bunga macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya tak kasi dan saya pergi ke kedai dekat saja.
Pergi Cari Kat Kedai
Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu, yang lagi baik RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau, macam tak selesa nak menyuap. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik.
Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Dia kata, kalau tak tukar nanti bahaya dan boleh pecah sebab dah haus. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.
Spotrim Bengkok Pulak
Lepas tu dia buat balancing dan tauke tu kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh baiki dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.
"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.
"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar. Nanti rugi saja tukar tayar baru". Kata tauke tu.
"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.
Lepas tu dia buat balancing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit. Tapi dia kata, lepas ni kalau ada masa, datang semula ke kedai dia. Saya kata okey saja, dalam hati, selamat duit saya.
Spotrim Baru
Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab beli spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.
Alignment Tayar Pulak
Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80. Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.
Alignment Tayar Pulak
Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80. Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.
Selesailah Sudah
Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.
Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..
Tauke ni, kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber keluar minyak, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.
Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.
Cerita Kereta Episod 22, klik sini
Dapatkan Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kabsah (citarasa asli Arab)
Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.
Cerita Kereta Episod 22, klik sini
Dapatkan Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kabsah (citarasa asli Arab)
25 Disember 2011
Nak Nikah Dengan Warga Asing, Abang Tak Mahu Jadi Wali
Seorang wanita 30-an, janda anak dua hendak bernikah dengan seorang lelaki warga Indonesia yang bekerja di sini. Lelaki ini bekerja sebagai tukang rumah dan sudah beberapa tahun menetap di sini. Bagaimanapun, abangnya menentang kerana tak mahu adiknya bernikah dengan orang asing.
Kes ini diajukan ke pejabat kadi dan dinasihatkan supaya membawa kes ini ke mahkamah syariah. Dalam kes ini, hakim akan mengkaji setiap perkara sehingga hakim boleh membenarkan pernikahan secara wali hakim, sekiranya perlu.
23 Disember 2011
Pengantin Bawa Utraman Masa Akad Nikah
Terkejut juga jurunikah apabila pengantin lelaki memegang 5 kotak vcd Utraman masa akad nikah. Kenapa pulak ? Takkanlah nak tengok vcd tu masa akad nikah pulak.
Rupanya, anak lelaki dia punya yang umur 3 tahun. Anak dia hadir sama masa akad nikah dan lari sana dan lari sini masa bapa dia nikah. Biasalah, budak-budak umur macam tu bukan setakat suka tengok vcd, pegang vcd yang ada gambar Ultraman pun dia suka.
Masa nikah tu, lelaki duda umur 40-an bernikah dengan anak dara 20-an. Jangan budak tu panggil mak baru dia 'Mak Utraman' sudahlahhhh.... hehe.
Alfatihah....Dr Abdul Hamid Othman Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Abdul Hamid Othman telah meninggal dunia pada lebih kurang jam 5 petang Jumaat. Allahyarham berusia 72 tahun.
Beliau juga pernah menyandang jawatan sebagai Ketua Pengarah Hal Ehwal Agama Islam sebelum dilantik sebagai Senator dan kemudiannya anggota Dewan Rakyat.
Tujuh Bulan Bercerai, Nikah Semula
Lelaki 40-an dan perempuan juga 40-an bercerai 7 bulan yang lalu. Kedua-duanya adalah pegawai kanan kerajaan, berkhidmat di luar Johor dan berasal dari Johor. Selepas berbelas tahun hidup bersama dan dikurniakan 6 orang anak, mereka menghadapi masalah rumahtangga yang rumit. Isteri telah menuntut cerai di mahkamah dan mereka telah turun naik ke mahkamah.
Akhirnya, suami melafazkan cerai talak satu secara baik disebabkan permintaan isteri ini. Bagaimanapun, selepas 7 bulan hidup bergelar janda dan duda, mereka membuat keputusan bernikah semula. Ke semua enam orang anak mereka, hadir dalam majlis pernikahan ini.
22 Disember 2011
Gadis 16 Tahun, Bernikah Masa Mengandung 8 Bulan
Gadis 16 tahun, kerja jurujual, sudah mengandung 8 bulan. Perbuatan dilakukan dengan pakwe dia berusia 21 tahun, kerja biasa. Akhirnya mereka bernikah selepas mengandung 8 bulan berwalikan bapanya.
21 Disember 2011
Cuaca Cerah Sehingga Petang Ini di Kluang
Kluang paling ramai dipindahkan kerana banjir beberapa hari lepas. Namun, cuaca cerah dan kadang kala mendung hari ini menyebabkan banjir semakin surut dan jumlah yang di tempat pemindahan berkurangan.
Banjir di Johor Meningkat Kepada 3,265
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Johor meningkat kepada 3,265 setakat 8 malam Selasa. Sebanyak 41 pusat pemindahan dibuka iaitu 23 di Kluang, Segamat (5), Kulaijaya (3), Batu Pahat (4), Pontian (4) serta masing-masing satu di Kota Tinggi dan Johor Baharu.
Di Kluang, kawasan yang dilanda banjir ialah Kampung Isnin Maarof, Kampung Tengah Renggam, Kuil Ketchumi, Kampung Seri Maju Jaya, Kampung Haji Hasim, Kampung Chokro, Mengkibol, Kampung Muhibbah, Kampung Sungai Linau, Kampung Parit Hassan, Kampung Bentong, Kampung SC, Kampung Baru, Kampung Tengah, Perumahan Rakyat Yap Tau Sah, Kampung Mengkibol, Kampung Kolam Air, Kampung Berasau, Kampung Orang Asli Sungai Peroh, Kampung Punchor, Kampung Sri Cahaya, Kampung Contoh, Kampung Batu 4 Paloh, Kampung Melayu Mardi dan Kampung Haji Nor Md Amin di Kluang.
20 Disember 2011
Apa Angka Selepas 999,999 ?
Alhamdulillah, blog saya sudah dibaca melebihi 990,000 selepas dibuka lebih 2 tahun lalu. Terima kasih kepada pembaca terutama blogger yang mempromosikan blog saya di blog mereka. Blog saya kini dibuka oleh lebih 5,000 dalam satu hari dan meningkat sehingga 20,000 sehari sekiranya ada topik yang dianggap menarik.
Suka untuk saya beritahu, saya ditawar untuk membukukan 2 novel tulisan saya, oleh sebuah syarikat penerbitan yang ada nama juga. Novel berkenaan mempunyai peminat dan pembaca setia di blog saya. Jadi, saya dalam peringkat akhir menyiapkan penulisan novel berkenaan. Cuma masa membataskan saya untuk menyiapkan dan memperkemaskan penulisan berkenaan. Insyaallah, kita tunggulah kemunculannya nanti. Cuma, tajuknya mungkin akan berbeza dan gaya penulisannya juga akan turut berbeza mengikut kesesuaian penerbit.
Apa Angka Selepas 999,999 ?
Jumlah blog saya dibaca sudah hampir 1,000,000 (sejuta). Tapi saya ada sedikit keliru, apakah angka yang akan keluar selepas 999,999 ini ? Mungkinkah 000,000 atau 1,000,000 ?
18 Disember 2011
Cerita Kat Sebuah Kedai Mamak
Tadi saya berdua makan kat kedai mamak, jangan tanya dengan sapa, hehe. Kira makan kat kedai, teh tarik dua, mee goreng mamak dua. Lepas makan tu, sebelum mamak tu kira, saya tengok harga kat dinding mee goreng RM 3.50 dan teh tarik RM 1.20. Saya kira, kalau semua sekali RM 9.40.
Tapi masa bayar tu, mamak tu congak saja dan kata semua sekali RM 10.00. Aikkkk.... terkejut saya dan tanya dia teh tarik dan mee goreng berapa harga. Dia jawab, teh tarik 1.20 dan mee goreng 3.80. Saya tanya dia semula, kenapa kat dinding tu tulis RM 3.50 bukan 3.80 ?
Dia kata itu harga lama...... Ermmm, saya kira sabar saja dengan kerenah mamak tu. Lagi pun, ini kali pertama makan kat kedai tu. Kalau dah biasa kat kedai tu, mesti saya betah lama sikit, nak gertak untuk buat laporan pun boleh, bukan betul-betul, nak ajar sikit. Tapi saya senyum saja dan bayar saja RM 10.00. Nanti kalau bising-bising, buat malu orang saja.
Kenali Restoran Mamak
Ini satu cerita kat kedai mamak. Tengoklah, walaupun banyak isu orang hentam kedai mamak ni, kedai dia tetap penuh juga, termasuk saya yang pergi.Tahukah anda yang teh tarik hanya ada di Malaysia dan bukan mamak yang memperkenalkan. Tapi teh tarik paling popular di kedai mamak. 'Mee goreng mamak' pula, sebenarnya tidak ada di India atau Pakistan, cuma ada di Malaysia saja.
16 Disember 2011
AWAS, Satu Taktik Penipuan Melalui Email
Saya terima satu email dan saya tahu ini satu perangkap penipuan, saya tak layan email macam ni. Silalah baca email ni.
"Nama saya adalah Faridah binti Ismail. Saya berkerja sebagai Executive Pemasaran di syarikat J&H Livestock Company di England.Saya ingin mengenalkan anda dengan peluang untuk perniagaan yang hebat.Saya amat memerlukan perihatin anda terhadap proposal ini kerana kita akan dapat keuntungan bersama dalam segi kerjasama dan persahabatan.
Saya menghantar email ini kepada anda kerana anda adalah teman seibu negeri saya daripada Malaysia oleh kerana itu saya percaya yang anda akan memberi sokongan dari segi moral dan kejujuran untuk proposal ini.Saya tidak mahu kehilangan peluang ini kerana saya tahu bahawa kita akan perolehi keuntungan bersama dalam perniagaan ini dimasa sekarang dan juga masa depan.
Saya memerlukan seorang ejen pembekal untuk perusahaan ditempat saya berkerja. Perusahaan yang saya bekerja ini memerlukan sejenis product yang bernama (amikacin aminoglycocide atau juga di panggil gentamicin) produk ini adalah sebuah anti biotik khas yang hanya boleh diterima dalam bentuk suntikan dan bukan untuk penggunaan dalam segi penerapan ia boleh mengubati penyakit tuli dan kerosakkan buah pinggang.
Product ini adalah tulen di Malaysia dalam harga anggaran($ 2,300usd sekotak) sedangkan bekas pengurus pembelian syarikat kami menjual kepada kami dalam harga anggaran ($ 4,350 usd sekotak)sejak pengurus pembelian kami meletakkan jawatannya monopoly ini sudah dibubarkan.Saya sedang mencari seseorang yang sanggup menjadi pembekal kami untuk bergabung dalam satu perkongsian kepada perusahaan kami sekarang.
Maka dengan tujuan ini saya email kepada anda sekiranya anda berminat untuk perniagaan proposal ini. Saya cuma perlukan anda untuk menjadi orang tengah dalam transaksi antara penjual dan perusahaan kami.Ini adalah peluang perniagaan yang akan memberi keuntungan yang besar untuk kita bersama, jadi saya memerlukan kerjasama anda untuk menjadikan usaha ini sebagai satu perniagaan yang berjaya.
Saya akan memberi lebih maklumat lagi berkenaan perniagaan ini sekiranya anda sanggup menjadi pembekal produk kepada perusahaan kami .Permulaannya saya mahu mengikat sebuah persetujuan kontrak untuk anda sebagai pembekal kepada perusahaan kami.Dalam segi peratusannya pula harga sebenar bagi pembelian produk ini dari perusahaan kami adalah ($ 4,350usd)dan dari Malaysia pula adalah($ 2,300usd) Perusahaan kami memerlukan tidak kurang dari 50 kotak dan tidak lebih dari 500 kotak.
Tujuan saya memerlukan anda sebagai ejen kami adalah untuk talian penyambungan antara penjual penduduk Malaysia yang tepat ke perusahaan kami supaya keuntungan marginnya boleh dibahagi antara kita berdua.70% kepada anda dan 30% kepada saya.Bantuan anda yang utama untuk saya untuk berkomunikasi dengan pengurus saya menyatakan bahawa anda boleh membekalkan produk ini kepada perusahaan kami dan dari situ anda boleh mengetahui lebih mendalam lagi tentang segi pembayaran dan harga.
Tindak balas segera dari anda adalah amat di hargai supaya saya dapat memberikan maklumat selanjutnya tentang informasi penjual produk kami yang di malaysia dan juga untuk mengetahui jika mereka ada stock produk penjualan itu untuk di bekalkan kepada anda sebelum pengurus baru kami tiba ke Malaysia untuk membeli semula produk itu sejurusnya daripada anda.
Tetapi amat penting untuk diingati bahawa selaku orang tengah pengurus kami akan menguruskan segalanya dengan tepat kepada anda dan bukan penjual produk ini untuk tidak menjejaskan perniagaan dan pengurusan ini. Terimakasih atas masa dan prehatin anda untuk membaca proposal perniagaan ini."
Sekian wassalam,Farida Binti Ismail
CUEPACS Minta Kakitangan Awam Tidak Tandatangan Surat Tawaran
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam membantah pelaksanaan beberapa opsyen Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang didakwanya kurang jelas, selain tempoh terlalu singkat diberikan kepada penjawat awam untuk menerima tawaran itu.
Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.
Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
.....BERSAMBUNG.
Serentak itu, kongres berkenaan meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatangani surat tawaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi SBPA sehingga mereka berpuas hati dan memahami sepenuhnya skim berkenaan. Keputusan itu dibuat hasil undian sebulat suara 125 perwakilan CUEPACS seluruh negara yang berhimpun selama dua hari bermula kelmarin membincangkan isu pelaksanaan SBPA pada Mesyuarat Kongres Khas yang berlangsung di Hotel Putra Brasmana, di sini.
Presidennya, Datuk Omar Osman, berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat itu berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan, sebagai mewakili isi hati 1.4 juta penjawat awam seluruh negara.
Katanya, lima inti pati digariskan melalui bantahan untuk dimajukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang dijangka ditemui pada 19 Disember ini, antara lain meliputi desakan pembatalan Exit Policy selain penjelasan kedudukan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus seperti diumumkan melalui SBPA baru-baru ini.
.....BERSAMBUNG.
Untuk laporan lanjut, sila lawat...
15 Disember 2011
Kerja Berjauhan, Akhirnya Suami Nikah Senyap-senyap
Lelaki 40-an dan isterinya 30-an sudah berumahtangga lebih 10 tahun. Lelaki kerja di tempat lain dan isterinya di tempat lahir keluarganya. Alasan isteri tidak mahu berpindah adalah kerana dekat dengan keluarga dan sudah beli rumah sendiri. Manakala suaminya bukan sengaja nak merantau tapi sudah tempat bertugasnya di sana dan tak berpeluang nak pindah ke tempat isterinya.
Jaraknya bukan dekat, lebih 4 jam naik kereta atau bas. Kesemua anaknya duduk dengan isterinya. Mulanya suaminya duduk rumah bujang, selepas itu duduk sendirian. Hampir setiap hujung minggu lelaki balik ke kampung. Akhirnya lelaki ini bernikah senyap-senyap dengan gadis 20-an yang satu pejabat dengannya. Mula pernikahan ini dirahsiakan tapi tak lama lepas tu isteri tahu melalui jiran suaminya.
"Tuan Kadi... masa mula isteri saya tahu, memang jadi perang besar. Tapi selepas beberapa bulan, isteri saya dapat menerimanya. Cuma anak sulung perempuan saya (belasan tahun) yang tidak boleh menerimanya sampai sekarang.". Katanya.
"Tapi tuan.... akhirnya isteri saya memahami perasaan saya yang selama tinggal sendirian. Dan isteri saya juga terasa kesilapan yang dia tak mahu berpindah ikut saya dari dulu". Katanya lagi.
"Cuma satu permintaan isteri saya tuan kadi. Iaitu isteri saya tidak mahu rasa malu di kalangan saudara mara dan kawan-kawan yang dia sekarang bermadu. Dia tak mahu disebut oleh orang lain yang dia kini bermadu". Kata lelaki ini lagi
Hantu Menjelma Dalam Telefon ? SERAMMMM
Usahawan, Zul Azri Abdul Khalil, 34 di pekan Langgar secara tidak sengaja merakam gambar satu kepulan asap yang menyerupai wajah manusia beberapa hari lalu sewaktu bersantai di kedai berkenaan. Sewaktu kejadian kira-kira jam 5 petang, dia hanya mahu menguji kamera telefon bimbitnya sahaja dan mengambil gambar.
Harga Emas Jatuh Merudum: Betul Saya Cakap, Pelaburan Emas Ada Risiko (Episod 11)
Dari dulu saya tulis dalam blog saya yang pelaburan emas ada risiko besar. Dalam bahasa yang orang boleh faham adalah, mungkin boleh untung, mungkin boleh rugi. Waktu saya tulis tu, saya 'berperang' dengan orang yang begitu taksub kepada pelaburan emas ini. Mereka tetap kata pelaburan emas itu menguntungkan.
Harga Dah Turun, Nak Buat Apa ?
Kalau dulu beli harga tinggi macam kawan saya beli harga masa tu dalam 1,800 USD lebih. Sekarang harganya 1,572 dan nampaknya menuju kepada aliran menurun sekarang. Ada orang kata, kalau turun, kena beli lagi dan nanti boleh untung kalau harga naik. Tapi, adakah ini satu jaminan bahawa harga emas akan naik ? Jawapannya, tidak pasti.
Jangka Panjang
Cukuplah saya terangkan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek. Perdebatan ini saya dah ulas dalam tulisan saya terdahulu. Janganlah jawab, kalau nak untung kena pegang pelaburan jangka panjang. Ingat, mana tahu, kalau lagi lama pegang, lagi turun, kan rugi tu.
Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.
Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.
Bawa Pakwe Datang Rumah Masa Mak Ayah Pergi Kerja
Gadis umur 23, masih belajar di peringkat ijazah ditangkap di dalam rumah bersama teman lelakinya umur 24 tahun, kerja swasta. Tangkapan dilakukan oleh penguatkuasa lebih kurang jam 2.00 petang selepas mendapat aduan dari orang awam.
Sewaktu tangkap, hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah, manakala ibu dan bapanya bekerja. Mereka adalah pasangan kekasih dan merancang untuk bernikah.
14 Disember 2011
'Abang R' Menghilang Setelah Buat Gadis 24 Tahun Mengandung
Gadis umur 24 tahun ini, tidak bekerja dan baru saja berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan singkat ini telah membawa mereka sehingga melakukan hubungan sex luar nikah atas suka sama suka di rumah sewa lelaki ini.
Selepas didapati mengandung 2 bulan, gadis meminta lelaki ini bertanggungjawab. Bagaimanapun, lelaki ini sudah tidak dapat dikesan dan sudah berpindah dari rumah sewanya. Sebenarnya, gadis ini hanya mengenali nama lelaki ini yang bermula dengan huruf 'R' saja, umurnya sekitar 20-an. Di mana lelaki ini bekerja dan kampung asalnya, juga gadis ini tak tahu.
Sudah termengandung, barulah perempuan ini buat laporan ke pejabat agama setelah keluarga gadis ini turut sama tidak puashati dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini. Tetapi, nak buat apa, perempuanlah yang akan menanggung dan akan dihukum kerana perbuatannya, lelaki tak tahu kat mana.
Kalau kes ini, report pada polis pun, tak selesai masalah juga. Soalnya, ini perbuatan suka sama suka dan bukan kes rogol. Kalau betul ini kes rogol, kenapalah tunggu selepas 2-3 bulan selepas 'dirogol' baru nak buat report polis ?
Rakaman Wacana Sinar Harian 13 Disember 2011: PRU13, Undi Siapa Menjadi Penentu
Rakaman wacana Sinar Harian edisi ke-9, PRU13: Undi Siapa Menjadi Penentu.
Panelnya adalah YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), YB Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi Umno), YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial UM), Datuk Zaid Ibrahim (Ketua Parti KITA) dan wacana dikendalikan moderator, DR Maszlee Malik.
Panelnya adalah YB Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP), YB Datuk Saifuddin Abdullah (Ahli Majlis Tertinggi Umno), YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah (Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sains Sosial UM), Datuk Zaid Ibrahim (Ketua Parti KITA) dan wacana dikendalikan moderator, DR Maszlee Malik.
13 Disember 2011
Banjir di Kuala Lumpur 13 Disember 2011
Sejak semalam saya berada di Kuala Lumpur dan baru balik tengahari tadi. Waktu meninggalkan KL tengahari tadi, nampak awan gelap, macam nak hujan lebat. Jalan-jalan yang dalam gambar tu, kebanyakannya saya lalui, sebab banyak kali sesat juga hingga lalu jalan yang sama. Nasib baik saya tak terperangkap dalam banjir tu.
Singgah di Bangi
Masa hujan renyai, saya singgah di Bangi, pasang kompresor kereta. Harga murah dan saya pasang kat kereta tu dan satu lagi balik pasang sendiri kat kereta Accord SM4 saya. Pasang sendiri untuk kereta SM4 bukan payah sangat dan dah pasang pun tadi.
Pasang kompresor ini menambahkan kuasa kereta dan kalau gitu, pastilah minyak lebih jimat. Tadi kat lebuhraya bawak dalam 160kmj, biasa kalau rpm macam tu cuma 140kmj saja. Tauke Cina tu pujuk saya suruh beli barang lain pulak.
"Kawan...... you tambah ini barang kasi enjin lagi power". Kata tauke Cina tu.
"Haiya... ini kereta gua punya bini punya, gua punya kereta dekat rumah Johor". Kata saya.
Alamak, tauke ni, orang beli satu barang, dia suruh tambah lagi satu barang pulak. Lagi pun, benda lain saya macam tak percaya, kalau kompresor saya dulu pernah pakai masa baru angkat SM4 tu tahun 2006.
"Kawan... tak ada hal punya, sayang bini, kawan". Kata Cina tu lagi.
"Hehe... taukey, sayang bini bukan ini macam. Ini macam sayang kereta bini, bukan sayang bini, hehe". Kata saya.
12 Disember 2011
Saya Nyaris Kemalangan, Lori Terbabas
Saya memandu di belakang sebuah lori kecil tanpa muatan dalam 80kmj. Kalau ada peluang, nak potong lori berkenaan tapi banyak selekoh dan garisan berkembar di situ, jadi ikut dari belakang saja. Tiba-tiba di satu selekoh, lori tu macam hilang kawalan dan masuk jalan ke kanan. Mulanya saya ingat dia nak potong kenderaan seperti moto di depan tu, tapi tidak.
Bila sudah terbabas ke kanan, dia cuba masuk ke kiri semula tetapi gagal. Masa tu, ada kereta datang dari arah bertentangan dan dia cuba elak. Akhirnya lorinya termasuk ke dalam gaung di sebelah kanan. Alhamdulillah, saya berjaya kawal kereta saya, brek mengejut dan berjaya kawal kenderaan.
Saya berhenti untuk tolong orang ini, kereta lain pun turut berhenti, bukan dan tengok nombor ekor, hehee..... Tak sampai 5 minit, pemandu lori, lelaki 20-an berbaju merah, keluar dari lori dan naik ke atas jalan. Nampaknya dia lansung tak cedera dan memberikan isyarat ibu jari tangan 'good' pada saya. Dia mengelak bila dia nampak saya nak merakamkan gambar dia.
Beginilah keadaan jalan, selekoh dan tiada bahu jalan. Kesan tayar lori tadi jelas kelihatan.
Saya lihat pada kesan tayar lori tu, ada seekor ular mati kena langgar, mungkin secara kebetulan, dah ajal dia. Ekor ular ni masih bergerak.
Tersebut Nama Bekas Arwah Isteri Semasa Akad Nikah
Pengantin lelaki 50-an duda kematian isteri, pasangannya janda 20-an. Semasa akad nikah, lelaki tersalah sebut nama perempuan lain dan cepat-cepat membetulkan semula lafaznya. Jurunikah menyatakan lafaz itu perlu diulang semula. Selepas ini, anak perempuan kepada lelaki (belasan tahun) yang hadir dalam majlis itu menangis teresak-esak.
Pengantin lelaki telah mententeramkan keadaan anaknya itu dan ini menimbulkan persoalan besar pada jurunikah. Selepas itu, lafaz jawab nikah itu tersangkut-sangkut dan nampaknya dia sudah hilang tumpuan. Sekali lagi, lelaki menegur anaknya supaya tidak menangis dan jurunikah bertambah hairan.
Berjaya juga lelaki jawab nikah dengan betul dan selepas itu, lelaki memohon maaf kepada kadi atas apa yang berlaku.
"Maaf tuan kadi, tadi saya tersalah sebut nama arwah isteri saya...." Kata lelaki itu.
11 Disember 2011
Gadis 20-an Mengandung 8 Bulan Baru Nak Nikah
Seorang gadis 20-an yang sedang mengandung luar nikah 8 bulan bernikah dengan lelaki 20-an. Perempuan ini yang tak bekerja mengaku melalukan hubungan seks luar nikah dengan pakwe dia beberapa kali di rumah sewa lelaki. Lelaki bekerja di sebuah kilang dan tinggal dengan kawan-kawan bujang.
09 Disember 2011
Pelik dan Hairan, Kenapa Harga di Kedai Makan Ni Jadi Murah ?
Dalam tiga bulan lepas saya ada makan di kedai makan ni berdua. Kira warung jugalah, tepi jalan. Masa bayar tu, rupanya harga dia mahal. Makan berdua RM 14. Nasi lauk ayam dan air manis, kawan saya tu pun sama.
Sebulan yang lepas, sekali lagi makan di kedai tu. Saya makan ayam yang tak sebesar mana dan sayur, minum air suam. Kawan saya makan ikan yang tak berapa ada isi dan air suam. Harga semuanya RM 12.00. Kira mahal tu, maknanya sepinggan nasi dan lauk RM 6.00. Makanan kat kedai tu taklah sesedap mana.
Saya tanya seorang kawan saya yang dah lama kat sini. Dia kata kedai tu memang mahal dan sebab itulah orang tak ramai. Dia menambah cerita lagi, ada satu lagi kedai kat sini yang mahal macam tu dan dia sebut nama kedai tu.
Tapi, beberapa hari lepas saya ke kedai tu seorang diri. Makan ayam gulai, sayur dan air teh o. Masa makan tu, saya rasa, nanti harganya dalam 6-7 ringgit. Tapi masa bayar tu, dia kata cuma RM 3.50 saja.
Persoalannya :
Kenapa pula jadi murah dari sebelumnya ? Okey, kalau harga teh o RM 1, maknanya sepinggan nasi cuma RM 2.50, macam tak percaya pulak. Ayam peha tu besar, sayur pun banyak juga saya taruk.
Lagi satu nak beritahu, lelaki yang jual tu kira macam lelaki lembut juga. Rambut panjang, badan kurus dan bibir dia merah macam pakai gincu. Panggil saya pulak tu 'abanggg'. Okey, fizikal dia tu cerita lainlah. Tapi nak tahu juga, kenapa boleh harga murah pulak.
Pak Imam Nak Nikah Lagi Satu (Episod 1)
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, seorang pak imam di Kluang, nak nikah isteri kedua. Bagaimanapun pernikahan pagi ini ditangguhkan kerana pak imam ini nak naik baca khutbah Jumaat dulu. Semoga tak tersasul masa baca khutbah nanti.
Selamat Pengantin Baru.
...bersambung ke episod 2 (identiti pak imam terbongkar)
...bersambung ke episod 2 (identiti pak imam terbongkar)
08 Disember 2011
Rock Metal Juga Makcik Ni....
Saya ke sebuah kedai makan dan sempat juga saya puji masakan makcik tu, makanan boleh tahan sedap. Saya berbual dengan makcik tu.
"Macammana berniaga makcik, dalam pukul berapa habis jualan". Kata saya.
"Alhamdulillah, sebelum pukul tiga biasa habislah.". Kata makcik ni.
"Tapi sekarang budak cuti sekolah, kureng sikitlah". Kata makcik tu lagi.
Alamak.. 'kureng' tu kira bahasa rock tu. Kira makcik 50-an ni rock juga yer, hehe.
07 Disember 2011
Bapa Tak Mahu Jadi Wali Sebab Kononnya Bakal Suami Nak Kikis Harta
Pertama kali saya mengadap kes ini saya macam tak percaya. Pertama, pengantin lelaki umur 50-an dan perempuan 50-an, kedua-duanya mengatakan masih bujang dan belum pernah bernikah sebelum ini. Tapi bila disiasat secara terperinci, memang keduanya belum pernah bernikah sebelum ini. Lelaki bekerja sendiri manakala perempuan sebagai eksekutif di sebuah syarikat.
Setelah kira-kira tiga tahun mereka berkenalan, akhirnya hendak bernikah. Bagaimanapun, bapanya sebagai wali menentang perkahwinan ini. Adik beradiknya juga menentang kecuali seorang adiknya yang memahami perasaan kakaknya yang hendak bernikah.
Alasan yang diberikan adalah, bapa tak setuju kerana kononnya bakal suami anaknya ini akan mengikis hartanya. Memanglah dari segi gaji, anak perempuannya ini bergaji dan ada jawatan tetapi bakal suaminya adalah pilihan sendiri. Sebelum ini, perempuan ini banyak memberikan duit kepada bapa dan adik-adiknya, maka dibimbangilah kalau selepas ini, suaminya akan mengikis hartanya.
Maka kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan hakim telah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk memanggil bapa sebagai wali ke mahkamah. Wali tetap menentang dan tak mahu anak perempuannya bernikah dengan lelaki ini.
Akhirnya, hakim mahkamah syariah, Ustaz Hafizulhakim bin Ibakarim membuat keputusan, anak perempuan ini boleh bernikah menggunakan wali hakim. Hakim juga menasihati pasangan bernikah di kawasan melebihi dua marhalah kerana dibimbangi ayahnya menukar keputusan bersetuju manjadi wali pada saat akhir. Kemudian selamat dinikahkah oleh Kadi Kluang.
Cerita ini ada sedikit persamaan dengan novel bertajuk Bapa Paksa hantaran 10,000 yang saya tulis. Kisah mengenai sikap seorang bapa terhadap anaknya waktu hendak bernikah.
Akhirnya, hakim mahkamah syariah, Ustaz Hafizulhakim bin Ibakarim membuat keputusan, anak perempuan ini boleh bernikah menggunakan wali hakim. Hakim juga menasihati pasangan bernikah di kawasan melebihi dua marhalah kerana dibimbangi ayahnya menukar keputusan bersetuju manjadi wali pada saat akhir. Kemudian selamat dinikahkah oleh Kadi Kluang.
Cerita ini ada sedikit persamaan dengan novel bertajuk Bapa Paksa hantaran 10,000 yang saya tulis. Kisah mengenai sikap seorang bapa terhadap anaknya waktu hendak bernikah.
06 Disember 2011
Janda Ais
Beberapa hari lepas, saya makan di sebuah kedai di Sedenak, Johor. Lepas minum, nampak iklan kat tepi dinding tu dan saya ambil gambar. Alamakkkkkkk... 'Janda Ais' lah pulak.
05 Disember 2011
Beberapa Hari Lagi Nak Nikah, Pasangan Batalkan Perkahwinan
Janda 40-an dan duda 50-an dijadualkan akan bernikah beberapa hari lagi. Borang semua sudah siap diproses dan borang serta temujanji dengan jurunikah juga telah dibuat. Kedua-duanya hadir bertemu Kadi untuk membuat pembatalan.
Entah apalah alasan pasangan ini, tapi yang pasti, mereka sama-sama bersetuju membatalkan pernikahan ini. Apabila ditanya lelaki, alasannya sudah tak ada jodoh, ringkas saja alasannya. Bila ditanya perempuan pula, alasannya dia bimbang suaminya nanti tidak mampu membiayai isterinya dan beberapa orang anak isteri ini. Apa pun alasan sebenar, hanya mereka berdua yang tahu.
04 Disember 2011
Macam Mana Nak Beritahu Isteri, Saya Nak Nikah Lagi ?
Benda lain mudah lagi, tapi bab ni memang payah, payah, payah, payah. Okey, saya ada banyak terima email. Tapi email yang satu ni cukup menarik dan saya tak mampu menjawab soalan ini iaitu :
"Ustaz... Saya berumur 40-an kerja eksekutif dan mempunyai 3 orang anak. Hidup kami suami isteri bahagia. Dalam setahun ini, saya berkenalan dengan seorang perempuan janda 20-an, anak seorang. Kami merancang nak nikah tapi bimbang isteri tak izin. Dan isteri saya pernah cakap, kalau saya nak kawin lagi, dia minta cerai."...
Saya taknak jawab soalan ini, tapi minta pembaca yang menjawabnya untuk membantu sedara kita yang berhajat nak buka cawangan ni. Dipersilakan beri komen atau nasihat....
02 Disember 2011
'Janda Berhias' Akhirnya Milik Saya
Pertemuan, jodoh atau perpisahan, bukan kita berkuasa sepenuhnya. Kekadang, apa yang kita rancang itu tidak kesampaian dan yang lain pula berlaku.
Semalam, di gelanggang ping pong, kawan saya ada menunjukkan raket (bet) ping pong yang baru dibelinya. Dia baru beli dan baru pakai sekali, itu pun cuma ringan-ringan saja. Sebelum ini dia pakai raket jenis 'shakehand' tapi dia cuba nak tukar 'penhold'. Untuk pengetahuan, sekarang dah tak berapa ramai yang pakai penhold. Tapi saya start main ping pong sejak umur 10 tahun, sekarang umur dah sweet 40, kira dah 30 tahunlah pakai penhold dan tak pernah pun pakai shakehand.
Entah mengapa pula, kawan ni nak beralih pada pendhold dan beli bet baru, harganya RM 480. Dah tu, lepas beli, tak boleh nak main pulak. Mahal tu, getah jenis Tenergy dan kayu Butterfly. Dia jual pada saya RM 300 dan saya tak lepaskan peluang beli. Kira untung jugalah. Semalam saya main, semua game saya menang. Lepas jual. kawan saya tu cakap.
"Saya jual pada ustaz, ustaz untung. Ini kira 'janda berhias', hehe.. ". Kata dia sambil bergurau. Maknanya baru setakat ringan-ringan saja dan jual semula dengan harga murah. Kalau tak jual pun, dia bukan boleh buat apa-apa.
Begitulah jodoh dan pertemuan, termasuk percintaan kawan saya tu dengan bet ping pong kesayangannya, akhirnya berpisah jua.
Entah mengapa pula, kawan ni nak beralih pada pendhold dan beli bet baru, harganya RM 480. Dah tu, lepas beli, tak boleh nak main pulak. Mahal tu, getah jenis Tenergy dan kayu Butterfly. Dia jual pada saya RM 300 dan saya tak lepaskan peluang beli. Kira untung jugalah. Semalam saya main, semua game saya menang. Lepas jual. kawan saya tu cakap.
"Saya jual pada ustaz, ustaz untung. Ini kira 'janda berhias', hehe.. ". Kata dia sambil bergurau. Maknanya baru setakat ringan-ringan saja dan jual semula dengan harga murah. Kalau tak jual pun, dia bukan boleh buat apa-apa.
Begitulah jodoh dan pertemuan, termasuk percintaan kawan saya tu dengan bet ping pong kesayangannya, akhirnya berpisah jua.
01 Disember 2011
Mengadu Kedai Orang Tak Datang, Salah Siapa ?
Tauke kedai ini mengadu pada kawan saya, dia kata tak ramai orang datang kedai makan dia. Apa sebabnya ?
Saya dah lama sangat tak pergi ke kedai ini walaupun dekat. Sebab dulu pernah sekali pergi ke kedai ini sarapan pagi masa mula kedai ni buka, tapi rasanya tak okey. Masa tu fikir juga, mungkin kedai baru dan belum dapat bersiap sepenuhnya. Jadi, beberapa hari lepas, saya ke kedai ini. Saya minta teh tarik dan nasi lemak.
Teh Tarik
Bila sampai saja teh tarik di meja saya, dalam hati saya banyak benda nak komen. Cuma tak terkeluar saja perkataan dari mulut saya. Gelas dia ada pemegang, itu kira lulus. Belum minum lagi saya dah kata teh tarik dia salah. Teh dia tak pekat dan nampak sangat cairnya, saya fikir mesti tak sedap. Dia pakai susu jenama sebuah pasaraya, mungkin harga paling murah di pasaran. Bila minum, memang tak sedap. Jadi kepada tauke kedai ini, belajarlah cara buat teh tarik yang betul.
Bukan saya nak mengata dan nak mengumat kat sini. Cuma macam tak puashati kalau tauke ni kata orang tak datang kedai dia sedangkan tempat dia cukup baik. Jadi kalau nak belajar dengan saya cara buat tek tarik, boleh klik sini . Mudah-mudahan dapat membantu menambah ilmu. Perlu diingat, berniaga ini kena ada ilmu, jangan sebarang saja. Maka peminat teh macam saya, tak akan pergi kedai macam tu. Jangan pandang mudah bab teh ni, kerana disebabkan satu perkara kecil, kedal boleh lengang.
Nasi Lemak
Bila nasi lemak sampai saja ke meja saya, hati saya terus mengeluh. Bukan apa, terfikir betapa siksanya saya nak menghabiskan nasi lemak tu. Nasi dia berketul dan bila saya rasa dengan sudu, melekat-lekat. Ingat...... nasi lemak kenalah jangan lembik atau melekat. Nasi dalam periuk tu kena tunggu sampai kering. Kalau nak lagi baik, kena kukus. Macammana nak kukus ? Susah sangat, masa nasi tu dah masak, alihkan ke kukus di dapur sebelah. Kukus dalam 10 minit saja.
Bila tengok sambal dia, tak lulus lansung. Entah lada apa yang dia giling, rasa masam semacam jer. Nak tahu cara buat sambal yang betul, bacalah kat blog saya tajuk nasi lemak nanti. Lepas tu ada kacang tapi goreng tak habis, maka rasa lemau saja. Telur pulak saya taknak komen lebih sebab telur goreng bukan faktor utama sedap atau tidak sesuatu nasi lemak tu. (nasi dan sambal paling penting). Yang lebih baik, biarlah telur tu lembik sikit, jangan liat melantun macam span basuh kereta.
Okeylah, nak belajar buat nasi lemak dan sambal,klik sini. Selamat belajar dan terus belajar. Pertingkatkanlah kualiti makanan, barulah orang datang semula.
Berhutang Dengan Ibu Mertua, Akhirnya Bercerai
Kalau kita tengok filem P.Ramlee, Ibu Mertuaku, kita dapat tengok cerita masyarakat yang orang boleh kata itu cerita rekaan semata-mata. Tapi pada saya, cerita itu adalah berdasarkan kisah yang berlaku dalam masyarakat dulu dan sekarang.
Ada satu kes ini, suami isteri 40-an sudah tidak bertegur sapa dan tidur bilik lain-lain sudah setahun. Pasangan ini ada masalah apabila lelaki gagal dalam perniagaannya. Kegagalan ini dikatakan kerana institusi yang pada awalnya berjanji hendak memberikan pinjaman ratusan ribu ringgit akhirnya tidak memberikan pinjaman sedangkan lelaki ini sudah mengeluarkan modal yang besar.
"Institusi ini mula janji macam-macam nak bantu saya. Mula dia kata saya tak mulakan perniagaan lagi dia nak tengok saya mula dulu. Tapi bila saya dah mulakan, akhirnya institusi ini tak beri pinjaman dan saya terpaksa pinjam pada along. Bukan saya nak pinjam sangat, tapi dah terpaksa".
Apabila pinjam along, rupanya bukan menyelesaikan masalah tapi menambahkan masalah lagi. Perniagaannya tewas dalam persaingan dan cabaran dalam dunia perniagaan dan lelaki ini jadi buruan along. Hingga isteri dan anak-anak pun dikacau oleh along ini. Dalam keadaan ini, isteri cadangkan untuk meminjam wang dari ibunya. Kebetulan ibunya orang berduit juga dan diberi pinjam hampir 50 ribu ringgit untuk menyelamatkan hutang along ini.
Bila masalah dengan along dah selesai, masalah hendak bayar hutang pada mak mertua pula. Sudah masuk 3-4 tahun, lelaki gagal bayar hutang pada mak mertua, dia cuma boleh bayar sedikit sahaja secara beransur-ansur. Lelaki bukan tak mahu bayar tetapi dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mash ada hutang pada bank juga.
Akibat campurtangan mak mertua, isterinya pula jadi along untuk minta suaminya bayar hutang pada ibunya. Akibat kegagalan ini, rumahtangga mereka retak dan isteri sering meminta diceraikan untuk membela perjuangan kutip hutang ibunya. Mereka duduk serumah hampir setahun tetapi berlainan bilik. Isteri mengabaikan tanggungjawab lain sebagai isteri termasuk memasak, basuh baju dan sebagainya. Anak-anak yang masih bersekolah jadi keliru dan tidak tenteram.
Akhirnya, suami bersetuju menceraikan isterinya selepas diminta oleh isterinya hampir setahun.
"Tuan Kadi, saya masih sayangkan 5 orang anak saya dan isteri saya. Tapi saya harap keputusan menceraikannya ini, adalah keputusan yang tepat".
Akhirnya, suami bersetuju menceraikan isterinya selepas diminta oleh isterinya hampir setahun.
"Tuan Kadi, saya masih sayangkan 5 orang anak saya dan isteri saya. Tapi saya harap keputusan menceraikannya ini, adalah keputusan yang tepat".
Langgan:
Catatan (Atom)