Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

13 Disember 2011

Banjir di Kuala Lumpur 13 Disember 2011








Sejak semalam saya berada di Kuala Lumpur dan baru balik tengahari tadi. Waktu meninggalkan KL tengahari tadi, nampak awan gelap, macam nak hujan lebat. Jalan-jalan yang dalam gambar tu, kebanyakannya saya lalui, sebab banyak kali sesat juga hingga lalu jalan yang sama. Nasib baik saya tak terperangkap dalam banjir tu.

Singgah di Bangi

Masa hujan renyai, saya singgah di Bangi, pasang kompresor kereta. Harga murah dan  saya pasang kat kereta tu dan satu lagi balik pasang sendiri kat kereta Accord SM4 saya. Pasang sendiri untuk kereta SM4 bukan payah sangat dan dah pasang  pun tadi.


Pasang kompresor ini menambahkan kuasa kereta dan kalau gitu, pastilah minyak lebih jimat. Tadi kat lebuhraya bawak dalam 160kmj, biasa kalau rpm macam tu cuma 140kmj saja. Tauke Cina tu pujuk saya suruh beli barang lain pulak.

"Kawan...... you tambah ini barang kasi enjin lagi power". Kata tauke Cina tu.

"Haiya... ini kereta gua punya bini punya, gua punya kereta dekat rumah Johor". Kata saya.

Alamak, tauke ni, orang beli satu barang, dia suruh tambah lagi satu barang pulak. Lagi pun, benda lain saya macam tak percaya, kalau kompresor saya dulu pernah pakai masa baru angkat SM4 tu tahun 2006.

"Kawan... tak ada hal punya, sayang bini, kawan". Kata Cina tu lagi.

"Hehe... taukey, sayang bini bukan ini macam. Ini macam sayang kereta bini, bukan sayang bini, hehe". Kata saya.

7 ulasan:

  1. Teruk betul banjir di KL...tak selesai lg masalah banjir kilat ni... kalau kereta msuk air alamatnye kena overhaul la kan ustaz...duit lagi...huhuhuuu

    BalasPadam
  2. kasihan pada mereka yang terperangkap berjam-jam akibat banjir petang semalam kat KL tu..

    BalasPadam
  3. aik ustaz, laju namapak, hehehe jejaga saman tu.

    BalasPadam
  4. ustaz,berapa harga kompressor tu??

    BalasPadam
  5. Harga tak sampai seratus ringgit. Murah kalau nak dibandingkan dengan penjimatannya.

    BalasPadam
  6. salam ustaz...apa nama product kompressor tu?bangi kt mna kedainya dekat dh tu...tq...

    BalasPadam
  7. ape??? 160km??? masyaALLAH ustaz...he3

    BalasPadam

Dipersilakan komen.