Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Disember 2011

Berhutang Dengan Ibu Mertua, Akhirnya Bercerai

Kalau kita tengok filem P.Ramlee, Ibu Mertuaku, kita dapat tengok cerita masyarakat yang orang boleh kata itu cerita rekaan semata-mata. Tapi pada saya, cerita itu adalah berdasarkan kisah yang berlaku dalam masyarakat dulu dan sekarang.

Ada satu kes ini, suami isteri 40-an sudah tidak bertegur sapa dan tidur bilik lain-lain sudah setahun. Pasangan ini ada masalah apabila lelaki gagal dalam perniagaannya. Kegagalan ini dikatakan kerana institusi yang pada awalnya berjanji hendak memberikan pinjaman ratusan ribu ringgit akhirnya tidak memberikan pinjaman sedangkan lelaki ini sudah mengeluarkan modal yang besar.

"Institusi ini mula janji macam-macam nak bantu saya. Mula dia kata saya tak mulakan perniagaan lagi dia nak tengok saya mula dulu. Tapi bila saya dah mulakan, akhirnya institusi ini tak beri pinjaman dan saya terpaksa pinjam pada along. Bukan saya nak pinjam sangat, tapi dah terpaksa".

Apabila pinjam along, rupanya bukan menyelesaikan masalah tapi menambahkan masalah lagi. Perniagaannya tewas dalam persaingan dan cabaran dalam dunia perniagaan dan lelaki ini jadi buruan along. Hingga isteri dan anak-anak pun dikacau oleh along ini. Dalam keadaan ini, isteri cadangkan untuk meminjam wang dari ibunya. Kebetulan ibunya orang berduit juga dan diberi pinjam hampir 50 ribu ringgit untuk menyelamatkan hutang along  ini.

Bila masalah dengan along dah selesai, masalah hendak bayar hutang pada mak mertua pula. Sudah masuk 3-4 tahun, lelaki gagal bayar hutang pada mak mertua, dia cuma boleh bayar sedikit sahaja secara beransur-ansur. Lelaki bukan tak mahu bayar tetapi dia tidak mempunyai pekerjaan tetap dan mash ada hutang pada bank juga.

Akibat campurtangan mak mertua, isterinya pula jadi along untuk minta suaminya bayar hutang pada ibunya. Akibat kegagalan ini, rumahtangga mereka retak dan isteri sering meminta diceraikan untuk membela perjuangan kutip hutang ibunya. Mereka duduk serumah hampir setahun tetapi berlainan bilik. Isteri mengabaikan tanggungjawab lain sebagai isteri termasuk memasak, basuh baju dan sebagainya. Anak-anak yang masih bersekolah jadi keliru dan tidak tenteram.

Akhirnya, suami bersetuju menceraikan isterinya selepas diminta oleh isterinya hampir setahun.

"Tuan Kadi, saya masih sayangkan 5 orang anak saya dan isteri saya. Tapi saya harap keputusan menceraikannya ini, adalah keputusan yang tepat".

6 ulasan:

  1. Macam2 sebab bercerai rupa2nya yang tak pernah terlintas difikiran.. itulah manusia.

    BalasPadam
  2. tidak dapat dinafikan duit adalah matlamat utama kita berniaga atau berkerja makan gaji tetapi janganlah sampai ianya menjadi raja yang bertakhta di hati..kelak begitulah padahnya...

    BalasPadam
  3. moga diberikan kesabaran atas segala ujian yang menimpa.....didiklah anak moga cemerlang dunia akhirat

    BalasPadam
  4. itu la dianya yg dikatakan hitam putih kehidupan..."langit tidak selalu cerah.." !!

    BalasPadam
  5. semua rmh tgga ade mslh kewangan.itu normal.utk istri, kener ingat, idup berkahwin kene share ssh dan sng same2

    BalasPadam
  6. cabaran hidup suami dan isteri... perlu saling bantu membantu dan faham memahami. susah senang diharungi bersama. isteri sakit suami jaga, suami sakit isteri jaga. sakit demam fitrah manusia. berdoalah senantiasa semoga masjid yang kita bina sentiasa berada dilandasan yang betul dan diredhai ALLAH - amin.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.