Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.
15 Disember 2011
Harga Emas Jatuh Merudum: Betul Saya Cakap, Pelaburan Emas Ada Risiko (Episod 11)
Dari dulu saya tulis dalam blog saya yang pelaburan emas ada risiko besar. Dalam bahasa yang orang boleh faham adalah, mungkin boleh untung, mungkin boleh rugi. Waktu saya tulis tu, saya 'berperang' dengan orang yang begitu taksub kepada pelaburan emas ini. Mereka tetap kata pelaburan emas itu menguntungkan.
Harga Dah Turun, Nak Buat Apa ?
Kalau dulu beli harga tinggi macam kawan saya beli harga masa tu dalam 1,800 USD lebih. Sekarang harganya 1,572 dan nampaknya menuju kepada aliran menurun sekarang. Ada orang kata, kalau turun, kena beli lagi dan nanti boleh untung kalau harga naik. Tapi, adakah ini satu jaminan bahawa harga emas akan naik ? Jawapannya, tidak pasti.
Jangka Panjang
Cukuplah saya terangkan pelaburan jangka panjang dan jangka pendek. Perdebatan ini saya dah ulas dalam tulisan saya terdahulu. Janganlah jawab, kalau nak untung kena pegang pelaburan jangka panjang. Ingat, mana tahu, kalau lagi lama pegang, lagi turun, kan rugi tu.
Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.
Untuk pengetahuan (kepada sesiapa yang masih baru dengan blog saya), harga emas boleh diikuti secara lansung melalui blog saya, sebelah kanan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
nasib baik x join.. xnampak arah dan xmeyakinkan masa ejen cuba melobi..hidup pun ada putaran turun naik...xkan harga mas naik tak turun2...lg satu harga turun mgkin disebabkan oleh spekulator.. pelaburan yg paling bagus ialah hartanah...cuma nak kena modal besar...kalu x masuklah pelaburan saham amanah.. untung ada walaupun kecil kerana risiko yg kecil..
BalasPadamkalau lepas ni naik macamana pulak ?
BalasPadamKalau naik, belum tentu pelabur untung. Iaitu mungkin naik tapi tak capai harga dia beli dulu. Lagi satu, kalau dia beli emas dulu dengan personal loan, sebenarnya dia dah bayar banyak pada bank, itu kena kira juga.
BalasPadamKepada orang tak beli emas, naik pun apa dia kisah, dia tak untung dan tak rugi apa-apa, itu macam hati lagi senang.
masa ni la nak beli sebab harga murah
BalasPadamHa ha. Syeikh! Hati lagi senang kalau tak ada hutang walau pergi kerja naik fixie je...
BalasPadamAssalamualaikum, betul yg kita bincangkan masa di masjid Alkauthar. Alhamdulillah ana sempat bawa dalam ceramah dan kuliah ttg berhati2 dgn pelaburan emas.. syabas ustaz perkongsian ilmu bersama Guru takmir semalam.moga semakin mantop. wassalam
BalasPadamTerima kasih ustaz...
BalasPadam