15 Disember 2011
Kerja Berjauhan, Akhirnya Suami Nikah Senyap-senyap
Lelaki 40-an dan isterinya 30-an sudah berumahtangga lebih 10 tahun. Lelaki kerja di tempat lain dan isterinya di tempat lahir keluarganya. Alasan isteri tidak mahu berpindah adalah kerana dekat dengan keluarga dan sudah beli rumah sendiri. Manakala suaminya bukan sengaja nak merantau tapi sudah tempat bertugasnya di sana dan tak berpeluang nak pindah ke tempat isterinya.
Jaraknya bukan dekat, lebih 4 jam naik kereta atau bas. Kesemua anaknya duduk dengan isterinya. Mulanya suaminya duduk rumah bujang, selepas itu duduk sendirian. Hampir setiap hujung minggu lelaki balik ke kampung. Akhirnya lelaki ini bernikah senyap-senyap dengan gadis 20-an yang satu pejabat dengannya. Mula pernikahan ini dirahsiakan tapi tak lama lepas tu isteri tahu melalui jiran suaminya.
"Tuan Kadi... masa mula isteri saya tahu, memang jadi perang besar. Tapi selepas beberapa bulan, isteri saya dapat menerimanya. Cuma anak sulung perempuan saya (belasan tahun) yang tidak boleh menerimanya sampai sekarang.". Katanya.
"Tapi tuan.... akhirnya isteri saya memahami perasaan saya yang selama tinggal sendirian. Dan isteri saya juga terasa kesilapan yang dia tak mahu berpindah ikut saya dari dulu". Katanya lagi.
"Cuma satu permintaan isteri saya tuan kadi. Iaitu isteri saya tidak mahu rasa malu di kalangan saudara mara dan kawan-kawan yang dia sekarang bermadu. Dia tak mahu disebut oleh orang lain yang dia kini bermadu". Kata lelaki ini lagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aisee...
BalasPadampd sy..
perkara mcm ini fenomena biasa la ustaz...
xgitu..?
sejak zaman dulu2 lagi..
apabila udah nikah kawin ni..
tp.. masing2 udah bertahun2...
tinggal berjauhan...
awal mula.. stiap minggu balik...
pelan2.. 2-3 minggu skali balik..
kendian.. pelan2 lagi.. sbulan skali balik..
pastu. 2-3 bulan skali..
penyudahnya..
jeng.. jeng.. jeng !!!
perkara biasa la tu..
drpd kena tangkap...
xgitu ustaz..?
Memang perkara biasa suami isteri berjauhan,
BalasPadamDan atas masing2 le, ada yang kawin lagi seperti mamat di atas tu, dan ada yang tidak. Terpulang le.
Tok cakap ni berdasarkan pengalaman kami ... tak de org ke3 setakat ni selain anak2 & cucu2.. akan datang hanya Allah saja yg tau.
bila unsur babi n ayam sembelih tak betul banyak dimakan, poligami nampak memalukan manakala zina lak best.
BalasPadamsuami patut nikah lagi 2 baru adil sebab no 2 pun dimadukan.