Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Disember 2011

Bapa Tak Mahu Jadi Wali Sebab Kononnya Bakal Suami Nak Kikis Harta

Pertama kali saya mengadap kes ini saya macam tak percaya. Pertama, pengantin lelaki umur 50-an dan perempuan 50-an, kedua-duanya mengatakan masih bujang dan belum pernah bernikah sebelum ini.  Tapi bila disiasat secara terperinci, memang keduanya belum pernah bernikah sebelum ini. Lelaki bekerja sendiri manakala perempuan sebagai eksekutif di sebuah syarikat.

Setelah kira-kira tiga tahun mereka berkenalan, akhirnya hendak bernikah. Bagaimanapun, bapanya sebagai wali menentang perkahwinan ini. Adik beradiknya juga menentang kecuali seorang adiknya yang memahami perasaan kakaknya yang hendak bernikah.

Alasan yang diberikan adalah, bapa tak setuju kerana kononnya bakal suami anaknya ini akan mengikis hartanya. Memanglah dari segi gaji, anak perempuannya ini bergaji dan ada jawatan tetapi bakal suaminya adalah pilihan sendiri. Sebelum ini, perempuan ini banyak memberikan duit kepada bapa dan adik-adiknya, maka dibimbangilah kalau selepas ini, suaminya akan mengikis hartanya.

Maka kes ini dibawa ke Mahkamah Syariah dan hakim telah mempertimbangkan pelbagai aspek termasuk memanggil bapa sebagai wali ke mahkamah. Wali tetap menentang dan tak mahu anak perempuannya bernikah dengan lelaki ini.

Akhirnya, hakim mahkamah syariah, Ustaz  Hafizulhakim bin Ibakarim membuat keputusan, anak perempuan ini boleh bernikah menggunakan wali hakim. Hakim juga menasihati pasangan bernikah di kawasan melebihi dua marhalah kerana dibimbangi ayahnya menukar keputusan bersetuju manjadi wali pada saat akhir. Kemudian selamat dinikahkah oleh Kadi Kluang.

Cerita ini ada sedikit persamaan dengan novel bertajuk Bapa Paksa hantaran 10,000 yang saya tulis. Kisah mengenai sikap seorang bapa terhadap anaknya waktu hendak bernikah.

3 ulasan:

  1. mcm2 hal... anak bangsa kita ni...

    ada kes..
    anak menantu yg udah lama nikah kawin..
    beranak 2-3 disuruhnya bercerai..
    ada kes..
    anak menantu yg udah lama nikah kawin..
    sampai kesudah blum beranak..

    kalau lah sy berada kat tpt Hakim Mahkamah Syariah tu.. sy suruh si bapa tu je kawin dgn anaknya tu..
    dgn alasan yg amat kukuh.."supaya harta tak terlepas ke tangan org lain".. !! baru padan dgn sikap bapanya tu...

    BalasPadam
  2. salam tuan kadi;

    Tuan kadi punya bakat menulis; dan rajin pula; memberi imej baik kepada JAIJ umumnya; tulisan tuan adakala humble dan bersahaja. Muga bertambah kebaikan di dunia dan akhirat.

    (saya ingat kehidupan tuan di Pahang; Kuala Lipis (Padang Tengku) dan lain-lain mempengaruhi.. orang tempatan di sana baik, rendah diri.. makanannya sedap dan segar - mungkin? dan Pahang tempat lahir sasterawan dulu2)

    (orang Pahang dan JB)

    BalasPadam
  3. Ada beberapa persoalan, yg namanya 'manusia' ni terfikir2 bila kes spr ni (termasuk mungkin kita juga?) :

    1) Kebimbangan bapa & adik beradik tu ada wajarnya juga, sbb banyak kes, setelah beberapa thn kawin, bila gaji isteri lebih besar, akan timbul masaalah, melainkan si suami tu orgnya betol2 mengamalkan agama. Macam Nabi saw berkahwin dgn Sydtina Khadijah. (Hanya Allah yg tau apa akan datang kan?)

    2) Anak perempuan tu, teringin juga nak merasa berumah tangga. Keinginannya tu tak baik kalau disekat. (Hanya Allah aje yg tau kesudahannya kan)

    3) Biasanya perempuan bila dah umur 50an susah ada anak (Allah aje yg Maha mengetahui), jadi katakan perempuan tu pergi dulu, hartanya suaminya dapat juga, tu yang bapa & adik beradik risau tu.

    4) Jadi, kalau perempuan tu banyak harta, berilah kat adik beradik, bapanya sikit, wakafkan sikit sementara hidup ni, so utk dia & suaminya ala kadar aje, asal ada rumah, keta & keparluan asas, lepas kawin ... enjoy le jalan2 pi melancong ke, haji & umrah ke (klu lum le), wakaf ke dll.

    huhu..

    best tak ide tok ni?

    BalasPadam

Dipersilakan komen.