Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

14 Disember 2011

'Abang R' Menghilang Setelah Buat Gadis 24 Tahun Mengandung

Gadis umur 24 tahun ini, tidak bekerja dan baru saja berkenalan dengan seorang lelaki. Perkenalan singkat ini telah membawa mereka sehingga melakukan hubungan sex luar nikah atas suka sama suka di rumah sewa lelaki ini.

Selepas didapati mengandung 2 bulan, gadis meminta lelaki ini bertanggungjawab. Bagaimanapun, lelaki ini sudah tidak dapat dikesan dan sudah berpindah dari rumah sewanya. Sebenarnya, gadis ini hanya mengenali nama lelaki ini yang bermula dengan huruf 'R' saja, umurnya sekitar 20-an. Di mana lelaki ini bekerja dan kampung asalnya, juga gadis ini tak tahu.

Sudah termengandung, barulah perempuan ini buat laporan ke pejabat agama setelah keluarga gadis ini turut sama tidak puashati dengan lelaki yang tidak bertanggungjawab ini. Tetapi, nak buat apa, perempuanlah yang akan menanggung dan akan dihukum kerana perbuatannya, lelaki tak tahu kat mana.

 Kalau kes ini, report pada polis pun, tak selesai masalah juga. Soalnya, ini perbuatan suka sama suka dan bukan kes rogol. Kalau betul ini kes rogol, kenapalah tunggu selepas 2-3 bulan selepas 'dirogol' baru nak buat report  polis ?

2 ulasan:

  1. aduhaiii...
    mudah sungguh anak2 gadis kita.. menyerah diri/mahkotanya.. sampai ke tahap langsung tidak mengenali nama pasangan lawannya...??
    apa kes .. apa citer ni..?
    kalu tahap sepupu sepapat.. bleh nikah kawin lagi... kalu udah sampai ke tahap.. lelaki tu. abg tiri.. abg kandung.. camna la gamaknya yea..??
    tu yg dinamakan..
    3 dlm 1...
    anak dpt..
    adik dpt..
    menantu pun dpt !!!

    BalasPadam
  2. wahai saudara-saudara perempuanku yang seagama denganku... mahalkan sikit harga dirimu... bukan mahalkan dengan maskahwin dan hantaran yg tinggi, tapi mahalkan ia dengan maruah dan kehormatan yg tidak ternilai.

    buat saudara-saudara lelakiku yang seakidah, jadikanlah diri kita pelindung dan penjaga amanah saudara-saudara perempuan kita itu, insyaALLAH sama-samalah kita!

    BalasPadam

Dipersilakan komen.