Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

09 Disember 2011

Pelik dan Hairan, Kenapa Harga di Kedai Makan Ni Jadi Murah ?

Dalam tiga bulan lepas saya ada makan di kedai makan ni berdua. Kira warung jugalah, tepi jalan. Masa bayar tu, rupanya harga dia mahal. Makan berdua RM 14. Nasi lauk ayam dan air manis, kawan saya tu pun sama.

Sebulan yang lepas, sekali lagi makan di kedai tu. Saya makan ayam yang tak sebesar mana dan sayur, minum air suam. Kawan saya makan ikan yang tak berapa ada isi dan air suam. Harga semuanya RM 12.00. Kira mahal tu, maknanya sepinggan nasi dan lauk RM 6.00. Makanan kat kedai tu taklah sesedap mana.

Saya tanya seorang kawan saya yang dah lama kat sini. Dia kata kedai tu memang mahal dan sebab itulah orang tak ramai. Dia menambah cerita lagi, ada satu lagi kedai kat sini yang mahal macam tu dan dia sebut nama kedai tu.

Tapi, beberapa hari lepas saya ke kedai tu seorang diri. Makan ayam gulai, sayur dan air teh o. Masa makan tu, saya rasa, nanti harganya dalam 6-7 ringgit. Tapi masa bayar tu, dia kata cuma RM 3.50 saja.

Persoalannya :

Kenapa pula jadi murah dari sebelumnya ?  Okey, kalau harga teh o RM 1, maknanya sepinggan nasi cuma RM 2.50, macam tak percaya pulak. Ayam peha tu besar, sayur pun banyak juga saya taruk.

Lagi satu nak beritahu, lelaki yang jual tu kira macam lelaki lembut juga. Rambut panjang, badan kurus dan bibir dia merah macam pakai gincu. Panggil saya pulak tu 'abanggg'. Okey, fizikal dia tu cerita lainlah. Tapi nak tahu juga, kenapa boleh harga murah pulak.

7 ulasan:

  1. Diperkarangan Mesjid Bulat PJ ni ade dua kedai makan, yg satu ni ambik sepotong ikan masak kari + sayur togeh + pergedel = harganya RM5.50. Air dari kedai satu lagi.

    Yg satu lagi pula, ambik nasi himpit + kuah lontong + air suap = harganya RM5.00.

    Rasa tak nak gi lagi kedai-kedai tu, tapi kat PJ ni kedai makan Islam memang terhad ... agaknya digalakkan kita ni berpuasa kot.

    Nani PK

    BalasPadam
  2. ehem ehem ehem. Dah tanya org lain yg makan tu, berapa kena bayar?
    Kalau sama, bermakna dia buat promosi sama mcm 1 Malaysia. Kalau berlainan harga, maka dia hanya minat promot pada penulis, ehem ehem ehem?

    MZ3

    BalasPadam
  3. assalamualaikum ustaz, nak minta jasa baik ustaz buat entry tentang apakah prosedur bagi seorang muslim warganegara malaysia yang menetap di malaysia ingin bernikah dengan muslim bukan warganegara malaysia yang tidak menetap di malaysia.
    terima kasih
    anisah

    BalasPadam
  4. saya pernah makan di gerai daerah kecil ini. tukang masak 2 lelaki dan sorang perempuan, lelalki tu lembut rasanya tgk dari gaya. tp pelik, kebanyakan yg datang sumer pergi gerai sebelahnya, agaknya org lama kat situ jadi tahu camna keadaan. Sy ni org luar, rase agak kosong saja kedai lelaki lembut tu. kdg2 terpikir gak, patut ke sisihkan dorang smpai cmtu? lepas ni patut kah saya pergi ke gerai lain juga? Tp masalahnya sebab gerai tu nmpak kosong, tu yg pergi tu sbb nak cepat. kalo pergi gerai lain ramai org, lambat pula.

    sn

    BalasPadam
  5. Anisah.... dalam kursus pra perkahwinan ada diterangkan prosedur tu. Dah pergi kursus kawin ker ?
    Ustaz Wan.

    BalasPadam
  6. Rasanye mcm ustaz dah tau jawapannyee...

    BalasPadam
  7. Belum lagi ustaz. Terima kasih kerana bagi info. Selepas ni saya akan cari tempat untuk ke kursus pra perkahwinan.

    Anisah.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.