Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

27 Disember 2011

Jangan Sampai Kena Sembelih Masa Beli Tayar Kereta (Episod 21)

Dalam perjalanan dari Terengganu ke Kluang beberapa hari lepas, dalam perjalanan tu satu tayar kereta saya bocor. Berhenti di kedai tak jauh dari situ dan nak ganti tayar baru. Sebelum ni rasa nak tukar juga tayar tu yang dah 3 tahun, apa lagi lepas dapat bonus akhir tahun baru ni.

Tapi bila sudah tak boleh ditampal tayar tu, maka kenalah beli tayar baru. Tengok harga tayar, maka bersetujulah beli tayar yang harga RM 230, kira murah tu untuk saiz 17 inci.

"Tauke, ini tayar bagus ker ?" Tanya saya.

"Ini bagus, buatan Amerika tapi kilang di China." Kata tauke tu.

"Betul ker bagus, ada pelanggan komplain ker ?". Tanya saya lagi.

"Ini tayar gua sudah jual dekat satu tahun, tak ada kastemer komplain" Kata tauke tu lagi.

Kasi Tukar Belakang Ke Depan

Maka saya setujulah beli dua tayar sebab yang satu tu bunga macam dah habis. Lepas tu tayar belakang tukar pergi tayar depan, sebab yang depan cepat haus. Kira setujulah saya, sebab upah lain free termasuk balancing. Lepas tu saya kata nak pergi makan kat kedai mamak tak jauh dari situ. Dia mintak no tel saya, tapi saya tak kasi dan saya pergi ke kedai dekat saja.

Pergi Cari Kat Kedai

Masa tengah makan tu, datang lelaki yang lain pulak. Dia tunjuk satu barang iaitu nat tempat pam tayar. Dia kata kalau ganti tayar elok tukar baru. Saya tanya harga berapa, dia jawab RM 80 untuk 4 atau yang lagi satu, yang lagi baik RM 120 untuk 4. Saya dah mula macam nak marah, pertama kita tengah makan dia kacau, macam tak selesa nak menyuap. Kedua, kita nak tukar tayar, bukan nak tukar nat tu. Saya suruh dia pasang semula semua tu dan dia balik. 

Lepas makan saya ke kedai tu semula. Tauke tu nampak saya saja, dia kata tayar saya sudah lama dan elok ganti 4, bukan 2. Dia kata, kalau tak tukar nanti bahaya dan boleh pecah sebab dah haus. Saya tetap pertahan nak ganti 2 saja. Bukan apa, yang dua lagi tu bunga masih baik.

Spotrim Bengkok Pulak

Lepas tu dia buat balancing dan tauke tu kata 3 spotrim saya bengkok. Saya tanya, macammana yang dikatakan bengkok tu ? Dia tunjukkan pada skrin tv tu yang bacaan tak sama. Dia kata, dia boleh baiki dengan upah satu spotrim RM 75 X 3 dalam masa 15 minit saja, dia ada mesin.

"Taukey, gua sudah bawak ini kereta sampai Kelantan, Terengganu dan KL, tak ada goyang pun". Kata saya.

"Betul kawan, you bawak mana ada rasa, tapi ini komputer kata sudah bengkok. Nanti lama-lama dia makan tayar. Nanti rugi saja tukar tayar baru". Kata tauke tu. 

"Taukey, gua tak mahu buat, gua mahu you buat balancing saja". Kata saya.

Lepas tu dia buat balancing dan dia kata kira bolehlah tak goyang sikit. Tapi dia kata, lepas ni kalau ada masa, datang semula ke kedai dia. Saya kata okey saja, dalam hati, selamat duit saya.

Spotrim Baru

Tak lama lepas tu, seorang lagi datang pada saya dan tunjukkan spotrim, dia kata harga promosi. Dia kata, ini spotrim Odysey baru, orang tu tred in sebab beli spotrim baru. Harga dia RM 1500 tapi dengan saya dia ofer cuma RM 750 saja. Saya cakap, sorilah sportim saya masih okey.

Alignment Tayar Pulak

Bila dah siap tu, ingatkan siap. Dia kata saya kena buat alignment tayar, kalau tidak, nanti goyang. Dia kata harga semua RM 80.  Saya kata, kalau setakat tukar tayar, tak payah alignment pun tak apa, bukan tukar absoeber atau stereng rack.

Selesailah Sudah

Maka saya cuma bayar dengan harga RM 230 X 2 = RM 460. Yang lain tu tak ganti, selamatlah duit. Kalau tidak, tak pasal-pasal duit sampai RM 2,000 melayang. Maka beringatlah kalau kita pergi kedai tayar, jangan sampai kita kena sembelih.

Orang perempuan, kalau ada suami, mintak suami pergi gantikan tayar. Yang anak dara, suruh abang atau adik pergi kedai tayar. Yang anak dara tak ada abang adik, suruh saya pun boleh, hehehe, gurau jer..

Tauke ni,  kalau pelanggan perempuan, lagi dia senang kelentong. Itu belum dia kata absorber keluar minyak, brek kena tukar, skru chamber kena tukar dan lain-lain kena ganti, macam-macam lagilah benda yang tak sepatutnya. Biasanya, orang perempuan ni bukan mudah nak tepis semua tu, tapi ada juga yang boleh tepis.

Apa lagi masa banyak duit, baru dapat gaji dan bonus. Tauke ni cukup-cukup pandai untuk menakutkan kita tentang bahaya kalau kita tak ganti, padahal tidak pun. Tauke duit masuk, yang tukang pujuk juga dapat komisen.

Cerita Kereta Episod 22, klik sini

Dapatkan Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kabsah (citarasa asli Arab)

18 ulasan:

  1. Aduh duh, tersentap hati baca tulisan Tuan.
    Kami kaum wanita pun tahu juga nak menepis tau.
    Dah 7 tahun pakai kereta, dah masak sangat dengan perangai tokey bengkel...

    BalasPadam
  2. Quote:
    Orang perempuan ni bukan tahu nak tepis semua tu.

    pesanan mudah/ringkas kpd kaum ppuan..
    jika alami situasi mcm ni..
    mudah je.. jika nak 'patahkan ckp' tokeh tu..

    "lu tukar itu tayar je...
    sudah siap.. sy bayar harga itu tayar...
    lain2 barang..
    apa bengkok..
    apa yg goyang...
    lain minggu, wa sudah mau tukar kereta baru.."

    habis cerita !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tukar keta baru lagi dia suka wat cincai atau kebas apa yg boleh.

      Padam
  3. kalau maklong selalunya bawak duit cukup2 je.. jadi bila dorang offer itu ini.. mklong tunjuk duit maklong yang cukup2 tu.. tak berani dah dorang offer..
    selalu pergi dengan suami pun terkena juga.. huhu

    BalasPadam
  4. hehe....biasa la ustaz. kalau kastemer termakan kelentong dia mesti lepas tu dia senyum sorang2 pasal dalam hati dia duk kata "manyak bolo oo ini malayu" :)

    BalasPadam
  5. ustaz, saya pun alami perkara yg samer dan sebijik dgn ape ustad citer. tukar tayar 25.12 arie tue..

    BalasPadam
  6. same la ustaz...saya pun dua biji macam ustaz...

    BalasPadam
  7. terima kasih tuan, perkongsian maklumat yg bagus.

    BalasPadam
  8. apa nak buat dah terkena pun huhu.. tak pe la lain kali dah tau mcm mana nak tepis.:)

    BalasPadam
  9. Perkara seperti ini memang selalu berlaku.Mereka memang pandai ambil kesempatan.

    BalasPadam
  10. saya pun pernah kena mcm yang ustaz cakap tu mmg seketul2 benda sama hahaha. tapi mcm ustaz gak saya tepis guna silat mulut

    BalasPadam
  11. Di shah alam, di kaw Glenmmerie. Ada banyak pusat servis & tayar situ. Mesti kena punya. Dr nut tayar ke chemical basuh enjin dll. Tak lupa juga injin treatment oil. Yg ni lagi hampeh. Dia masuk x bagi tau. Dah masuk baru bagi tahu. Dah tu benda tu bukan 10-20 tapi mesti dlm 50++.
    Pernah kena. Sbb pekerja dia silap, tak tanya terus masuk. Pomen tu mintak maap. Bayar je la. 2nd time kedai lain area tu jugak, kena jugak dekat 70.00 aku benkengla. Dia cakap macam2 la. produk bagus, save minyak, lebih pick-up, bla bla bla. Aku cakap aku x der duit. Dia mintak Credit Crad. Aku cakap aku x pakai credit card. Aku keluar dompet tunjuk kad2 yg aku ada. (aku mmg x bawak credit card dlm wallet (guna utk emergency/ klinik/hospita/travel shj). Aku cakap bukan salah aku. Last2 dia mintak maap kat aku dan aku pun blah.
    Bila aku cerita kat member opis. Ada jugak 2-3 org yg hantar kereta area2 situ dah kena. Wlpn kedai lain2.
    Skrg ni kereta2 aku, aku hantar ke satu tempat shj. Kalau tutup. Aku pi kerja naik motor. Tunggu dia bukak sbb dah biasa dan percaya. Aku paham dia berniaga. Jadi kadang2 aku beli brg kat spare part shop upah dia pasang (timming belt/ clutch) . Atau aku terus suruh dia ganti guna barang kedai dia (minyak injin/brek pad). Bila ada hubungan dgn pomen, dia buleh bagi tau samada mesti kena ganti, patut ganti atau nanti buleh ganti part2 yg dah haus & rosak. Bukan main bukak lps tu cakap dah ganti itu ini. Sekali kena 3k-4k.
    Dan lagi satu kalau benda2 yg senang2 tu buleh tukar sendirikan. Aku tau tukar bateri je. Beli kat spare part, bwk beteri lama dia bagi diskaun 10 utk 11 plate. 15 utk 13+ plate bila ambik bateri baru.
    Salam

    mz3

    BalasPadam
    Balasan
    1. slm..nk celah skit..yer..next time hati2 g kedai2 tyr ni..ikut penglmn kwn mmg byk yg kene tipu..salh satunye..maby..owner kete tu jahil bab2 tyr@s.rem..no 2.pekerja2 kedai tyr ni biasanye ada ambk skit komisyen dri pertukaran brg yg dicdgkan..tu yg tuko skit jd byk tu..komisyen lain..cas lain..kdg2 wat keje x senonoh main psg je ikut suke..so becarefull.

      Padam
  12. sy penah kena kt ipoh, iswara je pn..... cadang nk tukar 1 tayar je, 4-4 die inspect skali... siap kate spring belakang bengkok la, nnt tyr makan la, cek enjin plak, gado soh tukar minyak itam la, air filter la, pwer stereng oil sudah kena tukarla.... bdk2 sume buat keje.... main2, gelak2.... dr ipoh smp sepang bawak kete, tayar belakang goyang, longgar plak tu!! rupanya salah masuk bearing..... lepas kejadian tu skg sy semakin pandai....=)

    BalasPadam
  13. Senang je nak menepis promosi bila masuk kedai tayar/workshop ni,tetapkan apa kita nak tukar itu jer.
    kalau dia promosi suruh tukar itu ini..katakan apa saja you rasa nak tukar you tukar saja kalau free tak payah tanya saya...grenti dia terus senyap punya

    BalasPadam
  14. kalau workshop promosi itu ini kat saya, saya cakap dgn tauke kedai..nanti suami saya pergi tukarkan yg lain..hehehe..padahal bawa duit cukup2 jer..

    BalasPadam
  15. terima kasih ustaz di atas perkongsian ini. Pengalaman saya pula, pernah tokey cina ni cakap kete saya mcm2.. ni rosak itu rosak.. last saya ckp ini kereta baru apa rosak bgtau.. sy guna no plat kete lama saya dan waktu tu kereta dlm keadaan kotor.

    BalasPadam
  16. syukron ustadz atas tausiyah dan pengkongsian ini...
    sangat bermanfaat sekali

    BalasPadam

Dipersilakan komen.