Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

02 Disember 2011

'Janda Berhias' Akhirnya Milik Saya

Pertemuan, jodoh atau perpisahan, bukan kita berkuasa sepenuhnya. Kekadang, apa yang kita rancang itu tidak kesampaian dan yang lain pula berlaku.

Semalam, di gelanggang ping pong, kawan saya ada menunjukkan raket (bet) ping pong yang baru dibelinya. Dia baru beli dan baru pakai sekali, itu pun cuma ringan-ringan saja. Sebelum ini dia pakai raket jenis 'shakehand' tapi dia cuba nak tukar 'penhold'. Untuk pengetahuan, sekarang dah tak berapa ramai yang pakai penhold. Tapi saya start main ping pong sejak umur 10 tahun, sekarang umur dah sweet 40, kira dah 30 tahunlah pakai penhold dan tak pernah pun pakai shakehand.

Entah mengapa pula, kawan ni nak beralih pada pendhold dan beli bet baru, harganya RM 480. Dah tu, lepas beli, tak boleh nak main pulak. Mahal tu, getah jenis Tenergy dan kayu Butterfly. Dia jual pada saya RM 300 dan saya tak lepaskan peluang beli. Kira untung jugalah. Semalam saya main, semua game saya menang. Lepas  jual. kawan saya tu cakap.

"Saya jual pada ustaz, ustaz untung. Ini kira 'janda berhias', hehe.. ". Kata dia sambil bergurau. Maknanya baru setakat ringan-ringan saja dan jual semula dengan harga murah. Kalau tak jual pun, dia bukan boleh buat apa-apa.

Begitulah jodoh dan pertemuan, termasuk percintaan kawan saya tu dengan bet ping pong kesayangannya, akhirnya berpisah jua.

5 ulasan:

  1. isehh !!

    ingatkan tadi kisah..
    ustaz... nikah satu lagi...
    maklum la.. sweet 40.. & la ni...
    musim nikah kawin ni haa !!!

    BalasPadam
  2. aisemen tuan..letak la gambar bet..saya pun guna penhold..getah butterfly cermet..dah lama tak ganti..almaklum laa..main syok2 ja..tuan aktif..so sgt worth it..

    BalasPadam
  3. saya pakai tibhar satu (shakehand), butterfly satu (penhold). saya juga prefer penhold (semasa bermain) berbanding shakehand (baru cuba2 nak belajar).

    BalasPadam

Dipersilakan komen.