Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

22 Disember 2016

Beromen Dalam Kereta Dengan Kawan Sekolah

Seorang lelaki umur 18 tahun dan masih bersekolah tingkatan 6 keluar bersama perempuan yang juga umur 18 tahun dan satu tingkatan dengannya di sekolah yang sama. Mereka berkenalan sebagai kawan sekolah seperti biasa. Kawannya mengetahui yang mereka berdua pasangan kekasih. Semasa cuti sekolah bulan Disember, mereka sering mengambil kesempatan untuk berjumpa di luar berdua.
 
Pada malam itu, masing-masing memberi alasan kepada keluarga masing-masing untuk pergi ke majlis kahwin kawannnya. Bagaimanapun mereka telah pergi ke sebuah restoran di Pusat Perdagangan Pontian iaitu berhampiran pantai.
 
Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Daerah Pontian (JAIJ) setiap hari membuat rondaan di lokasi berkenaan dalam operasi maksiat. Kebiasaannya terdapat pasangan yang 'buat kerja' di dalam kereta, atas moto atau di tepi laut berkenaan. Perkara seperti ini telah mencemarkan nama baik kawasan berkenaan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama waktu malam.
 
Kena Tangkap
 
Pada jam 1.40 pagi, penguatkuasa telah melihat dari jauh sebuah kereta yang berhenti dan enjinnya dihidupkan. Penguatkuasa nampak dalam cahaya bulan yang agak terang iaitu sesuatu yang mencurigakan. Apabila penguatkuasa dan kenderaannya menghampiri kereta tersebut, dilihat lelaki berada di tempat pemandu tetapi sebahagian badan dan kepalanya dialihkan ke kerusi sebelahnya. Lelaki ini bingkas bangun dan terkejut dengan kehadiran penguatkuasa. Ditemui di kerusi sebelahnya adalah seorang perempuan dalam keadaan kerusi dibaringkan. Kedua-duanya ditangkap oleh penguatkuasa setelah didapati tiada hubungan mahram. Pasangan ini bakal didakwa di Mahkamah Syariah Pontian dalam tempoh terdekat.
 
Ulasan dan Pengajaran
 
Kepada ibu dan bapa perlulah menjaga pergerakan anak-anak terutama dalam usia meningkat remaja ini. Anak-anak sanggup membohongi ibu dan bapa dengan mencipta alasan untuk melakukan perkara seperti ini.

05 Disember 2016

Projek Dalam Kereta Jam 1.00 Pagi Sampai Mengandung

Penguatkuasa JAIJ Pontian telah menerima satu aduan dari orang awam. Maka tertangkaplah satu pasangan di sebuah rumah atas kesalahan persetubuhan luar nikah. Perempuan berumur 29 tahun dan tidak bekerja telah mengandung anak luar nikah lebih kurang 5 bulan. Pengesahan mengandung telah disahkan oleh pihak klinik. Lelaki pula berumur 32 tahun, bekerja sebagai buruh binaan warga Indonesia dengan pendapatan RM3,500 sebulan. Lelaki ini sudah mempunyai isteri dan 2 orang anak.
 
Hasil soal siasat oleh penguatkuasa, pasangan ini mengaku telah melakukan hubungan seks di dalam kereta milik lelaki itu yang berhenti di Pusat Perdagangan Pontian kira-kira jam 1.00 pagi pada 5 bulan lepas. Pasangan ini bakal dituduh di Mahkamah Syariah yang boleh membawa hukuman denda sehinga RM 5,000 atau 3 tahun penjara atau 6 kali sebatan atau ketiga-tiga hukuman ini.