Hati-hati Dengan Pendapat Orang
Tapi ada pembawa ajaran tak berapa betul, yang kata pelaburan emas akan tetap untung walau apa cara pun. Hari ini di sebuah akhbar utama, cerita pasal kejatuhan besar pasaran emas dunia iaitu 20 peratus. (Nak tahu cerita lanjut, belilah akhbar itu hari ini). 20 peratus maknanya kalau dulu melabur dalam nilai RM 50,000, maknanya dia sudah kehilangan RM 10,000 dalam masa yang singkat.
Tapi maksud saya, Pada saya, kalau kita melabur, sebolehnya kita untung dalam masa yang pendek yang boleh. Kalau boleh minggu, bulan dan janganlah nak tunggu bertahun-tahun. Sebab apa ? Sebab bimbang, kalau dalam masa yang lama akan banyak cerita ekonomi atau perubahan yang diluar jangka yang boleh melemahkan nilai atau mempengaruhi pasaran.
Lagi satu sebabnya, kita melabur emas ini, kita untung hanya bila jual saja. Pada saya eloklah kita jual banyak kali supaya dapat untung banyak kali.
Lebih Baik Melabur Dalam Bukan Emas Kalau Nak Untung Pegang Lama
Okey, kalau kita melabur di Bursa Saham, Amanah Saham, ASB, Tabung Haji, kita akan dapat faedah setiap tahun tapi tidak bagi emas. Kalau pelaburan perumahan, kita akan dapat sewa rumah. Melabur dalam perladangan sawit, kita akan dapat duit sawit setiap kali ada hasil. Pelaburan emas hanya untung kalau kita jual sahaja, kalau pegang 5 tahun, kita tak akan dapat 5 kali faedah.
Ada orang kata melabur dalam saham amanah dalam jangka masa yang lama lebih untung, itu saya setuju sebab ada faedah tahunan, tapi tidak bagi emas.
Kesimpulan
Pelaburan emas dalam bentuk simpanan di bank atau institusi kewangan adalah suatu yang baru. Sebagai contoh, satu bank terkemuka belum pun genap setahun mengendalikan pelaburan emas ini. Oleh itu, kita kena faham dan jangan terlalu ghairah sehingga mengatakan yang pelaburan dalam emas ini semuanya untung dan tidak akan rugi. Berpeganglah dengan hakikat bahawa setiap pelaburan itu ada risiko sama ada untung atau rugi. Janganlah terlalu ghairah sehingga melabur kesemua wang ringgitnya dalam pelaburan emas ini.
Saya cerita ini sebab ada beberapa orang yang saya kenal telah melabur hampir 100 peratus simpanannya dalam emas ini. Dia jual semula tanah pertanian, keluar duit Tabung Haji dan melabur kesemuanya dalam emas ini. Malah dia sanggup buat pinjaman peribadi untuk melabur emas. Nasihat saya, kalau namanya pelaburan sebaiknya jangan berhutang tetapi gunakanlah wang tunai kecuali keadaan tertentu saja kita perlu berhutang.
Jika kita sudah mengkaji sepenuhnya mengenai pelaburan emas ini dan tahu risikonya, barulah kita boleh melabur dalam emas ini. Kalau ikut rekod, pelaburan ini memang menguntungkan tapi itu rekod lama yang belum tentu berulang kembali. Kalau kena dengan cara iaitu pengetahuan kita dan rezeki yang Allah Taala beri pada kita, insyaallah kita akan berjaya dalam pelaburan emas. Malah tidak mustahil saya katakan yang pelaburan emas adalah lebih selamat dan menguntungkan berbanding pelaburan seperti bursa saham dan matawang.
http://kadikluang.blogspot.com/2011/10/emas-juga-jatuh-walaupun-dianggap.html
Saya masuk Amanah Saham je, untung jangka panjang cukup la 5 - 8% setahun, duit tu memang tak pernah dikeluarkan kecuali nak beli kereta dulu. Duit tu janji pada diri sendiri untuk digunakan time kecemasan, terutama pelajaran anak-anak dan bila pencen dah nanti.
BalasPadamJualan singkat adalah perjudian.
BalasPadamTak betul tu, jualan singkat dalam pelaburan bukanlah judi. Kalau judi yang haram tu, jual singkat atau lama pun adalah haram sebab dia judi.
BalasPadamTakrifan judi ialah :
Judi ialah permainan yang melibatkan pertaruhan harta ataupun penaruhan "nilai". Dalam perjudian, pihak yang kalah dalam permainan harus membayar sejumlah nilai kepada pihak yang menang. Biasanya ia menghabiskan tempoh masa yang singkat untuk mendapatkan hasil keputusan sama ada menang atau kalah.
Terdapat banyak jenis permainan yang boleh dianggap sebagai perjudian. Contohnya, Nombor Ekor, Sabung Ayam dan Judi Bola.
Jualan lebih singkat atau tidak menunggu lama-lama bukanlah perjudian. Contohnya kita beli satu kereta harga RM 20,000 lepas tu dalam seminggu kita jual semula kereta itu dengan harga RM 23,000 iaitu masa singkat, itu bukan judi. Bukan semua jualan singkat adalah judi.
Sila baca mengenai jualan singkat dan spekulasi di sini. http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/566-beberapa-bentuk-urusniaga-saham-a-hukum-shariah-updated.html
BalasPadamPelaburan emas tidak rugi.
BalasPadam[kalau dulu melabur dalam nilai RM 50,000, maknanya dia sudah kehilangan RM 10,000 dalam masa yang singkat].Anggapan ini tidak tepat sebenarnya.Jika kita nak melabur, beli emas jgn buka akaun pelaburan emas [GIA].Saya cadangkan melaburlah dgn Public Gold.
http://publicgold.com.my/
Saya dah baca artikel Ustaz Zaharudin tu. Saya copy:
BalasPadam"Secara umumnya, 'short selling' terlibat dengan pinjaman sekuriti (saham) dan kemudian menjualnya dengan andaian ia boleh dibeli semula dengan harga yang lebih murah, hasilnya ia akan beroleh keuntungan hasil perbezaan harga tadi, dalam konteks ini, proses jualan seolah-olah telah diterbalikkan.
Isu shariah di sini adalah di dalam Islam, sekiranya seseorang ingin mendapatkan untung dari sesuatu saham, mereka mestilah memiliki saham itu terlebih dulu".
(Tulisan Ust Zaharudin)
Okey, kita kena faham, itu tulisan Ustaz Zaharudin berkaitan Bursa Saham. Kepada yang menceburi bursa saham akan tahu istilah "short selling". Itu memanglah haram sebab dia tak ada saham tu tapi dia jual. Lepas tu dia beli semula saham yang dia jual tadi dengan harga yang lebih rendah.
Saya nak beritahu, kalau kita beli saham di bursa saham, kita tak perlu bayar duit semasa membeli saham. Kita kena bayar selepas 4 hari kalau kita terus pegang saham itu. Kita boleh juga jual saham yang kita tak miliki dan perkara inilah yang diharamkan. Kalau saham itu memang kita dah beli, tidak ada masalah.
Dalam pelaburan emas ini, jualan dalam masa singkat ini adalah jualan selepas kita memiliki emas itu bukan tidak memiliki. Contohnya hari ini kita beli emas, esok kita jual pula. Tidaklah dihukum haram. Contohnya, jam 7.00 pagi seorang makcik hantar nasi lemak dengan harga 60 sen. Jam 7.30 saya jual nasi lemak tu pada orang lain dengan harga 1.00. Tak jatuh haram pun.
kalau jual sekarang, memang confirm rugi 20%. Kalau tak jual, tak rugi secara hakiki. tapi, ini masa yang baik bagi sesiapa yg nak membeli. simpan emas cukup haul & nisab pulak kena bayar zakat. kalau simpan emas tu 10tahun tak jual2, zakat dah kena bayar 10kali, untung belum tentu sekali. fikir2kanlah.
BalasPadamx sampai 20 pratus pun turunnya,cube kira betul2, hari ni pun dah naik balik,
BalasPadamyg penting kalau nak melindungi hartani kita kena pelbagaikan aset kita(hartanah, rumah, simpan tbung haji, amanah saham, emas, etc), jgn taksub pada satu2 jenis pelaburan shaja, dan paling penting pastikan ianya halal
Apa kata beli dalam bentuk barang kemas...kalu ada duit lebih belikan bini rantai emas sebesar rantai basikal..ha ha..bila emas merudum takpa anak bini boleh pakai...
BalasPadamjatuh pastinya ad naiknyakan?ke emas jatuh truk ke tanah...emas xkan macam tu...sebenarnya naik turun emas ni permainan org barat..nmpak x mcm mana diorang nak perhangatkan jual beli emas.yang pastinya,jika sesuatu sumber semakin sedikit atau susah nak dapat,nilainya akan sentiasa naik supaya hanya orang atau demanders yang mampu sahaja dapat membeli atau miliki seperti diamond,emas dan xketinggalan minyak.
BalasPadamUstaz Khalil, jgn hanya baca semata2 berita berkenaan tanpa study mendalam berkaitan pelaburan emas. Sy bukan investor emas yg hardcore. Tp sy rasa statement ustaz agak misleading.
BalasPadamSetiap pelaburan akan ada aliran menaik dan aliran menurun/stabilise condition. Dalam kes emas hari ini, harga emas dalam mengarah kepada stabilise rate. Tp dia akan reach minimum stabilise rate sebelum akan bounce back semula.
Cube cek sejarah naik turun harga emas since 10 tahun dulu.
Sy masih ingat masa sy sekolah menengah, harga emas 916 masa mak sy beli baru RM lebih kurang 45-RM50/gram. Dan hari ini, harga emas sekitar RM 110+-/gram.
Kalau le masa sy belajar dulu guna duit PTPTN utk beli emas, how much saya boleh dpt untung sekarng...
kalau Ustaz ulas dari segi ASB pulak, sy tak nafikn pulangan ASB, tp ustaz kena lihat dr faktor inflasi, ASB beri pulangan dividen sekitar berapa? er tak silap dlm 6% kut... tp nilai duit 6% dr dulu smpi sekarang makin kecil disebabkn inflasi. purchasing power makin kurang.
dibanding dengan emas, nilainya makin besar. tak dikacau oleh inflasi. Ustaz beli skrg emas, katakan RM120/gram... ustaz simpan utk anak ustaz sambung belajar... katakan anak ustaz skrg umur 10 tahun...by the time anak ustaz berumur 18 tahun which is lagi 8 tahun, iallah harga emas mungkin pada masa itu telah bernilai RM180/gram. Dibanding dgn simpan duit dlm ASB, i bet takkan dapat pulangan sepertimana pelaburan emas.
Dalm investment, kena le diversified...kena ada portfolio short investment dn long term investment. and ASB pun kira long term investment sbb kiraan pulangan dividen akan diambil dlm tempoh setahun simpanan. bukkanya kalau esok ASB nk umum dividen, minggu sblmnya letak RM10k, kita akan dpt dividen tinggi..tidak....
cube buat kiraan dari segi Internal Rate of Return, antara ASB dan pelaburan Emas,..yg mana satu beri value yg lebih tinggi....
wallahualam..sy hanya bercakap berdasarkn apa yg saya study dn alami.. sy bukan agen jual emas. tp sy sentiasa galakan rakan2 sy beli emas..tak kira le kijang emas keluaran bank negara atau dlm bentuk simpanan sperti dr maybank, public bank, KFH....
assalamualaikum.....kalau nak untung berpanjangan...melaburlah dalam saham akhirat ...untung sampai bila2......
Padamkalau nak main emas beli jongkong atau barang kemas,guna duit beli barang emas danpegang emas tu simpan,bukannya masuk pelaburan emas
BalasPadambukan kah dinar(emas) dan dirham (perak) adalah matawang islam yang sebenarnya bukan duit kertas macam sekarang
BalasPadamUstaz... kawan saya beli emas modal dalam RM 68,000 ribu 2-3 bulan lepas. Kalau ikut harga sekarang, nilai duit dia kalau jual emas hanya tinggal RM 52,000 saja. Jadi, betullah seperti cerita ustaz ni. Dia sebelum melabur dulu cakap bukan main yang emas mesti untung.
BalasPadamDia sekarang perlukan duit untuk beli kereta baru sebab kereta lamanya dah rosak-rosak dan nak keluarkan pelaburan emasnya dengan jual emas. Lagi satu, dia nak sambung study buat master dan perlukan banyak wang. Tidakkah ini rugi ustaz ?
bagaimane pula kita melabur pada dinar iraq
BalasPadamselama ape yg sy kaji..pelaburan amat menguntungkan utk jangka mase panjang..contohnye kenaikan harga emas bg 1 thun minimum adalah 25 %..tp ianya juga bergantung pd ekonomi GLOBAL.jika anda mmbuat pelabuarn ASB anda dapt 8 % setahun..tp sebenarnya anda cuma dpt 5.5% saja setelah di tolak dgn kadar inflasi negara kita.tidakah wajar kita membuat pelaburan emas???jika tidak percaya anda boleh tanya sendiri dgn pihak bank atau bt reserch sendiri.just my 2 sen only
BalasPadamPada pendapat saya, pelaburan dalam Dinar Iraq adalah satu penipuan. Kita perlu elak dalam perkara yang tak pasti dan ada unsur meragukan.
BalasPadamorang bodoh je beli emas untuk pelaburan jangka panjang konon. Konon untung. Dia tak sedar upah bank kena tolak. zakat atas emas tu tiap tahun 2.5% wajib bayar. Orang melayu mudah kena tipu dalam bab labur melebur ni. he-he-he. Kenapa jutawan dan billionare cina tak main labur emas ni. Tak caya tanya mereka. Mereka labur kat perjudian itu untung besar bagi mereka. hentikanlah tabiat nak kaya melabur dalam emas. Kalau tetiba George Soros bekukan nilai emas sampai tak ada nilai atau sampai tak laku lagi amacam. Bukan boleh dimakan pun emas tu.
BalasPadamemas plg untung, konspirasi je 2..peace..
BalasPadamsememang diakui pelaburan emas hanya untung pada penjual dan agenya sahaja...x kan nak peram sampai 10 tahun kot....ini berbahaya...tak stabil..bebila boleh crapp down..so hati2 dengan pelaburan emas anda...kawal ia dengan berhemah..jangan huban terus cash anda dalam pelaburan ini
BalasPadam