Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

18 Oktober 2013

Kenyataan Mengelirukan Mengenai Perkahwinan dalam Facebook. Siapa Dia Ustaz Rosli Al-Hafiz ini ?

Saya menerima banyak soalan mengenai hukum perkahwinan seorang perempuan yang sedang mengandung. Adakah sah kalau perempuan ini bernikah semasa mengandung luar nikah itu? Mulanya saya malas nak layan kenyataan yang macam ini. Tapi, kalau tak jawab, semakin ramai orang keliru dan semakin banyak dimuatkan dalam facebook. Maknanya, kalau saya yang tahu jawapan, kalau saya tak jawab, maka makin ramai orang akan jadi sesat. 

Jawapan saya adalah sah, ringkas saja. Mengikut Mazhab Syafie dan Hanafi hukumnya sah. Negara kita lebih ikut mazhab Syafie. Nikah dalam keadaan macam mana pun perempuan itu adalah sah. Yang penting, perempuan itu bukan isteri orang, bukan dalam edah perceraian atau bukan dalam ehdat atau berkabung kerana kematian suaminya. Dan juga perempuan itu bukan mahram dia seperti adik beradik atau ibu saudara dan lain-lain. 

Kenapa sah? Jawapannya, dalam apa-apa bab atau hukum hakam, kita kena kembali kepada rukun nikah. Ada berapa rukun nikah? Jawapannya, ada 5. Dalam kursus pra- perkahwinan, saya yang ceramah bab ini. Rukun nikah:

1. Suami
2. Isteri
3. Wali.
4. Saksi
5 Lafaz ijab dan qabul.

...............................................................................

Lagi satu, di mana-mana tempat, daerah atau negeri, kebenaran nikah dikeluarkan oleh seorang Kadi atau ada negeri panggil Pegawai Tadbir Agama atau Pegawai Agama Daerah atau Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk. Orang yang menjawat jawatan ini bukanlah yang tak ada kelulusan agama. Jadi kalau seorang pegawai yang membenarkan perkahwinan itu berlansung, maka kenapalah kita pertikaikan?

Yang sebarkan tulisan berkenaan dalam facebook, orang itu bukanlah berhati-hati atau faham tentang isu tersebut tapi pada saya, mereka ini suka-suka sebarkan saja. Yang penulis asal kononnya namanya Ustaz Rosli Al-Hafiz itu siapa? Kalau orang itu wujud, sila perkenalkan diri. Nama penuh siapa? Dari mana? Kelulusan agama tahap mana? Mari kita duduk berbincang dan mencari pencerahan, bukan menyebarkan benda yang tak betul. Dengan saya pun boleh.

 Kita Nilai Sendiri Tulisan di Facebook Berkenaan:

Semuanya tidak betul, malah menyesatkan orang yang membacanya. Diharapkan kita tidak menyebarkan benda yang tak betul. Kenapa pula menyamakan orang yang dah bernikah sebagai penzina sedangkan zina itu bermaksud hubungan kelamin sebelum bernikah. Kalau sudah nikah, kenapa pula dikatakan penzina.


TAJUK : ZINA AKAN BERTERUSAN WALAU PUN DAH DI IJABKABUL...
BACA UNTUK PENGETAHUAN SENDIRI DAN PEDOMAN SEMUA...HIDUP SEBAGAI SEORG BERNAMA ISLAM JNG TERUSAN DLM KEJAHILAN. Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perkahwinan seumpama ini Hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu,bila dapat tahu anak "pregnant luar nikah" cepat 2 dikahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting.

Soalan 1 :
Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah.


7 ulasan:

  1. Saya pun jadi keliru bila baca dalam facebook ni. Ustaz Kadi Kluang kata Sah..Facebook kata tak Sah...Tapi ramai pulak percaya pada facebook ni.

    BalasPadam
  2. Bagi saya perlu ada huraian panjang lagi untuk langkah2 seterusnya mengenai kupasan isu ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya tak sempat nak ulas panjang. Cuma saya nak kata, perempuan yang mengandung tanpa luar nikah tetap sah nikahnya.

      Padam
  3. Mantap ustaz.
    Islam tu mudah.
    Tuntutlah ilmu keranaNya, pasti diguideNya.
    Syaitan sentiasa mengintai2 & tak pernah putus asa utk mengelirukan manusia ni.

    BalasPadam
  4. buat je repot polis terhadap si abyadh nih, tok kadi ;)

    BalasPadam
  5. ok da fham skrg.trme kseh ustaz.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.