Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

04 Oktober 2013

Pengawal Keselamatan Beginikah Yang Kita Sanjung Tu? (Episod 3)


Ada dua isu mengenai pengawal keselamatan yang hebat diperkatakan dalam mengisi dada akhbar minggu ini. Pertama, laporan  Audit  mengenai ada satu jabatan yang ambil pengawal keselamatan sambil melakukan kesalahan. Kedua, mengenai penangkapan oleh Jabatan Imigresen terhadap pengawal keselamatan warga Nepal di sebuah pasaraya.

Teguran Audit

Katanya, sebuah jabatan melantik satu syarikat kawalan keselamatan yang ambil pekerja tak ikut undang-undang. Iaitu pekerjanya tidak menjalani tapisan keselamatan dan tidak mengemukakan nama tersebut kepada balai polis berdekatan. Nak beritahu jugalah, yang bekerja sebagai pengawal tu, tak kira di mana, adakah mereka telah melalui tapisan keselamatan ini? Tujuan peraturan ini adalah untuk mengelakkan keadaan seperti mengambil pekerja yang mempunyai rekod jenayah dan sebagainya.

Teguran audit ini menyebut hanya satu jabatan, tapi adakah jabatan lain semuanya okey? Pada saya, jangan kita perlekehkan jabatan ini, sebaliknya jabatan lain kenalah perkemaskan jabatan mereka. Jabatan ini kena tegur sebab audit pergi kat jabatan dia dan periksa pengawal keselamatan. Ingat, bukan semua jabatan audit periksa dengan detail dan tidak mustahil jabatan lain pun ada buat perkara yang sama.

Agensi Lain?

Jabatan kerajaan ada audit, tapi swasta atau pasaraya, kondominium, ladang, lapangan terbang, stesen minyak, kedai emas, bank yang ada pengawal juga, adakah ada audit yang sama? Ada agensi yang audit pasal duit dan pengurusan kewangan saja, tapi pasal pengawal keselamatan, mereka tak pandang. Contohnya koperasi yang setiap tahun lantik firma audit berkecuali hanya periksa duit dan kewangan tetapi pengawal keselamatan, belum tentu kena audit.


Bukan Senang Nak Jaga Pekerja

Dalam mana-mana perniagaan termasuk kawalan keselamatan, masalah pekerja adalah masalah utama. Soal gaji, kebajikan, keselesaan dan sebagainya, bukan senang nak jaga pekerja ini. Ada juga syarikat yang dapat projek dulu, kemudian barulah nak cari pekerja yang kadang-kadang tak cukup.

Tugas Tak Pantau

Kalau kita lihat pengawal keselamatan antara sekolah dengan sekolah, ada banyak beza. Contohnya masa pergi sekolah, ada sekolah yang pengawalnya pergi ke jalanraya dan menahan kereta untuk memudahkan pelajar melintas. Tapi ada juga sekolah yang pengawalnya berdiri saja di depan pintu pagar sekolah dan buat tak kisah kepada pelajar yang melintas jalan. 

Apa berlaku kalau ada pelajar kena langgar kereta nanti, takkanlah baru itu pihak sekolah nak arahkan pengawal kawal lalulintas? Jangan dah berlaku dan kehilangan nyawa baru nak buat. Nak salahkah pengawal pun tak boleh juga sebab gurubesar sekolah tu tak tegur pun selama ini.

Pengawal Warga Asing

Setahu saya, hanya dibenarkan warga Nepal saja menjadi pengawal keselamatan. Itupun adalah bekas polis dan tentera Nepal. Di pansapuri yang saya duduk di JB, pernah menggunakan khidmat pengawal Nepal ini. Ada banyak perkara yang saya puji. Antaranya disiplin kerjanya yang tinggi. Kalau pakaian pula, kemas, kasut kilat, rambut pendek macam polis dan tentera. Bila kita masuk pagar rumah saja, mereka akan angkat tangan tanda hormat. Bila kita tengok pengawal Nepal ini, ada rasa kehebatan mereka. Cuma mereka ini orang asing, dan dalam hati kita, kenapa tak ada orang tempatan ker nak jaga keselamatan kita sedangkan kita berada di negara kita sendiri. Lagi satu, dari segi komunikasi, susah kalau nak berinteraksi dengan mereka.

Katanya, warga Nepal yang jadi pengawal tu ditangkap kerana kesalahan imigresen yang mungkin permit mereka belum disambung. Pada saya, penggunaan warga asing untuk jaga keselamatan kita haruslah dibuat kajian terperinci. Kalau boleh, warga asing semuanya dilarang jadi pengawal keselamatan dan ambil orang tempatan saja. Tapi, masalahnya orang kita pula, bukan senang nak tarik minat mereka bekerja.

Institut Latihan Pengawal Keselamatan

Saya tak jumpa lagi pusat latihan pengawal keselamatan. Yang saya jumpa antaranya pusat latihan pertanian, pusat latihan bank, pusat latihan Islam, pusat latihan masakan, pusat latihan perabot, pusat latihan komputer, pusat latihan bengkel dan lain-lain. Kalau boleh, keluarkan sijil kepada mereka dan orang yang ada sijil itu rasa bangga dengan sijil itu. Barulah kita dapat melahirkan pengawal keselamatan yang beretika, berhemah dan berkualiti.

3 ulasan:

  1. "Tapi, masalahnya orang kita pula, bukan senang nak tarik minat mereka bekerja... sbagai pengawal keselamatan"

    bagi je starting gaji 3,500...
    kenaikan 150 stahun...
    berselerak/beratur.. berduyung2 graduate semua Uni datang memohon...
    soalnya.. majikan sanggup ke..?
    kerja nak bagus.. tip-top...
    bab upah... xmau ambik kira.. camna tu..? !!

    BalasPadam
  2. Salam.

    Kat kondo kediaman saya, ada "jaga" orang nepal juga. Yang sorang tu dah 4 tahun dia jadi "jaga" di sini. Dah naik pangkat pun skrg. Satu yg i kagum dia dah boleh berbahasa melayu tanpa ada pelat (kalah org cina yg warganegara sini)..hehe.

    BalasPadam
  3. Saya sedang dalam proses nak buat kawalan keselamatan inhouse di pangsapuri saya..

    Tapi dalam tempoh trial ni.. memang pening kepala dengan orang tempatan. disiplin tak ada.. sukar nak mendengar arahan.. Gaji dah bagi rm1200++.

    Skrg ni saya nk beralih ke pengawal nepal pula.. better guna org nepal ni.. disiplin tinggi dan senang dengar arahan..

    BalasPadam

Dipersilakan komen.