Apabila berlaku satu keadaan di mana seorang wanita bercakap lebih atau meninggikan suara atau membebel kepada seorang pengawal keselamatan lelaki, pada saya, sebagai pengawal keselamatan, janganlah lawan gaduh juga. Carilah jalan terbaik untuk menyelesaikannya. Kalau hendak terus dilawan gaduh, situasi yang dah tegang akan jadi lebih tegang lagi. Maka, perkara yang pada mulanya kecil boleh jadi perkara yang besar pula. Antaranya, bermula dengan salah tempat menunggu atau memberhentikan kereta, sudah jadi ejek mengejek atau menghina status pekerjaan pula.
Pada saya, sepatutnya dari mula lagi, pengawal itu lebih berhemah dan meredakan keadaan serta bertolak ansur. Contohnya, berikan alternatif dengan menunjukkan tempat parking lain yang tak jauh dari situ. Ataupun, membenarkan saja wanita itu menunggu dalam kereta kerana dari tadi wanita itu nampakknya hendak menunggu seseorang. Jadi, sebagai pengawal keselamatan, kalaulah kereta itu dikatakan menghalang kenderaan lain, tidaklah jadi satu masalah kerana pemandunya ada di dalam kereta tersebut. Cuma, kalau pengawal itu mempertahankan rasa hebat dalam dirinya sebagai orang yang berkuasa di situ, maka dia tidak beri peluang kepada wanita itu tunggu di situ.
Fikirkan Masalah Orang Lain
Sebagai pengawal, kena berfikir juga yang wanita itu mungkin tidak biasa di tempat itu. Kalau kereta itu jalan terus, mungkin dia tak tahu hendak pusing semula. Atau dia tak tahu hendak masuk semula ke kawasan itu. Seorang wanita juga bukanlah secekap lelaki dalam bawa kereta walaupun ramai juga pemandu wanita yang cekap. Tapi kebanyakan pemandu wanita rasa gemuruh untuk letak kereta di kawasan sibuk atau sempit dan kawasan yang dia tidak biasa. Maka dengan itu, apabila seorang wanita ditegur, mungkin secara spontan dia akan mengeluarkan kata-kata yang mungkin kurang enak gitu. Tapi sebagai pengawal keselamatan kenalah sabar dengan kerenah orang ramai dan janganlah balas balik.
Seronokkah Menang Bertengkar Dengan Wanita
Kalau saya, saya menang bertengkar dengan seorang wanita, saya tak berasa hebat, malah saya rasa malu. Sebab saya lelaki, menang bertengkar dengan wanita nak buat apa. Kalau gaduh dengan lelaki dan kita menang, mungkin itu hebat. Tapi saya bukanlah suka gaduh-gaduh ini dan bukanlah saya orang yang panas baran.
Ada orang kata, kalau kat rumah, isteri membebel lebih lebih, kalau dilawan gaduh dan jawab menjawab, maka tak ada sudahnya. Kalau yang ada darah tinggi mungkin bertambah debar jantungnya pula. Ada orang kata, seorang isteri yang suka 'membebel' dengan suami adalah lumrah, malah menjadi 'therapi minda' seorang wanita, menurut pendapat orang di sebuah kampung. Jadi, eloklah diredakan bebelan itu dengan kaedah tersendiri. Ada orang yang bila isteri dia tinggi suara, dia rendahkan suara, lama-kelamaan isteri diam juga. Ada juga yang terus tidak menjawab, lama kelamaan tekak isteri kering dan pergi ke peti ais minum air sejuk dalam peti sejuk. Maka redalah keadaan.
Kalah Bertengkar Bukan Bererti Kalah
Kalah bertengkar bukan bermakna kita tak hebat, kita tetap ada kehebatan sebagai seorang suami atau pengawal keselamatan. Ingat, pengawal keselamatan bukanlah macam polis yang ada kuasa luas, kuasa pengawal adalah terhad dalam satu skop saja. Satu lagi, gaji pengawal keselamatan dibayar oleh syarikat tempat dia bekerja, bukan kerajaan yang bayar gaji macam polis. Selagi syarikat itu mahukan dia bekerja, dia akan terus bekerja. Kalau syarikat dah tak mahu, maka dia pun tidak lagi diambil bekerja. Minta maaf sebab saya cerita soal gaji. Bukan nak hina bukan apa tapi nak buka minda kita.
Kalau seorang pengawal banyak orang komplain pasal kerja dia, tidakkah syarikat akan bertindak terhadap pekerjanya. Kalaulah syarikat tidak menyelesaikan masalah pekerjanya yang ramai orang pertikaikan, lepas itu mungkin syarikat itu tidak berjaya dapat kontrak kawal keselamatan di situ pula. Sesebuah pasaraya, kondominium atau sekolah yang syarikat yang dilantik untuk kawal keselamatan banyak buat hal, maka lebih elok pula dia lantik syarikat lain yang punyai rekod baik.
Pelanggan sekarang bukan macam pelanggan 20 tahun dahulu. Contohnya apabila ke satu pusat beli belah, seorang wanita mengadu seorang pengawal mengeluarkan kata-kata tidak manis kepadanya. Dengan insiden itu, maka terjejas nama baik pusat beli belah itu. Soal siapa betul siapa salah, itu bukan soalnya. Soalnya sekarang, itu jadi isu besar dan menjejaskan kepuasan pelanggan yang berkunjung di situ. Tidakkah, lama kelamaan orang semakin kurang ke pusat beli belah itu kerana pengawal di situ terus mengeluarkan kata-kata tidak manis. Maka pelanggan akan jauh dan pergi ke pusat beli belah lain yang banyak dai bandar itu.
Zaman Sudah Berubah
Pengalaman orang ramai dengan sebuah agensi kerajaan 20-30 tahun dahulu dengan sekarang cukup berbeza. Contohnya dalam urusan pasport yang saya berurusan, layanannya cukup mesra sekarang walaupun dia tidak mengenali saya. Dari segi senyuman dan layanan, saya berpuashati. Sedangkan dalam 20-30 tahun dahulu, saya banyak baca akhbar yang komen tentang ketidakpuasan pelanggan di situ. Tapi walaupun kasar atau tidak baiknya layanan, orang tetap buat pasport kerana terpaksa pada masa dulu, tiada pilihan lain.
Kalau insiden itu berlaku di sebuah lapangan terbang, janganlah pengawal rasa dia boleh terus mengeluarkan kata-kata kasar dan tidak memuaskan hati pelanggan. Kerana apa? Mungkin kerana jawapannya, tak suka sudah, jangan naik kapalterbang. Kalau naik kapalterbang pasti akan lalu di sini dan akan berjumpa dengan dia juga. Janganlah begini.
Latihan Kepada Pengawal Keselamatan
Sekali lagi saya ulangi... mungkin tulisan ini menjadi satu pengajaran iaitu pihak berkuasa perlu memikirkan untuk mewajibkan syarikat dan pengawal keselamatan menyertai kursus dengan skala yang lebih kerap. Latihan dan kursus ini perlu diwajibkan kepada syarikat-syarikat terutama tentang adab-adab dan etika seorang pengawal keselamatan. Dengan itu, masyarakat kita akan berpuashati dan pelancong asing akan seronok untuk datang lagi ke negara kita.
Ulasan Ustaz saya sokong, memang sepatutnya pejawat awam kena lebih berhemah semasa menjalankan tugas. Baik polis, guru, dan sesiapa yg berurusan dengan orang ramai samada pekerja awam atau swasta. Tiada satu perkhidmatan yang percuma dan tolak ansur perlu daripada mereka yang sedang menjalankan tugas.
BalasPadamKes gaji pengawal itu sedikit tidak datang nya daripada cukai airport yang terpaksa dibayar oleh penumpang dan sepatutnya mereka kena hormat kepada penumpang dan juga orang awam.
Bergitu juga bagi pemain bola, penonton membeli tiket untuk melihat game. makanya pemain bola tersebut hendak lah menunjukkan prestasi yg baik dan jikalau dimaki hamun oleh penonton, pemain bola tersebut kenalah terima.