Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

25 April 2015

Kalau Dah Jodoh Lagi


Ada satu program ni kawan saya edarkan jemputan program tu dalam whataps iaitu program "Kalau Dah Jodoh Lagi". Antara ahli panel adalah seorang pelakon dan pengacara radio yang ada 4 isteri. Panel kedua pensyarah yang saya kenal dan saya tak pastilah isteri dia berapa. Panel ketiga pula adalah pelakon yang saya tak kenali dan lagilah saya tak tahu dia berpoligami ke tak. Seorang lagi ahli panel yang boleh menyebabkan 'runtuh stadium' tapi tidak dipanggil adalah Uztaz Azhar Idrus yang ada 3 isteri. Tentu banyak rahsia boleh dapat dalam forum ini.

Tapinya, program ni bukan kat Johor dan tak dapatlah saya pergi sebab jauh. Kalau saya pergi pun bukan nak apa, bukan ada apa-apa makna, cuma suka tengok orang ramai-ramai.Menarik tajuk ini. Kalau program itu berdekatan, mungkin juga ada isteri yang tahu program ini tetapi sengaja tak beritahu suami dia. Mungkin juga ada isteri yang ajak balik kampung, katanya ada kenduri dan segala bagai supaya suami dia tak pergi. Si suami yang pergi juga, agaknya ada yang kata dia nak pergi jumpa kawan di kedai mamak tapi rupanya pergi ke program ini.

Hehe... macam-macamlah yer. Kalau Ustaz Kazim ada program "Kalau Dah Jodoh" yang berjaya menarik ramai penonton, rasanya program "Kalau Dah Jodoh Lagi" lebih ramai lagi peminatnya.

24 April 2015

Guna CCTV: Harap Jenayah Terkawal

Tahun 2010 saya ke Guangzhou China kerana ada satu lawatan. Masa itu daerah itu baru saja tamat Sukan Olimpik sebagai tuan rumah. Sampai di sana, saya terkejut melihat kemajuan di bandar itu. Satu yang saya tertarik adalah banyaknya kamera cctv sama ada di jalanraya atau bangunan. Kamera pula besar-besar. Dalam hati saya, sama ada kamera ini berfungsi atau tidak, saya dah takut untuk melakukan perbuatan terlarang termasuk buang sampah merata-rata. Perbualan saya dengan pemandu pelancong, saya dapat tahu yang jenayah di sana terlalu kurang walaupun penduduknya terlalu ramai.

Larangan Motosikal

Beberapa jalanraya di bandar pula dikuatkuasakan larangan motosikal laluinya dan memang kita tak jumpa satu pun moto di kawasan berkenaan. Polis berpakaian seragam pula tidaklah terlalu ramai di khalayak ramai. Kalaulah berlaku pelanggaran undang-undang seperti di jalanraya, kamera dapat merakamkan kesalahan itu.

Tahun 2014, saya sekali lari mengikuti rombongan ke Guangzhou. Kali ini saya lihat suasananya serupa juga iaitu banyak kamera di banyak tempat. Terfikir juga saya, kalaulah di negara kita macam ini, maka jenayah dapat dikurangkan.

Guna Kamera CCTV

Sekarang ini di negara kita sudah dipasang kamera di beberapa tempat yang dicadangkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan. Daerah Kluang juga sudah ada kamera ini dan sebahagiannya dalam proses pemasangan. Saya yang mengetahui fungsi dan lokasi kamera tersebut sudah ada satu perasaan iaitu takut untuk buat kesalahan termasuk kesalahan jalanraya. Kamera ini ditonton terus dari bilik di balai polis dan tentunya banyak membantu pihak berkuasa. Kalau di Kluang yang bukanlah bandar yang besar sudah ada banyak kamera, daerah lain rasanya lagilah banyak.

Kejadian jenayah seperti ragut dan curi motosikal yang tinggi selama ini diharapkan dapat dikurangkan. Begitu juga kemalangan jalanraya apabila pemandu berhati-hati dan mengikut peraturan. Ada juga kes kemalangan dan ada orang yang membuat laporan polis palsu untuk menutup kebenaran. Tetapi apabila dilihat semula video, ternyata itu adalah laporan palsu.

Saya sokong sepenuhnya penggunaan kamera ini tetapi hendaklah dikendalikan dengan sebaiknya. Tugas anggota polis pula akan lebih mudah dan dapat menumpukan kepada tugas yang lain. Contohnya sebelum ini ada rondaan polis beruniform berjalan kaki di beberapa lokasi tertentu. Tujuannya adalah untuk menampakkan kehadiran polis di khalayak ramai dan orang akan takut melakukan jenayah. Kalau dengan kamera ini, semakin banyak lokasi dapat dipantau oleh pihak polis.

23 April 2015

Bernikah Lepas Kena Tangkap Keluarga Perempuan


Lelaki dan perempuan 20-an ini bernikah juga akhirnya. Sebelum tu, suatu pagi, lelaki ini datang ke rumah perempuan di sebuah taman. Masa itu, perempuan itu ada bersama seorang adik perempuannya. Sedang mereka berada dalam rumah tu, abang perempuan itu balik ke rumah dan lelaki tak sempat lari atau menyorok.

Maka abang perempuan itu memegang dan memukul lelaki itu. Jiran-jiran yang menyedari perkara ini juga masuk campur dan membelasah lelaki itu. Menurut kata lelaki ini,

"Belasah cara orang kampung tidaklah cedera Ustaz". Kata lelaki ini. Saya pun mengangguk saja, buat-buat faham  apa dia cara belasah orang kampung tu.

Abang perempuan memaksa lelaki ini bernikah dengan adik perempuannya kerana perbuatan itu sudah melampau. Sebelum ini pun sudah ada beberapa kali lelaki ini datang ke rumah dan jiran-jiran pernah bercerita kepada abang perempuan. 

"Kalau aku dapat lelaki tu, siap aku kerjakan" Kata abang perempuan. 

Tapi masalahnya tak dapat, setakat dengar cerita jer. Tapi satu hari tu, semasa abang perempuan pergi kerja, jiran telefon abangnya dan dia bergegas balik. Dilihatnya lelaki itu ketakutan di ruang tamu. Lelaki ini kata setuju nak bernikah. Malah abang lelaki itu

Diringkaskan cerita, akhirnya pasangan 20-an ini bernikahlah.


15 April 2015

Petua Berguna Kepada Lelaki Yang Nak Kawin Dua


Lelaki ini umur 40-an kerja di sebuah syarikat swasta. Gaji dia saya tak pernah tanya tapi agaknya dalam 7-8 ribu juga. Itu tak berapa penting sangat, sebab yang pentingnya yang saya nak cerita kat sini, dia ada 2 orang isteri. Isteri pertamanya kerja cikgu berijazah umur hujung 30-an dan ada anak tiga bersama isteri pertama.

Sudah dua tahun dia bernikah dengan isteri kedua berumur 20-an yang baru keluar universiti dan tidak bekerja. 

"Ustaz, saya bab kawin dua ni saya taknak rahsia-rahsia. Kalau Ustaz ker, orang lain ker tanya, saya jawab saja. Saya tak suka selindung-selindung". Cerita kawan saya ni macam bersungguh-sungguh. Dalam hati saya, belakang bini bolehlah cerita, depan bini macam tikus agaknya, hehe.

"Okey ker kawin dua ni? Isteri sekarang dah okey ker?" Tanya saya.

"Alahhh... mula-mula saja bergolak dan bergaduh Ustaz, lepas tu senyaplah, sampai bila orang perempuan ni nak marah-marah. Dia bising-bising pun, suami dia dah kawin dua, nak buat apa lagi". Cerita dia lagi menjadikan cerita makin menarik dan semakin saya nak tahu rahsianya.

 Dua Tahun Dulu

Terkenang juga kisah dua tahun lalu, lelaki ini berjumpa saya dengan kawannya di Restoran Akif Johor Bahru. Saya tak kenal dia pada awalnya tapi diperkenalkan oleh kawan saya tu. Kami jumpa di kedai mamak sambil minum teh tarik untuk cerita masalah, bukan kecil-kecil masalah dia masa tu, macam dilanda gempa bumi bunyinya. Masa tu isteri dia kata nak failkan permohonan cerai ke mahkamah dan dikatakan isterinya nak mohon nafkah, harta sepencarian dan serba mak nenek kesemuanya berjumlah RM 150,000. 

"Macam ni tak patutlah Ustaz, seratus ribu lebih saya nak cari mana? Bukan saya ni banyak duit. Sebelum ini pun saya dah beri nafkah cukup serba serbi. Isteri tak pernah bising tak cukup nafkah sebelum ni, tapi bila tahu saja saya bernikah lagi satu, isteri cerita macam-macam di pejabat agama, ini tak adil Ustaz". Cerita dia lagi tak berhenti, almaklumlah orang tengah ada masalah dunia.

"Oh.. Kalau betul isteri bawak kes ke mahkamah, ambillah peguam dan sama-sama lawan di mahkamah. Kalau kita tak lantik peguam nanti, bimbang kes kalah nanti". Kata saya.

Itulah ceritanya, bila isteri tahu saja suami nikah lagi,terus pergi ke pejabat agama dan nak saman suaminya dan nak tintut macam-macam katanya. Lepas tu dia mohon surat pindah ke kampungnya dan mengadu kepada ketua dia mengenai masalah rumahtangganya. Nak taknak, bos dia sokong saja, tapi hujung ceritanya tak jadi pindah pun.

Peguam Yang Berhemah Adalah Peguam Yang Beri Nasihat

"Bertenang puan... selesaikan kes ini cara baik. Tak semestinya bercerai itu adalah langkah terbaik dalam kes ini". Kata peguam kepada isteri dia.

Terkejut juga wanita ini apabila peguam nasihat dia macam tu. Dalam hati dia, dia salah ambil peguam ker ni. Hati dia terus mengherdik, dah kita lantik dia sebagai peguam, jalan sajalah kes ini, kenapa pulak nak nasihat-nasihat macam ni, macam berat sebelah pulak. Sebab tu dia lantik peguam perempuan sebab dalam hati dia dia tak percaya pada peguam lelaki yang dia kata akan menyebelah lelaki saja.

"Bukan macam tu puan, balik dulu ke rumah, fikir habis-habis, fikirkan masa depan keluarga dan anak-anak yang sedang bersekolah." Nasihat peguam tu lagi.

Akhirnya wanita ini berperang dengan peguam dia sendiri. Bengang betul dia.

"Tak apa, lebih baik saya ambil anak murid saya dulu sebagai peguam daripada ambil peguam yang berat sebelah macam ni. Saya ada anak murid yang jadi peguam tahu! Dia yang nak tolong saya habis-habisan, bukan macam awak ni, tak guna lansung" Kata wanita tu. Terus dia tak jumpa peguam tu walaupun dia dah bayar duit peguam RM500 sebelum ini.

Tak lama kemudian, terbongkarlah cerita, rupa-rupanya peguam perempuan itu adalah isteri kedua juga. Suami dia berpoligami dan ada dua isteri dan hidup mereka bahagia. Hubungan isteri pertama dan kedua serta anak-anak begitu baik. Patutlah dia beri nasihat macam tu, kurang asam betul, bisik hati dia.

"Abang mintak maaf banyak-banyak pada ayang, abang menyesal atas apa yang dah berlaku. Semuanya berlaku terlalu cepat dan abang seakan kena rasuk dengan godaan hawa nafsu abang". Kata si suami.

"Apa nak datang-datang jumpa saya lagi, pergilah dengan betina sundal tu yang awak sayang sangat-sangat tu!" Tengking si isteri.

"Ayang.. abang dah masuk dalam akaun Maybank seribu ringgit. Ambillah duit tu nak beli apa-apa". Kata si suami.

Si isteri tak kata apa-apa cuma jeling macam mata ular senduk nak serang mangsa. Dalam hati dia, ni semua nak rasuah dia guna duit pulak, dia ingat orang pelahap sangat dengan duit dia tu.

Tak Tentu Arah

Hidup si suami dalam beberapa bulan itu tak tentu arah. Bagaimanapun dia tetap balik rumah setiap hari dan uruskan persekolahan anak-anak dan makan minum. Kalau dulu dia selalu pergi main badminton, sekarang tidak lagi. Terpaksalah si suami mengalah kena tidur bilik lain sebab isteri dia dah bawa dua orang anak tidur dan kepung kiri dan kanan isteri atas katil. 

Bagaimana Boleh Kantoi?

Lelaki 40-an ini bernikah dengan gadis 20-an sebaik saja gadis ini tamat pengajian universitinya. Sebenarnya sebelum kawin, dia dah kenal dalam setahun secara kebetulan melalui facebook. Jadi ada baik juga facebook ni, bantu orang cari jodoh dan bantu nak tambah jodoh sekali. Gadis ini pula seleranya macam lain sikit dari orang lain. Dia suka kepada lelaki yang dah ada isteri atau lelaki yang jauh lebih tua darinya. 

Semasa belajar, ada rakan sebaya dan umur 2-3 tahun darinya nak mengoratnya, dia tak layan, tak ada selera katanya. Tapi bila suami orang layan, dia suka. Sebelum kawin, gadis ini cakap mengenai jodohnya iaitu suka yang sudah ada isteri atau bujang yang lebih 10 tahun tua darinya. Gadis ini kadang-kadang hairan dengan minat dan seleranya terhadap lelaki. Pada dia, lelaki yang 40-an ini matang dan pandai ambil hati, tak macam lelaki 20-an sepertinya yang kebudak-budakan.

Gadis ini sendiri beritahu ibu bapanya yang dia nak kawin dengan seorang lelaki suami orang. Pada mulanya ibu dan bapanya menghalang tetapi akhirnya ibu dan bapanya akur juga dengan kehendak anak perempuannya. Mereka akhirnya bernikah senyap-senyap tanpa pengetahuan isteri pertama. Lepas bernikah, dia bawa isteri keduanya ini berpindah ke Johor Bahru dan tinggal di sebuah pangsapuri berpagar dan ada pengawal keselamatan. Jarak rumah isteri pertama dan kedua adalah dalam 16 km.

Perkahwinan ini dirahsiakan ketat-ketat dan mengharapkan isteri pertama tak tahu cerita ini. Bagaimanapun, rahsia mereka hanya bertahan 8 bulan saja, akhirnya isteri pertama tahu juga. Sebelum tahu itu, si suami mulakan lakonan dan gerak geri dengan berhati-hati supaya isteri tak syak. Dia tak pernah tidur malam di rumah isteri pertamanya tetapi setiap hari dia datang ke rumah isteri keduanya. Pada hari bekerja, si suami selalu balik lambat kononnya untuk main badminton dengan kawan-kawan. Memang dia aktif dalam sukan badminton sebelum ini tetapi dia dah beberapa tahun tak aktif sebab sibuk bekerja. Maka sejak kawin senyap-senyap, dia mula aktif semula tapi bukan main badminton betul-betul, tapi main badminton kat rumah bini muda.

Si isteri pertama kira lurus bendul juga tapi lama-lama, timbul juga syak. Tiap kali balik kerja terus main badminton dan kenapa tak balik rumah dulu? Masa balik pun, tengok baju suami basah dua helai tapi bila dipegang dan dihidu, tak ada pun bau peluk, macam air paip biasa saja. Pernah pula satu hari tu, mereka suami isteri keluar ke sebuah kedai makan bersama anak-anak. Tiba-tiba berjumpa kawan suami dia dan kawan tu tanya suami dia.

"Kenapa dah lama tak main badminton, turunlah bila-bila senang". Kata kawan suami dia pada suami dia. Suami tersipu-sipu menjawab.

"Erkk.. dah main tempat lain, dah ada geng baru, erkkk". Kata si suami macam gigil. Lepas tu suami cepat-cepat tukar topik lain.

Si isteri yang tengok suami dia gelabah dah bertambah-tambah syak. Lagi pun, orang bersukan hari-hari ini perut ada kempis sikit dan lengan ada berbentuk sikit, ini tidak. Lepas tu suami dia ni, buat macam baik sangat dan tak macam dulu. Kalau pergi mana-mana, ada saja hadiah untuk isteri terutama tudung-tudung yang bermacam-macam fesyen tu. Pandai betul dia pujuk hati isteri.

Macam mana si isteri dapat tahu suaminya kawin lagi satu yer?
Kita tunggu sambungannya pada episod kedua.

....BERSAMBUNG KE EPISOD KEDUA

14 April 2015

Budak Perempuan Tingkatan Tiga Kena Tangkap Bersama 5 Lelaki


Pagi tu dalam jam 7.00 pagi, mak budak perempuan ni hantar ke sekolah naik moto. Sampai di pintu sekolah, rupanya perempuan ini tak masuk sekolah. Sebaliknya dia naik moto seorang lelaki untuk pergi ke bandar dalam 4 km dari sekolah dia. Mereka berdua terus masuk ke bilik hotel tingkat atas. Dalam bilik itu sudah ada 4 orang lelaki. Rupanya malam tadi, lelaki 5 orang ini sudah bermalam di bilik hotel ini dengan sewa RM100 yang bayar kongsi-kongsi. Bilik ini siap dengan 2 katil besar dan satu katil kecil.

Penguaatkuasa JAIJ dapat aduan dari orang awam (dirahsiakan ketat-ketat) dan bergegas ke bilik hotel berkenaan jam 8.45 pagi. Maka kena tangkaplah seorang budak perempuan umur 14 tahun, masih bersekolah tingkatan tiga, bersama 5 orang lelaki dalam bilik itu. Lelaki berkenaan berumur 16-19 tahun, kebanyakannya bekerja di kedai makan dan ada yang tidak bekerja. Perempuan ini mengaku mengenali ke semua 5 lelaki ini dan sering berhubungan dalam whataps.

Apabila dibawa ke Pejabat Agama, masing-masing perlukan penjamin dari kalangan ahli keluarga. Emak perempuan ini yang datang jamin dan dah tentu mak dia terkejut besar kerana dia yang hantar anak dia pegi sekolah naik moto pagi tadi.

01 April 2015

Cerita saya dan GST Hari Ini 1 April 2015

Dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat di JB hari ini, saya singgah di Restoran Osman, Uda yang belakang Mydin tu dalam jam 8.30 pagi. Yer, hari ini adalah satu sejarah bagi negara kita iaitu pengenalan GST bermula hari ini. Terus teranglah saya cakap, saya ni tak berapa tahu sangat pasal GST ini. Yang saya tahu, cukai ini 6 peratus dari harga. Yang saya tahu lagi, makanan di kedai makan serta ubat di farmasi tidak dikenakan cukai GST ini. Tak tahulah saya betul atau silap, saya pun tak pasti sebenarnya. 

Dalam satu group whataps, kawan saya hantar satu gambar resit iaitu masa dia tuang minyak RON97 di sebuah stesen minyak pagi tu. Yang saya faham, resit ini menunjukkan dia bayar RM100 untuk tuang minyak tu. Pada resit tu tertulis RM94.34 dan GST RM5.66. Maknanya kawan saya tu isi minyak RON97 dengan harga RM100 tetapi yang sebenarnya hanya RM94.34 sebab RM5.66 kena bayar GST. Saya diam saja tak jawab, sebab dalam hati saya, saya pakai RON95 dan yang saya tahu, tak kena GST. Agak sajalah tu sebab hari ini saya tak tuang minyak kereta.

Teh Tarik dan Nasi Lemak Pun kena GST Rupanya

Kat restoran tu saya dan kawan saya makan nasi lemak telur goreng dua dan teh tarik dua. Bila suruh pelayan tu kira, awal-awal dia kata kena GST. Ohh... bila dia cakap gitu, saya suruh dia keluarkan resit. Pada resit tu tertulis RM 8.50 dan kena GST RM0.51. Jadi, jumlah yang saya kena bayar adalah RM 9.00. Saya tak cakap apalah, lagi pun kedai tu teh tarik dia sedap. Bukan macam ada satu kedai baru bukak yang saya minum semalam. 

Kedai tu baru buka dan saya sangka itu kedai mamak. Dalam hati saya, saya boleh garenti yang kedai mamak teh dia sedap. Tapi bila saya minum di kedai semalam tu, entah apa-apa rasa teh tu. Bila tengok betul-betul, itu bukan kedai mamak. Rasa saya, itu kedai Myanmar atau Rohinyya. Tengok lelakinya, lain macam mamak atau orang pekerja asing India atau Pakistan. Orang ini badan dia kecil sedikit. Saya juga pernah berbual dengan pendatang yang ada taraf pelarian Rohinyya ini, ada beberapa restoran di satu daerah tu. Bukan niat saya nak kata sekat dia orang berniaga di sini tapi dalam hati saya kata, nak berniaga di sini, seleranya biarlah selera yang orang sini boleh masuk. Teh tarik kenalah sedap, jangan sebarang saja. Kalau susah sangat nak belajar cara buat teh tarik, boleh juga belajar dengan saya, klik sini .

Lagi satu, nak beza kedai mamak dengan Myanmar ini antaranya kita tengok pada rupa kedai tu. Kedai mamak biasanya lebih cantik, kemas dan lantainya ada mozek. Kedai semalam tu tak ada lantai mozek. Masakan kedai mamak ramai orang boleh masuk terutama kari dia. Kedai semalam tu, tengok saja saya dah rasa tak ada selera.

GST

Berbalik pasal cerita GST tadi, saya pergi makan tengahari di sebuah kedai mamak di Taman Perling JB. Bila bayar untuk dua orang, jumlahnya RM 11.50 dan pelayan atau tauke atau pengurus kedai tu kata kedai dia tak ada GST. Pada saya, harga RM11.50 itu berpatutanlah. Cuma saya hairan sikit, kenapa kedai mamak yang pagi tadi tu ada GST, kedai ini pula tiada. Kalau ikut ramai orang datang, saya tahu kedai kedua ini pun ramai juga terutama sebelah malam. Semua saya tak tahu nak jawab, sebab saya tak banyak faham sangat pasal GST ni.

Sambil tu saya buka FB dan tengok seorang kawan saya yang sama mesyuarat dengan saya tadi tunjuk resit dia makan tengahari kena GST. Harga kat resit tu tulis RM14.70 termasuk 6 peratus GST. Jadi, maknanya salahlah anggapan saya yang kedai makan tak kena GST, rupanya kena. Dari teh tarik, nasi lemak dan nasi campur, kena juga rupanya.

Minum Petang

Dalam jam 6.00 petang, saya singgah di sebuah kedai di Simpang Renggam. Saya makan betul-betul di sebelah kaunter bayaran sebab hari hujan masa tu. Ada tertulis besar warna hijau yang kedai itu mengenakan GST dan ada nombor GSTnya. Masa bayar, semua sekali RM9.00. Bila saya tanya, dia kata tak ada GST. Saya tunjuk pada dia tulisan GST tu, dia kata, itu pembelian yang dikeluarkan resit saja. Dalam hati saya, kenapa pulak ada resit dan tak ada resit macam tu. Entahlah.

Kawan saya cerita, tadi isteri dia top up telefon RM10 tapi kena bayar RM10.60 pasal GST. Saya pun membayangkan, adakah bil telefon saya nanti akan kena GST? Sebelum saya kata yer, tunggulah bil keluar nanti.

Tengok FB

Dalam FB hari ini ramainya orang cerita pasal GST. Saya tak komen pun, sebab pada saya masih terlalu awal untuk saya komen. Hari ini hari pertama GST, mungkin ada kekeliruan dari peniaga atau pelanggan. Orang ramai termasuk saya pun tak berapa nak faham sangat GST ni. Sebelum ini saya cuma baca dan dengar penerangan dan pelaksanaannya belum lagi, tapi hari ini 1 April, terlaksanalah.

Tengok TV

Jam 8.00 malam saya tengok TV bermula dengan berita TV9. Mula saja terus cerita GST. Pada saya betullah penerbit berita itu memahami berita yang paling hangat hari tu. Ada orang komen pasal pasaraya Mydin yang sebelum ini kata pelanggan tak perlu bayar GST tapi pada resit tu kena GST pula. Kemudian dijelaskan oleh pihak pengurusan Mydin yang GST 6 peratus itu hanya tulisan saja tetapi pelanggan tak perlu bayar. Maka fahamlah saya. Tapi kita kena ingat, harap pasaraya Mydin tak naikkan harga barang selepas ini untuk bayar GST yang dikatakan pengurusan Mydin yang kena bayar tu.

Lepas 15 minit saya tukar siaran TV3 pula. Rupanya ada juga barangan yang turun harga iaitu beberapa jenama kereta termasuk keluaran tempatan. Oh yer, tadi saya ke Angsana JB tengok di sebelah bangunan Menara Jati LHDN tu ada pameran kereta keluaran Proton. Menarik tu, cuma tadi tak sempat singgah sebab hujan.

Falamlah juga saya masa tengok TV tu yang negara kita adalah tergolong dalam 160 negara lain yang melaksanakan GST, banyak lagi negara lebih awal lagi melaksanakannya.