Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

24 April 2015

Guna CCTV: Harap Jenayah Terkawal

Tahun 2010 saya ke Guangzhou China kerana ada satu lawatan. Masa itu daerah itu baru saja tamat Sukan Olimpik sebagai tuan rumah. Sampai di sana, saya terkejut melihat kemajuan di bandar itu. Satu yang saya tertarik adalah banyaknya kamera cctv sama ada di jalanraya atau bangunan. Kamera pula besar-besar. Dalam hati saya, sama ada kamera ini berfungsi atau tidak, saya dah takut untuk melakukan perbuatan terlarang termasuk buang sampah merata-rata. Perbualan saya dengan pemandu pelancong, saya dapat tahu yang jenayah di sana terlalu kurang walaupun penduduknya terlalu ramai.

Larangan Motosikal

Beberapa jalanraya di bandar pula dikuatkuasakan larangan motosikal laluinya dan memang kita tak jumpa satu pun moto di kawasan berkenaan. Polis berpakaian seragam pula tidaklah terlalu ramai di khalayak ramai. Kalaulah berlaku pelanggaran undang-undang seperti di jalanraya, kamera dapat merakamkan kesalahan itu.

Tahun 2014, saya sekali lari mengikuti rombongan ke Guangzhou. Kali ini saya lihat suasananya serupa juga iaitu banyak kamera di banyak tempat. Terfikir juga saya, kalaulah di negara kita macam ini, maka jenayah dapat dikurangkan.

Guna Kamera CCTV

Sekarang ini di negara kita sudah dipasang kamera di beberapa tempat yang dicadangkan oleh pihak polis dan pihak berkuasa tempatan. Daerah Kluang juga sudah ada kamera ini dan sebahagiannya dalam proses pemasangan. Saya yang mengetahui fungsi dan lokasi kamera tersebut sudah ada satu perasaan iaitu takut untuk buat kesalahan termasuk kesalahan jalanraya. Kamera ini ditonton terus dari bilik di balai polis dan tentunya banyak membantu pihak berkuasa. Kalau di Kluang yang bukanlah bandar yang besar sudah ada banyak kamera, daerah lain rasanya lagilah banyak.

Kejadian jenayah seperti ragut dan curi motosikal yang tinggi selama ini diharapkan dapat dikurangkan. Begitu juga kemalangan jalanraya apabila pemandu berhati-hati dan mengikut peraturan. Ada juga kes kemalangan dan ada orang yang membuat laporan polis palsu untuk menutup kebenaran. Tetapi apabila dilihat semula video, ternyata itu adalah laporan palsu.

Saya sokong sepenuhnya penggunaan kamera ini tetapi hendaklah dikendalikan dengan sebaiknya. Tugas anggota polis pula akan lebih mudah dan dapat menumpukan kepada tugas yang lain. Contohnya sebelum ini ada rondaan polis beruniform berjalan kaki di beberapa lokasi tertentu. Tujuannya adalah untuk menampakkan kehadiran polis di khalayak ramai dan orang akan takut melakukan jenayah. Kalau dengan kamera ini, semakin banyak lokasi dapat dipantau oleh pihak polis.

1 ulasan:

  1. Jenayah sekarang ada dimana2..tak kira di dalam atau di luar rumah. Risaunya la bila memikir anak yg sedang membesar...ibu ayah terpaksa tinggalkan anak pada taska

    BalasPadam

Dipersilakan komen.