30 September 2011
Lelaki dan Perempuan Umur 40 Lebih Baru Temu Jodoh
Kalau lalu jalan Yong Peng ke Segamat, ada satu taman perumahan, namanya Taman Desa Temu Jodoh. Kalau orang kali pertama lalu dan terbaca papan tanda taman tu, mungkin ada yang tergelak. Kenapa namanya begitu ? Tak ada nama lain ke ?
Saya dapat cerita, taman itu diilhamkan oleh bekas menteri Besar Johor Tan Sri Osman Saat iaitu membuka taman itu kepada pasangan yang baru bernikah atau dapat jodoh. (Kalau saya salah, maafkan saya.) Ini dapat dikenang oleh generasi sekarang tentang keperihatinan seorang menteri besar pada rakyatnya.
Hari ini, seorang perempuan umur 40 masih anak dara bertemu jodoh dengan lelaki bujang umur 44 tahun. Lelaki kerja pemandu jentera berat dan wanita tak bekerja. Alhamdulillah, bertemu jodoh juga pada usia yang agak lanjut. Selamat Pengantin Baru.
Anak Bongsu Nikah Dulu, Langkah 3 Bendul
Perempuan anak keempat umur 18 tahun nikah dulu sebelum abang dan kakak dia nikah. Dia ada 2 abang dan seorang kakak. Kalau orang kita biasa cakap istilah 'langkah bendul', sebenarnya kalau ikut hukum syarak, tak jadi masalah.
29 September 2011
Isteri Kedua Tengah Mabuk-mabuk
Sudah dekat-dekat setahun rasanya lelaki ni, 40-an bernikah isteri kedua 20-an. Dia kerja kakitangan kerajaan dan isteri keduanya swasta. Bernikah pula cara betul setelah dapat kebenaran hakim mahkamah syariah. Terserempak dengannya dalam satu majlis hari raya, saya menegurnya.
"Apa khabar sekarang ?....isteri kedua ada di mana sekarang ?" Tanya saya.
"Khabar baik tuan kadi. Isteri sekarang ada di Kluang, tengah mabuk-mabuk sekarang". Jawabnya.
(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
(Sebahagian cerita ini telah dibuang kerana dalam proses menulis buku berkaitan poligami. Sila dapatkan buku saya selepas ini. Terimakasih)
Wacana : Merdeka Wajarkah Sejarah Ditulis Semula ?
Wacana Sinar Harian pada 27 September 2011, tajuk Merdeka Sejarah Adakah Perlu di Tulis Semula ? Ahli panel YB Dr Fuad Zarkashi, YB Saifudin Nasution, Prof Ramlah Adam dan Prof Mohamad Abu Bakar.
Nikah Lagi Satu: Bakal Isteri Kedua Lebih Tua Dari Isteri Pertama
Lelaki 50-an , isteri pertamanya umur 30-an. Lelaki ini hendak bernikah lagi satu dengan wanita pilahannya, janda umur 50-an.
Seronok untuk ceritakan kes ini sebab biasanya lelaki nak cari isteri kedua lebih muda dari isteri pertama. Kalau tak muda pun, taklah umurnya jauh sangat. Ini kes isteri pertama 30-an, bakal isteri kedia 50-an. Selamat Pengantin Baru.
28 September 2011
Penunggang Motosikal Maut di Parit Raja
Saya baru balik dari Batu Pahat, ada muzakarah jurunikah negeri Johor. Dalam perjalanan di Parit Raja lebih kurang 2.00 petang, berhampiran Petronas, betul-betul di depan kedai kereta Rahim.
Nampak seorang anggota polis sedang mengawal lalulintas, motosikal rosak teruk dan mayat ditutup dengan kain rentang. Nampak darah kat atas jalan raya.
27 September 2011
Harga Emas Jatuh Mendadak, Susut 20 Peratus (Episod 5)
Dah banyak kali saya cerita bahawa pelaburan ini ada risiko untung dan rugi. Tidak kiralah sama ada pasaran saham di bursa, amanah saham (yang berubah harga), hartanah, matawang, komoditi atau emas. Yang untung dan tak pernah rugi adalah saham seperti Tabung Haji, ASB dan saham Bank Rakyat dan lain-lain. Malangnya Bank Rakyat dah tak jual saham dia sebab dihadkan. Patutnya, kena bukaklah, biar orang ramai untung dan keuntungan itu dikongsi orang ramai, bukan segelintir saja. Tahun-tahun lepas saja Bank Rakyat untung 15 persen, satu keuntungan yang tinggi.
Hati-hati Dengan Pendapat Orang
Tapi ada pembawa ajaran tak berapa betul, yang kata pelaburan emas akan tetap untung walau apa cara pun. Hari ini di sebuah akhbar utama, cerita pasal kejatuhan besar pasaran emas dunia iaitu 20 peratus. (Nak tahu cerita lanjut, belilah akhbar itu hari ini). 20 peratus maknanya kalau dulu melabur dalam nilai RM 50,000, maknanya dia sudah kehilangan RM 10,000 dalam masa yang singkat.
Hati-hati Dengan Pendapat Orang
Tapi ada pembawa ajaran tak berapa betul, yang kata pelaburan emas akan tetap untung walau apa cara pun. Hari ini di sebuah akhbar utama, cerita pasal kejatuhan besar pasaran emas dunia iaitu 20 peratus. (Nak tahu cerita lanjut, belilah akhbar itu hari ini). 20 peratus maknanya kalau dulu melabur dalam nilai RM 50,000, maknanya dia sudah kehilangan RM 10,000 dalam masa yang singkat.
Pelaburan Jangka Panjang
Saya suka tegur orang yang kata, pelaburan ini kenalah jangka masa panjang, bukannya masa singkat. Masa singkat yang saya maksudkan ni bukanlah beli hari ini, jual hari ini juga macam yang boleh dilakukan di Bursa Saham. Dalam pelaburan emas tidak boleh kerana jual dan beli hari yang sama sudah pasti rugi sebab ada perbezaan harga.
Tapi maksud saya, Pada saya, kalau kita melabur, sebolehnya kita untung dalam masa yang pendek yang boleh. Kalau boleh minggu, bulan dan janganlah nak tunggu bertahun-tahun. Sebab apa ? Sebab bimbang, kalau dalam masa yang lama akan banyak cerita ekonomi atau perubahan yang diluar jangka yang boleh melemahkan nilai atau mempengaruhi pasaran.
Lagi satu sebabnya, kita melabur emas ini, kita untung hanya bila jual saja. Pada saya eloklah kita jual banyak kali supaya dapat untung banyak kali.
Tapi maksud saya, Pada saya, kalau kita melabur, sebolehnya kita untung dalam masa yang pendek yang boleh. Kalau boleh minggu, bulan dan janganlah nak tunggu bertahun-tahun. Sebab apa ? Sebab bimbang, kalau dalam masa yang lama akan banyak cerita ekonomi atau perubahan yang diluar jangka yang boleh melemahkan nilai atau mempengaruhi pasaran.
Lagi satu sebabnya, kita melabur emas ini, kita untung hanya bila jual saja. Pada saya eloklah kita jual banyak kali supaya dapat untung banyak kali.
Jadi, pesanan supaya melabur jangka panjang itu hanyalah untuk sedapkan hati pelabur saja, tak lebih dari itu. Kalau pegang saham emas tu panjang-panjang, entah-entah makin panjang makin rugi, siapa yang rugi ? Pelabur juga yang rugi, bank atau institusi yang kendalikan pelaburan tu tetap untung.
Lebih Baik Melabur Dalam Bukan Emas Kalau Nak Untung Pegang Lama
Okey, kalau kita melabur di Bursa Saham, Amanah Saham, ASB, Tabung Haji, kita akan dapat faedah setiap tahun tapi tidak bagi emas. Kalau pelaburan perumahan, kita akan dapat sewa rumah. Melabur dalam perladangan sawit, kita akan dapat duit sawit setiap kali ada hasil. Pelaburan emas hanya untung kalau kita jual sahaja, kalau pegang 5 tahun, kita tak akan dapat 5 kali faedah.
Ada orang kata melabur dalam saham amanah dalam jangka masa yang lama lebih untung, itu saya setuju sebab ada faedah tahunan, tapi tidak bagi emas.
Kesimpulan
Pelaburan emas dalam bentuk simpanan di bank atau institusi kewangan adalah suatu yang baru. Sebagai contoh, satu bank terkemuka belum pun genap setahun mengendalikan pelaburan emas ini. Oleh itu, kita kena faham dan jangan terlalu ghairah sehingga mengatakan yang pelaburan dalam emas ini semuanya untung dan tidak akan rugi. Berpeganglah dengan hakikat bahawa setiap pelaburan itu ada risiko sama ada untung atau rugi. Janganlah terlalu ghairah sehingga melabur kesemua wang ringgitnya dalam pelaburan emas ini.
Saya cerita ini sebab ada beberapa orang yang saya kenal telah melabur hampir 100 peratus simpanannya dalam emas ini. Dia jual semula tanah pertanian, keluar duit Tabung Haji dan melabur kesemuanya dalam emas ini. Malah dia sanggup buat pinjaman peribadi untuk melabur emas. Nasihat saya, kalau namanya pelaburan sebaiknya jangan berhutang tetapi gunakanlah wang tunai kecuali keadaan tertentu saja kita perlu berhutang.
Jika kita sudah mengkaji sepenuhnya mengenai pelaburan emas ini dan tahu risikonya, barulah kita boleh melabur dalam emas ini. Kalau ikut rekod, pelaburan ini memang menguntungkan tapi itu rekod lama yang belum tentu berulang kembali. Kalau kena dengan cara iaitu pengetahuan kita dan rezeki yang Allah Taala beri pada kita, insyaallah kita akan berjaya dalam pelaburan emas. Malah tidak mustahil saya katakan yang pelaburan emas adalah lebih selamat dan menguntungkan berbanding pelaburan seperti bursa saham dan matawang.
Lebih Baik Melabur Dalam Bukan Emas Kalau Nak Untung Pegang Lama
Okey, kalau kita melabur di Bursa Saham, Amanah Saham, ASB, Tabung Haji, kita akan dapat faedah setiap tahun tapi tidak bagi emas. Kalau pelaburan perumahan, kita akan dapat sewa rumah. Melabur dalam perladangan sawit, kita akan dapat duit sawit setiap kali ada hasil. Pelaburan emas hanya untung kalau kita jual sahaja, kalau pegang 5 tahun, kita tak akan dapat 5 kali faedah.
Ada orang kata melabur dalam saham amanah dalam jangka masa yang lama lebih untung, itu saya setuju sebab ada faedah tahunan, tapi tidak bagi emas.
Kesimpulan
Pelaburan emas dalam bentuk simpanan di bank atau institusi kewangan adalah suatu yang baru. Sebagai contoh, satu bank terkemuka belum pun genap setahun mengendalikan pelaburan emas ini. Oleh itu, kita kena faham dan jangan terlalu ghairah sehingga mengatakan yang pelaburan dalam emas ini semuanya untung dan tidak akan rugi. Berpeganglah dengan hakikat bahawa setiap pelaburan itu ada risiko sama ada untung atau rugi. Janganlah terlalu ghairah sehingga melabur kesemua wang ringgitnya dalam pelaburan emas ini.
Saya cerita ini sebab ada beberapa orang yang saya kenal telah melabur hampir 100 peratus simpanannya dalam emas ini. Dia jual semula tanah pertanian, keluar duit Tabung Haji dan melabur kesemuanya dalam emas ini. Malah dia sanggup buat pinjaman peribadi untuk melabur emas. Nasihat saya, kalau namanya pelaburan sebaiknya jangan berhutang tetapi gunakanlah wang tunai kecuali keadaan tertentu saja kita perlu berhutang.
Jika kita sudah mengkaji sepenuhnya mengenai pelaburan emas ini dan tahu risikonya, barulah kita boleh melabur dalam emas ini. Kalau ikut rekod, pelaburan ini memang menguntungkan tapi itu rekod lama yang belum tentu berulang kembali. Kalau kena dengan cara iaitu pengetahuan kita dan rezeki yang Allah Taala beri pada kita, insyaallah kita akan berjaya dalam pelaburan emas. Malah tidak mustahil saya katakan yang pelaburan emas adalah lebih selamat dan menguntungkan berbanding pelaburan seperti bursa saham dan matawang.
.....Bersambung ke Episod 6:
http://kadikluang.blogspot.com/2011/10/emas-juga-jatuh-walaupun-dianggap.html
http://kadikluang.blogspot.com/2011/10/emas-juga-jatuh-walaupun-dianggap.html
26 September 2011
Mat Bangla Dituduh Cabul Pelajar Kolej
KUALA LUMPUR -- Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul seorang pelajar wanita kolej swasta, enam hari lepas.
Pekerja pasar raya Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 20 September lepas.
Md Kamruzaman yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. Tertuduh tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
Pekerja pasar raya Md Kamruzaman Chansarif, 28, didakwa mencabul kehormatan dengan memeluk dan mencium pipi pelajar berusia 19 tahun itu.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan lif Tingkat 5, Kolej Segi, No. 33-35, Jalan Hang Lekiu, Dang Wangi di sini kira-kira 12.30 tengah hari, 20 September lepas.
Md Kamruzaman yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan, jika sabit kesalahan. Tertuduh tidak memohon kepada mahkamah untuk diikat jamin atas alasan tiada penjamin.
Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menetapkan 31 Oktober untuk sebutan kes dan bagi membolehkan tertuduh melantik peguam.
25 September 2011
Kisah Isteri Tak Pandai Masak
Mamat ni umur lewat 20-an nikah baru 2-3 bulan dengan anak dara 20-an. Tak lama lepas nikah, masuk Ramadhan, lepas tu raya. Sambut raya pertama rumah perempuan dan petang raya pertama, balik ke rumah keluarga lelaki di sebuah negeri pula.
Masa di rumah perempuan, emak dia yang sediakan semua makanan. Anaknya kalau nak kata tak bantu lansung, tak juga. Adalah bantu sikit kat dapur. Macam-macam mak dia masak yang special-special. Masa balik ke rumah keluarga lelaki, emak lelaki tanyalah menantu yang hari raya pertama makan apa ? Maka dijawablah makan itu dan ini. Bila petang raya pertama cerita macam tu, ibu dan bapa mertua dia terliur juga dan rasa nak makan masakan menantu baru orang Johor ni. Lagi pun, mak dia bukanlah sihat sangat untuk masak lagi hari kedua.
Dah jadi serius pulak, pak mertua pegi beli barang kat pasar malam tu, beli bahan-bahan untuk menantunya masak. Bila tahu begitu, perempuan mulalah serba salah sebab sebenarnya dia tak tahu masak, dia cuma pandai cerita saja. Lagi pun dia dah cerita yang masak tu emak dia, bukan dia. Tapi pak dan mak mertua anggap, kalau mak pandai, anak perempuan pun pandai juga.
Pagi Raya Kedua
Malam tadi dahlah tak tidur memikirkan bagaimana nak masak nanti. Bahan nampaknya sudah cukup tapi kalau tak tahu masak, tak jadi juga. Sampai terbawa dalam mimpi pula dan ganggu tidur dia. Pagi raya kedua tu, perempuan dengar perbualan suami dia dengan mak mertua.
"Dah bangun ke isteri kau tu ? Mak nak sangat rasa masakan orang Johor terutama sayur lodeh." Kata mak dia.
Isteri dia pasang telinga dari dalam bilik. Suami dia tak jawab apa-apa dan terus masuk bilik. Suami senyap saja tak kata apa-apa.
"Kenapa tak beritahu saya kena masak pulak ?". Kata isteri dia macam marah pulak pada suami.
"Ermmmm". Suami serba salah nak jawab. Sebabnya yang nak makan masakan tu emak dia. Lagi pun dia tahu, isteri dia bukan pandai masak.
Akhirnya
Akhirnya isteri mintak dua biji panadol dan sambung tidur. Suami kata pada mak dia, isterinya tak sihat.
"Tak sihat pergilah bawak pegi klinik, jangan nanti sakit lain pulak". Kata mak dia.
"Tak apa mak, dah pergi klinik kat Johor dulu, ada lagi ubat". Kata suami.
Nak taknak, mak dia saja yang masuk dapur walaupun tak berapa sihat. Sebagai anak lelaki, simpati dengan mak dia dan tolong juga kat dapur untuk ambil hati mak dia. Manakala isteri dia meneruskan tidurnya di bilik dalam selimut.
Pengajarannya
Saya selalu cerita dalam kursus pra perkahwinan dalam bab tanggungjawab isteri, supaya perempuan sebelum nikah, kenalah belajar masak. Bukan saja yang belum kawin, yang dah kawin pun ada juga yang tak pandai masak. Masak tu kenalah sedap dan berselera orang makan. Janganlah main cincai saja, kan nak hidang kat manusia, bukan nak kasi kucing makan. Tak apalah kalau ada orang nak marah saya dalam bab ni, saya teruskan juga.
Masak nasi ayam Klik Sini dan buat teh tarik Klik Sini.
Bab memasak ni sudah semakin diabaikan oleh orang sekarang, tidak macam zaman mak-mak kita dulu. Orang sekarang kalau dah taknak masak, macam-macam alasan, kata letihlah tapi kalau letih, masa tak letih tak masak juga. Kata tak cukup bahanlah tapi kalau tak cukup bahan pergilah beli bahan.
Kita tengok mak-mak kita kat kampung, masak simple saja tapi menyelerakan dan anak dan cucu makan dengan seleranya. Kekadang mak kita bukan ada lauk sangat, taklah sampai penuh dulang tapi masakannya sedap. Sebab apa ? sebab tahu cara masak. Masak memasak ni bukanlah sifat semulajadi tapi boleh dipelajari.
Masak nasi ayam Klik Sini dan buat teh tarik Klik Sini.
24 September 2011
Gaji Kakitangan Kerajaan Akan Naik Lagi ?
Kakitangan sektor awam dijangka sekali lagi menikmati kenaikan gaji tahun ini, dan kemungkinan perkara itu antara berita baik yang akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 di Dewan Rakyat, 7 Oktober ini.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Antara tuntutan CUEPACS sebelum ini ialah pemberian bonus dua bulan, umur persaraan dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun dan penghapusan Gred 1 hingga 16 dalam skim perkhidmatan bagi membolehkan kakitangan awam peringkat rendah menikmati gaji lebih tinggi. Bagaimanapun, sumber menyatakan masih tidak diketahui berapa peratus kenaikan gaji yang bakal diperoleh oleh kakitangan kerajaan kerana pada 2007 mereka menikmati kenaikan gaji antara 7.5 hingga 35 peratus.
Turut tidak dipastikan lagi sama ada Najib yang juga Menteri Kewangan akan memberi dua bulan bonus atau sebulan bonus saja dan ura-ura mengenai perkhabaran ini sudah tersebar dengan meluas di kalangan kakitangan awam. Ketika pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, bantuan khas kewangan RM500 diberikan kepada penjawat awam Gred 54 dan ke bawah termasuk pegawai kontrak dan pesara kerajaan bagi meringan beban mereka dalam menampung perbelanjaan persiapan sekolah anak-anak.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan. Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM. Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
Baru-baru ini, CUEPACS yang mewakili lebih sejuta kakitangan awam di negara ini, mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam usaha memperbaiki kebajikan anggota kerajaan di samping meningkatkan kualiti perkhidmatan awam.
Menurut sumber itu lagi, antara perubahan yang dijangka berlaku terhadap Sistem Saraan Malaysia (SSM) ialah kemungkinan membabitkan beberapa perkara seperti struktur gaji; elaun; peningkatan peluang kerjaya dan syarat perkhidmatan. Kali terakhir semakan struktur gaji dan beberapa perkara lain secara menyeluruh membabitkan sistem sektor awam ialah pada 1992, cuma sebelum ini kerajaan beberapa kali mengumumkan pelarasan gaji.
Kita difahamkan Perdana Menteri akan mengumumkan berita baik kepada kakitangan kerajaan pada 7 Oktober ini... sudah tiba masanya untuk kerajaan melakukan satu perubahan drastik secara menyeluruh pada sektor perkhidmatan awam, katanya kepada Berita Harian, semalam.
Sebelum ini, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menjelaskan pelarasan gaji kakitangan awam dilakukan sebanyak enam kali dalam tempoh 15 tahun sejak 1992 hingga 2007, diberikan setiap tiga hingga lima tahun iaitu pada 1992, 1995, 2000, 2002 (dua kali) dan 2007.
Sistem Saraan Baru (SSB) dilaksanakan sejak Januari 1992, sebagai langkah strategik untuk meningkatkan keupayaan perkhidmatan awam sebelum dikaji semula dan digantikan dengan SSM. Dalam pada itu, Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman, berkata semua perkara yang dibangkitkan oleh kesatuan sekerja berkenaan kini sedang dikaji secara terperinci oleh JPA.
Melihat kepada beberapa pengumuman menarik yang dilakukan oleh Perdana Menteri sebelum ini, CUEPACS juga amat yakin bahawa beliau (Najib) akan turut membuat satu kejutan pada 7 Oktober ini, katanya.
(Berita Harian 24 Sept 2011)
23 September 2011
Tak Dikatakan Berniaga Kalau Tak Berhutang ? Setuju atau Tidak
Saya berbual mengenai ekonomi semasa dengan seorang berjawatan penting dalam sebuah syarikat besar. Dalam perbualan tu dia kata, tak sah berniaga kalau tak berhutang.
Katanya, hampir semua syarikat atau individu termasuk yang kaya-kaya juga berhutang. Kalau tak berhutang, tak nama berniaga katanya. Bila saya fikirkan, betul juga. Dalam senarai orang terkaya di negara kita, termasuk yang memiliki aset dan tunai yang banyak juga membuat pinjaman untuk meneruskan perniagaannya.
Jadi, adakah berhutang itu satu kemestian dalam perniagaan ?
22 September 2011
Maut Tertimbus Masa Cari Emas di Mersing
Dalam kejadian di ladang Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Mersing (PKAYM), dekat Kilometer 13 Jalan Endau-Mersing itu, Mohd Shafadrul Afandi Shukor, 24, dari Kampung Hubung, meninggal dunia apabila bahagian dasar lubang lebih lima meter dalam yang dimasuki runtuh.
21 September 2011
Masak Sambal Nasi Lemak
Malam ni, baru sebentar tadi siap masak sambal nasi lemak. Nak cerita ni, sebenarnya samballah yang paling penting dalam hidangan nasi lemak. Sambal tak boleh pedas sangat atau masam atau tawar.
Esok ada orang nak datang raya kat rumah, jadi kenalah masak. Yang lain tu oder luar je le. Rasa macam puas kalau tengok orang makan masakan kita ni. Minggu lepas, ada rombongan marhaban datang rumah saya masak nasi lemak juga. Sampai tak cukup dia punya sambal walaupun dah masak lebih. Dah tu ramai pulak puji, sampai kembang semangkuk juga saya, hehe.
Esok saya nak masak nasi lemak, jadi sambal buat malam ni. Esok tinggal buat nasi saja. Satu lagi, nak masak itik panggang madu. Itu pun kalau ada itik kat Gaint esok.Jadi, tak janjilah ada itik. Okeylah, nak ajar resepi masak sambal nasi lemak malam ni.
Bahan-bahan:
Bawang besar, ikan bilis cili kering, belacan, asam keping, halia, bawang putih, minyak masak, garam dan gula secukup rasa. (Tapi ada satu bahan yang saya tak beritahu kat sini, rahsia).
Cara masak:
Kisar cili kering bersama belacan, bawang putih dan halia. Bawang besar potong nipis-nipis dan bawang tak payah kisar.
Lepas tu goreng ikan bilis tak garing sangat, lepas tu angkat taruk tepi. Kemudian masak sambal dalam kuali dan masukkan bawang besar yang dah dipotong tadi. Bawang lagi banyak lagi bagus.
Lepas tu masukkan bahan rahsia tadi. Tambah minyak lagi dan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masuk asam keping dan buangkan semula asam ni sebelum hidangkan. Kemudian masukkan ikan bilis bila dah nak masak. Siaplah sambal.
Masak nasi lemak mudah saja. Masak macam nasi biasa tapi letakkan santan, santan segera pun boleh. Lepas tu taruk minyak dan garam. Nak lagi sedap, kukuskan, iaitu bila dah masak dalam periuk letrik, letakkan dalam kukus dalam 5-10 minit.
Kemudian siap untuk dimakan. Lagi satu, taruk timun tapi kalau hidangan hari raya dah banyak benda, timun dah tak wajib. Bahan rahsia tu bukanlah rahsia sangat tapi kalau tak taruk pun mungkin dah okey.
Cara Buat Teh Tarik
Cara Masak Nasi Ayam
Masak Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kansah,klik sini
Cara Buat Teh Tarik
Cara Masak Nasi Ayam
Masak Nasi Arab Mandy, Maqluba dan Kansah,klik sini
Janganlah Suka Bandingkan Suami Baru Dengan Arwah Suami
Tak bahagialah rumahtangga kalau isteri selalu bandingkan suami baru dengan bekas suaminya yang dah masuk ke alam kubur. Tak akan ada manusia yang sama dari segi perangainya, perasaan, kerenah dan lain-lain. Begitulah cabaran bekas ibu tunggal 40-an yang dapat jodoh dengan suami baru, duda 40-an.
Yerlah, mungkin suami lama lebih warak, penyayang dan baik hati, suami baru belum tentu. Jadi janganlah sikit-sikit nak bandingkan dengan bekas suaminya dulu. Bukan saja ditunjukkan dengan reaksi dan lengguk badan tapi kekadang mulutnya keluar perkataan seperti itu. Manalah hati suami tak sakit hati dengar perkataan macam tu. Kartun wonderpets pun boleh marah kalau macam ni.
Nak Nikah Tapi Bakal Isteri Belum Sabit Cerai
Macam manalah seorang duda 40-an nak nikah dengan seorang perempuan 30-an dikatakan janda, sedangkan perempuan tu belum disahkan cerai lagi. Mahkamah belum buat keputusan cerai antara wanita ini dengan suami dia.
Jadi, nasihat saya dalam kes ni, kenalah tunggu perempuan tu betul-betul cerai dan nikah tidak sah dengan isteri orang.
20 September 2011
Mat Sabu Akan didakwa Esok ?
Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok mengikut Seksyen 505, Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam berhubung kenyataannya kontroversinya mengenai Mat Indera Ogos lalu.
Peguam Hanipa Maidin dilaporkan sebuah portal berita hari ini bahawa perkara itu sudah dimaklumkan pihak polis kepada anak guamnya itu.
Peguam Hanipa Maidin dilaporkan sebuah portal berita hari ini bahawa perkara itu sudah dimaklumkan pihak polis kepada anak guamnya itu.
19 September 2011
Betul Ke Bateri Kereta Jenis Berjenama atau Palsu ?
Satu hari tu saya lalu di depan sebuah kedai jual bateri kereta. Saya nampak pekerja tu sedang punggah bateri kereta dari lori, masuk ke dalam kedai. Jumlahnya bukan sikit tapi banyak. Yang saya hairan, bateri tu bateri baru tapi tak ada cop atau sticker jenama bateri tu. Kenapa tidak ada sticker ?
Hari ni kawan saya beli bateri kereta kat kedai tu, dia beli bateri jenama terkenal dengan harga sama mahal dengan jenama terkenal tu. Baru saya perasan yang bateri tu cuma ditampal sticker saja, tidak ada cop atau tulisan jenama tu di tempat lain kat bateri tu.
.
.
Bateri Original atau Palsu ?
Timbul persoalan pada saya... adakah bateri tu betul original atau palsu. Untuk buat sticker dan ditampal di kiri dan kanan bateri tu bukan susah. Bukan saya nak reka cerita sebarangan tapi ragu-ragu juga sebab saya sendiri tengok bateri tu tak ada tulisan masa punggah dari lori tu. Lagi satu, sekarang kedai sanggup beli bateri lama kita dengan harga RM 10-20 walaupun yang sudah rosak. Kita tak tahulah, adakah bateri tu boleh dikitar semula dan dijual seperti baru, entahlah.
Timbul persoalan pada saya... adakah bateri tu betul original atau palsu. Untuk buat sticker dan ditampal di kiri dan kanan bateri tu bukan susah. Bukan saya nak reka cerita sebarangan tapi ragu-ragu juga sebab saya sendiri tengok bateri tu tak ada tulisan masa punggah dari lori tu. Lagi satu, sekarang kedai sanggup beli bateri lama kita dengan harga RM 10-20 walaupun yang sudah rosak. Kita tak tahulah, adakah bateri tu boleh dikitar semula dan dijual seperti baru, entahlah.
Jadi, saya harap pihak berkuasa kalau boleh buatlah pemeriksaan di kedai jual bateri. Bukan kedai itu saja tapi di kedai-kedai lain yang jual bateri untuk mengelakkan pengguna tertipu. Ini juga untuk menjaga kepentingan syarikat pengeluar bateri yang original tu juga.
18 September 2011
"Aku Sempat Lari Serbuan Pencegah Maksiat"
Tadi saya ke sebuah kedai beli barang sikit. Bawak kereta Kelisa, kawan saya kasi saya pakai 5 hari sebab dia balik kampung naik bas. Kat luar kedai tu ada warung dan ada 3 lelaki sedang rancak berbual. Saya pasang telinga bila dia orang berbual pasal nombor ekor. Saya cuba dengar betul-betul perbualan tu.
"Tau tak itu hari.... aku sempat lari dari pencegah maksiat kat kedai nombor tu. Aku masuk jer rupanya pencegah maksiat tengah buat operasi. Aku sempat lari menyorok kat kedai dua ringgit sebelah tu. Nasib baik dia tengah sibuk tangkap orang lain". Kata lelaki tu, lebih kurang begitu.
Tak lama lepas tu saya keluar dari kedai tu. Tiga orang lelaki tu tengok jer saya dan tak tak cakap kuat macam tadi. Entah dia kenal ker tidak saya, entahlah. Tapi saya tak kenal dia orang.
Alasan Pegi Johor Bahru Sebab Nak Tengok Kebun Sawit ?
Seorang suami selalu pegi JB. Dia kata pada isteri dia, nak tengok kebun sawit dia. Hairan..... Bukan sekali, banyak kali pulak tu. Masa bila ada kebun sawit ? Kat bandar JB pulak tu.
...BERSAMBUNG EPISOD 2
Serangan Bom di Golok, Narathiwat, Thailand
Polis Thai menyiasat bangkai kenderaan yang dipercayai dipasang bom dalam serangan di pekan Golok, Narathiwat semalam. Empat rakyat Malaysia termasuk seorang kanak-kanak antara lima yang maut apabila tiga butir bom meletup di kawasan hiburan di Jalan Charoen Khet.
Letupan turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.
Letupan turut mencederakan kira-kira 60 orang lain termasuk 19 rakyat Malaysia manakala dua rakyat negara ini dilaporkan dalam keadaan parah dan dirawat di Hospital Yala.
16 September 2011
Kawan Saya Masuk Pelaburan Emas, Tapi Tak Untung ? (Episod 4)
Tiga hari lepas ada seorang telefon saya mengenai pelaburan, iaitu nak tanya pandangan saya mengenai pelaburan apa yang menguntungkan sekarang. Kawan saya ini sudah bersara dan ikut kiraan kasar saya, dia banyak wang. Dia mempelbagaikan pelaburannya dan bukan satu sahaja. Dia ada masuk bursa saham, tabung haji, ASB, rumah sewa, kebun sawit, rumah sewa dan lain-lain yang mungkin bukan semuanya saya tahu. Dia juga ada kerja sambilan selepas pencen yang pendapatannya banyak juga.
Pelaburan Emas
Kawan saya ni cerita, dia sudah masuk pelaburan emas tapi belum mendapat keuntungan dan dengan kata lain, kena tunggu masa yang sesuai untuk mendapat keuntungan. Okey, pada saya, kalau tak untung itu maknanya tak untunglah. Nak tunggu bila, kalau kita tunggu pun manalah tahu sama ada untung atau rugi lepas ni.
Sebenarnya sebelum kawan saya ni masuk pelaburan ini, dia ada tanya saya dan saya beri nasihat yang seimbang. Tak lah saya kata suruh masuk dan tak juga kata jangan masuk. Manalah tahu kalau saya kata jangan masuk, lepas tu naik, saya juga ada dipersalahkan. Kalau suruh masuk tapi tak untung, nanti, bermasam muka juga. Selepas saya cerita pada dia, saya tak tahu, bila masa dia beli. Perbualan telefon tu saya tak tanya pun tarikh dia beli. Berapa ribu ringgit yang dia masuk pun saya tak tanya tapi yang saya agak, mungkin puluhan ribu.
Pendapat Saya
Dalam 3-4 bulan dahulu, kawan saya ini ada tanya saya, adakah elok melabur dalam pelaburan emas. Dia cadang nak melabur di sebuah bank yang menawarkan pelaburan emas. Saya jawab soalan itu spontan, bahawa pelaburan emas ini perlu berhati-hati. Iaitu ada masa untung, ada masa rugi.
Waktu itu harga emas sudah tinggi (saya lupa harga dia waktu itu) dan adakah selepas kita beli, akan lagi tinggi atau turun ? Yer le, kalau naik, kita untung, kalau turun kita rugi. Janganlah cakap belit-belit, kata lepas ni akan naik. Tak payah akan-akan, kita cakap yang sekarang.
Jadi beli saham emas ini adalah satu yang tidak pasti. Kebarangkalian kita untung atau rugi itu tetap ada. Tidak betullah kalau orang kata beli saham emas ini semuanya untung. Kita jangan terpengaruh dengan cakap-cakap orang, sebab yang banyak cakap dalam bab ini kebanyakannya orang yang ada kepentingan. Nanti kalau kita rugi, orang tu tak bertanggungjawab pun.
Okey, kita tengok harga emas tahun-tahun yang lalu. Adakah semuanya naik ? Tak ada turunkah ? Saya buka satu buku yang ditulis seorang penulis terkenal, tajuknya tak perlulah saya cerita.
Tahun 1979 : US 750
Tahun 1981 : US 300
Tahun 2005 : US 500
Hari ini : US 1,780
Okey, katakan kalau kita beli emas tahun 1979 puluhan ribu ringgit. Masuk tahun 1981, nak nikah perlukan duit, kena jual saham emas itu, maka kita kan rugi besar dan dapat duit kurang dari separuh. Begitulah seterusnya..... Tapi kalau beli tahun 2005 dan jual hari ini, maka akan dapat untung besar.
Sejarah Adalah Sejarah
Tahun 1979, 1981, 2005 adalah sejarah kalau nak dibandingkan dengan hari ini. Sejarah adalah sejarah yang angkanya tidak boleh kita pesongkan. Tapi apa yang berlaku selepas ini, semua kita tak tahu. Yang mampu kita buat adalah meramalkan saja. Untuk menyedapkan hati, ramai yang meramalkan harga emas akan terus naik, betul ker ? Sekarang tahun 2011, tahun 2012 bagaimana ? 2013 bagaimana ?
Emas adalah komoditi macam bijih timah, minyak, besi, getah, sawit, koko, soya dan lain-lain. Semuanya ada turun naik. Kita tengok bijih timah, dulu tahun 40-50-an harganya cukup tinggi, sekarang apa jadi ? Kita boleh tengok dalam buku sejarah saja kegiatan melombong guna pam dan kapal korek, sekarang dah tak ada. Begitu juga dengan harga minyak dunia. Dulu tahun 2007 naik begitu tinggi, sekarang dah tak tinggi sangat. Dulu masa harga minyak begitu tinggi, kita rasa macam harga minyak tak akan turun tapi turun juga. Jadi berhati-hati dalam pelaburan emas, jangan ghairah.
...Bersambung ke Episod 5
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/harga-emas-jatuh-mendadak-susut-20.html
CERITA PALING POPULAR:
Cerita Paling Popular di Blog Ini : 'Sudah Nasibku Mat Burger'
...Bersambung ke Episod 5
http://kadikluang.blogspot.com/2011/09/harga-emas-jatuh-mendadak-susut-20.html
CERITA PALING POPULAR:
Cerita Paling Popular di Blog Ini : 'Sudah Nasibku Mat Burger'
Nikah Hanya 17 Hari, Isteri Tuntut Cerai
Lelaki duda 40-an, ada anak, nikah dengan janda 30-an, juga ada anak. Hanya selepas 17 hari bernikah, isteri keluar dari rumah seterusnya datang ke pejabat agama untuk menuntut cerai.
Ikut kata isteri, suami banyak mengongkongnya sehingga tidak dibenarkan keluar dari rumah. Menurut kata suami pula, isteri degil dan tak mahu dengar nasihat suami. Tak apalah, sebenarnya, ini bukan masanya hendak tentukan sapa betul dan sapa salah. Nampaknya kedua-duanya rasa dia betul dan tidak mahu bertolak ansur seterusnya memperbaiki keadaan. Walaupun sudah dinasihatkan, isteri tetap mahu meneruskan tuntutan cerainya di mahkamah syariah.
Pam Tayar Rosak, Alahai Stesen Minyak
Tadi saya jalan-jalan jauh juga, tengok meter lebih 300 km, banyak daerah yang saya lalu bawak Peugeot 405. Sampai di satu stesen minyak yang besar, nak pam tayar. Tapi, pam rosak rupanya, bukan satu, dua sekali rosak. Kan elok masa satu rosak, repair satu, satu lagi boleh pakai. Janganlah tunggu sampai dua-dua rosak.
Pam Tayar Dah Okey Dah...
Pam Tayar Dah Okey Dah...
Senarai Hotel Yang Selamat Dari Serbuan Pencegah Maksiat ?
Saya nak dedahkan beberapa rahsia. Antaranya, bagaimana orang boleh masuk blog saya secara tak sengaja. Lepas bertentang mata, cinta bertaut dan terus jadi peminat blog saya, terima kasih. Alamat baru blog saya sekarang adalah www.ustazkhalil.blogspot.com
Antaranya, orang masuk apa-apa carian dan taip apa yang nak ditulis. Dan beberapa perkataan yang ditaip itu akan memaparkan blog saya. Kalau nak cuba, sila masuk carian google dan taip perkataan seperti 'Kereta Lelong', "Lelong Rumah", "Mat Burger", "Nasi Ayam Special" dan lain-lain yang akan mempromosikan blog saya secara tak sengaja. Sebagai pengendali blog, saya dapat kesan semua ini.
Ini bermakna, mereka menaip perkataan itu sebab ada tujuan masing-masing. Tetapi saya nak cerita, yang ramai juga masuk carian internet untuk taip perkataan seperti "Senarai Hotel Tidak Diserbu Pencegah Maksiat". Kalau taip perkataan itu, blog saya sedang dipromosikan. Sebenarnya, tidak ada pun saya cerita hotel yang tidak diserbu atau diserbu. Itu semua manalah ada jawapannya di internet.
Jadi, untuk menjawab soalan ini, saya nak senaraikanlah hotel yang tak diserbu pencegah maksiat atau selamat dari pemeriksaan. Saksikan sendiri gambar hotel ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.....Hotel inilah saja yang selamat dari serbuan pencegah maksiat, hahaha.
.
.
.
Tapi tunggu dulu. Ada satu kisah kes khalwat kena tangkap dalam reban ayam, masa saya jadi pendakwa syarie dulu. KLIK SINI
15 September 2011
Gambar Lebuhraya Utara-Selatan Dekat Kulai Dinaiki Air
Selasa, jam 6.23 petang di lebuhraya Utara-Selatan di kawasan Kulai, tak berapa jauh dengan kawasan rehat Kulai dinaiki air. Kereta pandu sendiri dari JB nak balik Kluang. Waktu itu hujan lebat dan tiba di kawasan tu, jalan jem. Saya potong ikut kiri beberapa kenderaan termasuk lori di lorong kecemasan. Tapi di hujung tu, ada polis trafik beri isyarat tangan dan saya masuk ke kanan semula.
Rupanya air naik melimpah di jalanraya. Belum pernah saya jumpa sebelum ini lebuhraya di kawasan itu dinaiki air. Sempat saya ambil gambar.
Kereta Rosak, Naik Nombor Ekor Nombor Satu ?
Seorang lelaki 50-an, keretanya rosak dan masuk bengkel di Simpang Renggam, Kluang. Masa kereta sedang dibaiki, dia jalan kaki ke kedai nombor ekor tak jauh dari situ. Dia nak beli nombor keretanya, katanya mungkin boleh naik nombor tu nombor satu.
Sedang dia beratur, dia sedar penguatkuasa Jabatan Agama Kluang sedang buat operasi. Dia cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap. Dia kata dia tak beli dan dia tak salah. Penguatkuasa pula kata, dia bukan salah kerena membeli kerana belum beli tapi kesalahan kerana berada di kedai judi. Dia ditangkap dan dibawa ke balai polis Simpang Renggam.
Lepas itu timbullah cerita dia nak beli nombor keretanya. Dia juga minta penguatkuasa bersimpati supaya tidak didakwa atau didenda kerana duit yang dia ada adalah untuk bayaran repair kereta dia.
14 September 2011
Jangan Sebar SMS Tak Betul Pasal Isu Tak Halal di Sebuah Kilang Makanan
Hari ini saya menerima beberapa sms yang menyatakan pihak berkuasa telah membuat pemeriksaan di sebuah kilang makanan. Kata sms berkenaan, terdapat campuran arak di dalam makanan berkenaan iaitu isu berkaitan halal haram.
Saya nasihatkan kepada semua... kepada sesiapa yang menerima sms ini, sila abaikan dan jangan menyebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita palsu adalah satu kesalahan dan boleh diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perbuatan tidak bertanggungjawab ini hendaklah dihentikan segera supaya orang ramai tidak keliru.
Hasil semakan saya terhadap berita berkenaan adalah palsu dan tidak benar sama sekali. Manakala nama pegawai yang dimaksudkan dalam sms berkenaan juga tidak wujud.
Hari Ini: Mat Sabu Saman Utusan, UMNO Selangor Saman Mustafa Ali
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera. Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.
Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua. Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat. Indera sebagai komunis.
.
Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua. Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat. Indera sebagai komunis.
.
UMNO Selangor Saman Setiausaha Agong PAS
Umno Selangor pula hari ini, memfailkan saman terhadap setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan lima lagi responden berhubung dakwaannya Umno menjadi dalang serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bulan lalu.
Saman itu menuntut pampasan RM10 juta dari setiap responden berhubung kenyataan Mustafa itu yang disiarkan oleh akhar rasmi PAS - Harakah - serta menuntut pemohonan maaf untuk disiarkan dalam akhbar berkenaan.
Dua Tahun Berlalu, Blog Saya Genap Dua Tahun Hari Ini
Alhamdulillah, hari ini 14 Sept 2011, genap kelahiran blog saya dua tahun. Mengimbas kembali kenangan dua tahun lalu, blog ini dibina secara tidak sengaja. Iaitu pada 14 Sept 2009, saya menghadiri kursus komputer anjuran jabatan saya di Larkin, Johor Bahru, waktu itu pada bulan Ramadhan. Dalam kursus itu diajar cara buat blog secara ringkas. Saya cuba daftarkan blog saya kemudian mendapat tunjuk ajar dari kawan-kawan.
Rupanya bukanlah susah sangat hendak buat blog sendiri. Betul tidak susah tapi yang orang rasa susahnya adalah apakah idea untuk dimuatkan dalam blog tersebut setiap hari. Saya lihat blog yang ramai pengunjung adalah yang update setiap hari dan membawa cerita yang menarik. Sebelum itu, saya minat membaca blog seperti blog peribadi Mazidul Akmal Sidek, Ondscene.my dan Tun Dr Mahadhir. Mereka mempunyai pengalaman dan daya penarik sendiri untuk menarik minat pembaca.
Lantas saya rasa, saya tidak kurang pengalaman yang saya lalui yang saya rasa boleh dikongsi dalam dunia penulisan. Pengalaman saya sebagai penguatkuasa Jabatan Agama yang agak lama membuatkan saya memiliki sesuatu yang orang lain tidak miliki. Begitu juga pengalaman saya sebagai dalam pelbagai bahagian di jabatan saya seperti pendakwa syarie, dakwah, penyelidikan dan sekarang sebagai kadi.
Alhamdulillah, hari ini genap 2 tahun, blog saya sudah dibaca lebih 811,489 kali. Saya boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana bukan mudah untuk mencapai ke tahap ini. Kerana kekadang kita lihat ada blog yang lebih lama lagi, belum tentu mencapai 6 angka. Saya juga sudah mencapai 947 rakan Google saya, satu angka yang agak besar juga.
Sepanjang 2 tahun ini, rupanya saya sudah menulis 1582 artikel, jumlah yang tinggi juga. Bila diimbas kembali, sebenarnya saya pun tidak menyangkaMengenai artikel ini, saya menulis mengikut kesempatan masa. Sesetengah artikel tidaklah memerlukan masa yang lama. Antara artikel popular adalah novel Sudah Nasibku Mat Burger.
Ramai bertanya, bilakan saya akan menghabiskan cerita ini. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana berkait dengan masa dan kemahuan saya sendiri. Satu yang mengejutkan saya mengenai novel ini adalah, ada kawan saya beritahu, blog ini sudah dicopy dalam pdf dalam blog orang lain baru-baru ini. Saya bimbang dengan niat dan tujuan orang ini iaitu bimbang kalau dia mengambil kesempatan dengan hasil tulisan saya ini. Tapi sesiapa pun tidak boleh berbuat demikian kerana cerita ini belum tamat.
Ramai bertanya, bilakan saya akan menghabiskan cerita ini. Saya pun tidak boleh jawab soalan ini kerana berkait dengan masa dan kemahuan saya sendiri. Satu yang mengejutkan saya mengenai novel ini adalah, ada kawan saya beritahu, blog ini sudah dicopy dalam pdf dalam blog orang lain baru-baru ini. Saya bimbang dengan niat dan tujuan orang ini iaitu bimbang kalau dia mengambil kesempatan dengan hasil tulisan saya ini. Tapi sesiapa pun tidak boleh berbuat demikian kerana cerita ini belum tamat.
Beberapa kali juga saya bercadang untuk menerbitkan buku novel ini. Tapi banyak kali saya membatalkan hasrat ini kerana memikirkan banyak perkara. Jadi, isu cetak rompak hasil tulisan saya ini, mungkin saya bertekad untuk membukukan saja novel ini tanpa menghabiskan tulisan di internet, itu mungkin saja. Cuma hingga sekarang, belum ada keputusan muktamat.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yang telah memberikan sokongan kepada saya selama ini. Mohon maaf kalau ada tulisan saya yang mengguris hati dan perasan pembaca. Teruskanlah membaca blog saya.
12 September 2011
Tak Guna Umur Sudah Tua, Mahu Kawin Perempuan Muda
Petang semalam, Ahad, saya datang ke sebuah kedai, nak beli satu barang. Nampak macam tutup kedai tu tapi buka juga satu pintu. Dalam kedai tu ada seorang saja iaitu tauke kedai tu, lelaki bangsa Cina dah tua.
"Tauke, you punya kedai buka juga ker petang Ahad ?" tanya saya.
"Gua biasa buka pagi saja tapi petang ramai Bangla mari, kena buka juga". Kata tauke tu.
Bila dah selesai beli barang tu dan bayar duit, saya tanya lagi tauke tu.
"Tauke, you umur berapa sekarang ?" Tanya saja, saja nak tahu. Dalam hati saya, umur dia mungkin dah 60.
"Saya sekarang umur 77". Kata lelaki tu.
"Tauke, 77 nampak sihat saja". Kata saya.
"Sudah tua, adalah sakit sikit-sikit". Kata lelaki tu.
Kemudian tiba-tiba saya terlintas nak cerita pada dia satu kisah.
"Tauke, saya punya kawan umur 70 tahun lebih, kawin perempuan 20 tahun lebih. Lepas dia kawin, dia nampak lagi muda" Kata saya.
"Aiyaaa.. umur sudah tua, tak ada guna punya kawin perempuan muda". Kata dia sambil mengelengkan kepala.
"Apa pasal tak guna tauke ?" Tanya saya, saja-saja nak tanya.
"Umur sudah tua, badan sudah tak kuat, mahu layan perempuan muda mana boleh tahan.". Kata lelaki tu.
"Itu macam ker tauke". Kata saya.
"Betul lah, saya ada satu kawan Melayu, dulu pencen itu pejabat XXX. Sudah tua tapi mahu kawin perempuan muda. Gua cakap sama dia jangan kawin perempuan muda tapi dia mahu kawin juga". Kata dia.
"Tauke, biasalah lelaki mesti mahu cari perempuan muda, takkan mahu cari perempuan tua sama umur dia". Kata saya.
"You tahu ker, kawan saya tu makan ubat mahu kasi kuat sampai mati sakit jantung". Kata dia lelaki.
"Wah... itu viagra ker ?" Tanya saja.
"Yer la, badan tak kuat, mahu paksa-paksa mana boleh tahan" Kata lelaki tu.
09 September 2011
Bapa dan Abang Isteri Jadi Punca Cerai, Bila Bapa Mati, Nak Nikah Semula
Empat tahun lepas, suami 40-an dan isteri 40-an bercerai. Menurut ceritanya, punca cerai adalah masalah perniagaan dan hutang antara suami dan abang isteri, abang iparlah. Suami dan abang iparnya ada sama-sama berniaga dan keluar modal sama-sama. Mulanya perniagaan mereka maju. Tapi rezeki tidak menyebelahi mereka, perniagaan mereka lingkup akhirnya.
Lepas itu, jadi perbalahan antara suami dan abang ipar. Abang ipar menuntut suami melunaskan hutang sedangkan suami tidak mengakui itu sebagai hutang tetapi menganggapnya sebagai kerugian yang perlu ditanggung sama. Suami kata, dia sudah banyak mengeluarkan modal bersama sehingga lansung tiada duit simpanan. Suami juga kena disenaraihitam oleh bank dan keretanya kena tarik kerana kerugian itu. Dalam keadaan itu pun, abang iparnya sentiasa menuntut hutang.
Lebih dari itu, abang ipar dan bapa mertuanya meminta isterinya menuntut cerai. Isterinya telah keluar dari rumah dengan mengambil semua barang miliknya dan balik ke kampung. Beberapa bulan selepas itu, suami mengambil keputusan menceraikan isteri talak satu kerana pelbagai masalah. Bagaimanapun, dua anaknya yang sudah sekolah menengah waktu itu menyebelahi bapa dan ingin terus hidup bersama bapanya.
Suami terpaksa menempuh hidup baru, bekerja sebagai pengawal keselamatan dan jurujual sambilan untuk meneruskan hidup terutama belanja sekolah dan makan minum anaknya. Selepas empat tahun berlalu, suami masih ingatkan bekas isterinya dan bersedia memaafkan isteri dan keluarga isteri dan ingin bernikah semula. Anak-anaknya menyokong. Bapa perempuan dulu begitu keras dan menjadi punca percerian sudah meninggal dunia tahun lepas. Manakala abang perempuan yang dulu sering menuntut hutang, sudah berdiam diri dan tidak menyebut lagi pasal hutang.
Harga Lebih : Prepaid kad RM 10.00, Kena Bayar RM 10.60
Cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus akan dikenakan bagi pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi, berkuat- kuasa 15 September ini. Dengan cukai tersebut, pelanggan yang membeli kad prabayar bernilai RM10 perlu membayar RM10.60.
08 September 2011
Cincin Pengantin Beli Bulan Puasa, Lepas Raya Dah Tak Muat ?
Bab cincin ni saya kekadang rasa cemas. Tiap kali tengok orang sarung cincin lepas nikah, kalau yang macam tak muat sikit, saya pasti tegur. Bukan apa, tahu betapa sengsaranya kalau cincin tu tak boleh cabut, boleh sampai masuh hospital.
Seorang ni, beli cincin bulan puasa baru ni masa badan slim sikit. Nikah lepas raya, makan mesti banyak. Jadi sarung cincin tu macam tak berapa muat sangat. Tapi disebabkan ada jurukamera, disarungkan juga. Tapi nasib baiklah tak berlaku perkara tidak diingini.
"Bila Masa Yang Sesuai Saya Nak Beritahu Isteri, Saya Dah Nikah Lagi Satu" (Episod 2)
Bukan senang nak jawab soalan ni. Pertama, terpaku dengan soalan ni. Kedua, tak tahu nak jawab macam mana. Mungkin hanya orang yang dah ada pengalaman saja yang boleh jawab soalan ni.
Lelaki ni umur awal 40-an, isteri dia lewat 30-an. Nikah dah lebih 10 tahun dan ada anak 4 atau 5 orang. Dua-dua kerja kerajaan. Yang kita nampak, hidup dia bahagia saja bersama isteri dan anak-anak.
"Dah jodoh saya ustaz..." Itu kata lelaki ni.
Yer, soalan bila nak beritahu isteri pertama dia tu memang saya tak boleh nak jawab dan takut kalau tersalah jawab. Jadi janganlah jawab apa-apa. Manalah tahu, kalau jawab tak betul dan rumahtangga dia makin kecoh, kan kita juga sebagai penasihat yang akan dipersalahkan. Lagipun bukan ada persen jadi penasihat macam cerita P.Ramle tu.
Tapi, saya rasalah.... ada pembaca blog saya ni yang ada pengalaman terlebih. Pengalaman boleh dapat di mana-mana dan tak semestinya yang beri pandangan itu orang yang mengalami pengalaman itu. Mungkin dia ada kawan-kawan yang ada pengalaman sebegini atau dia suka tengok cerita Madu Tiga.
06 September 2011
Ceraikan Isteri, Pasal Bersolek Lama Sangat
Lelaki umur 20 dan perempuan umur 20, sudah nikah hampir 2 tahun dan ada anak seorang yang masik kecil. Kiranya mereka ini pasangan kawin mudalah kiranya. Lelaki kerja di sebuah kilang manakala isteri sebagai jurujual di sebuah pasaraya.
Pada hari raya baru ni mereka nak keluar beraya rumah sedara mara. Seperti biasa, isteri bersolek lama sikit dalam bilik, manakala suami tunggu anak kat ruang tamu. Hari raya ni kenalah lawa-lawa nak pergi beraya, soleh kenalah ala-ala artis sikit. Suami pula marahkah isteri sebab lambat sangat. Kemudian melarat dan jadi bertekak dan pertengkaran besar pulak.
Akhirnya masa tengan jawab menjawab beberapa das tu, suami melafazkan talak satu pada isteri, lebih kurang begini lafaznya.
"Aku ceraikan kau talak satu". Kata suami dan didengar dengan jelas oleh isteri.
Mereka berdua faham yang talak sudah jatuh dan isteri balik rumah mak ayah dia. Lepas habis raya dan pejabat kadi buka, mereka berdua datang ke pejabat untuk rujuk semula. Kedua-duanya nampak macam insaf dan menyesal serta tak menyangka perkara ini boleh berlaku.
"Bila Masa Yang Sesuai Saya Nak Beritahu Isteri, Saya Sudah Nikah Lagi Satu ?"
"Janjinya hari raya baru ni nak beritahu isteri, sudah nikah lagi satu.... Kiranya itu masa yang paling sesuailah, sebab tahun ni raya rumah isteri dan isteri pun dapat hadiah yang special juga. Jadi masa tengah-tengah gembira sambut raya tu, itulah masanya yang sesuai untuk ceritakan segalanya.
Nak berahsia lama-lama pun macam tak patut juga, maka kenalah berterus terang saja....Bernikah sudah nak genap setahun tapi sorok-sorok, macam orang nak buat maksiat pulak, padahal dia dah nikah cara sah. Lama kelamaan nanti kena berterus terang juga pada isteri pertama. Lagi satu, kalau tak berterus terang, atau berterus terang tak kena tempat, nanti pasti huru hara jadinya.
Dah fikir juga, kalau nak gaduh ker, nak meletus gunung berapi ker, empangan Sembrong pecah ker, terpaksa terima sajalah. Benda dah terjadi, isteri kena terimalah yang dia sudah dapat madu free. Bukan aper, nak selamatkan janda... kalau bukan dia yang selamatkan, siapalah nak selamatkan.
Tapi, tunggu punya tunggu, mulut tak tercakap walaupun dah siapkan skrip dari awal. Mulut macam rasa terkunci pulak. Tiap kali nak cakap, terbayang lesung batu kat dapur yang kalau dia kena baling, boleh bocor kepala dia....."
Tapi, tunggu punya tunggu, mulut tak tercakap walaupun dah siapkan skrip dari awal. Mulut macam rasa terkunci pulak. Tiap kali nak cakap, terbayang lesung batu kat dapur yang kalau dia kena baling, boleh bocor kepala dia....."
....BERSAMBUNG KE EPISOD 2
(kepada yang tak hingin dimadu, jangan baca episod 2, hehehe...)Episod 2, klik sini
05 September 2011
Mak Bising, Anak Teruna Nak Nikah Janda Anak Empat
Lelaki bujang awal 30-an merancang nak nikah dengan janda 30-an yang kematian suami, anak empat. Mereka berkenalan sudah setahun dan merancang untuk bernikah. Bagaimanapun, cuti hari raya baru ni, rumahnya di kampung menerima janda dan anak-anaknya sebagai tetamu pada hari ketiga raya. Dapat juga berkenalan dengan emak dan keluarganya, bapa lelaki sudah meninggal dunia.
Lepas tetamu tu balik, anak menyatakan hasrat untuk bernikah dengan janda itu. Emaknya terkejut dan macam kena histeria walaupun tak bertukar suara jadi nenek kebayan. Maknanya emak dia halang sebab nak kawin dengan janda sedangkan ramai lagi anak dara lain, kata emaknya. Adik beradik lain senyap saja, mungkin ambil sikap tunggu dan lihat saja dulu.
Bagaimanapun, anaknya bersabar menghadapi tentangan ini dan meneruskan hasrat bernikah juga tak lama lagi kalau ada jodoh.
04 September 2011
Syarikat MLM Malaysia Tipu Rakyat India
NEW DELHI 4 Sept. - Beribu-ribu pelabur kebanyakannya petani dan peniaga kecilan di kawasan luar bandar negeri Manipur yang terpencil di India mendakwa sebuah syarikat jualan langsung (MLM) Malaysia telah menipu wang simpanan mereka.
Lebih 70,000 pelabur dari negeri Manipur yang terletak di bahagian timur laut India menjadi mangsa penipuan bercorak piramid itu yang melibatkan wang berjuta-juta ringgit. Syarikat sendirian berhad berkenaan didaftarkan pada tahun 2007 dengan jenis perniagaan diterangkan sebagai sebuah firma perdagangan am dan pelaburan.
"Sebahagian besar pelabur tergolong daripada orang miskin, ahli politik dan kakitangan pejabat juga ada yang membuat pelaburan dalam skim-skim yang dikendalikan oleh syarikat Malaysia berkenaan.
"Ramai yang telah menjual harta, tanah dan melaburkan simpanan mereka,” kata Brojen Sinam, yang menjadi presiden United Investors Trust, sebuah badan yang ditubuhkan bagi menguruskan aduan daripada pelabur yang menjadi mangsa. - Bernama
03 September 2011
Wartawan Malaysia ditembak Mati di Somalia
Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, mati akibat terkena tembakan peluru sesat semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di Mogadishu, Somalia, petang semalam waktu tempatan.Manakala wartawan TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru, menurut wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang membuat liputan langsung di Astro malam tadi.
02 September 2011
Tong Gas dijadikan Tabung Duit
Di sebuah masjid di sebuah negeri yang saya pergi, saya nampak tabung duit dia diperbuat dari tong gas. Bila saya tengok, rupanya tong gas betul, warna kuning. Saya taklah pergi dekat dan tak nampak macam mana ditebuk lubang, sebab masa tu ada orang.
Tong tu pulak diikat dengan rantai kat tiang untuk mengelak kecurian. Gambar atas tu gambar hiasan, tak sempat pulak nak ambil gambar. Tapi saiz dia saiz tong itulah. Terfikir juga saya, macammana nak ambil duit tu nanti, kena tonggengkan ker atau kena korek ker, entahlah...
Dari Kelantan ke Kuantan, Lebuhraya Pantai Timur
Ramai orang tak tahu, lebuhraya Pantai Timur Kuantan ke Jertih dah boleh lalu separuh. Semalam saya ke Pasir Mas, Tumpat dan Kota Bharu, nampak jalan di sana sesak dengan kereta terutama berhampiran dengan bandar Kota Bharu.
Jimatkan Masa, Tol Free
Okey, kalau dari Kota Bharu melalui Jertih, jumpa simpang ke Kuala Berang, jalan Kuala Ping, jangan belok ke jalan tersebut. Terus sana dalam 10 km lagi, di Kampung Gemuruh, 22km sebelum Kuala Terengganu, situ masuk ke lebuhraya, ada papan tanda. Jalan tu akan sampai ke Bukit Payung dalam 10 minit saja.
Nanti jumpa simpang empat, kiri ke Kuala Terengganu, terus ke Marang, kanan ke Ajil dan Kuala Berang dan Kuantan. Belok kanan dan akan melalui jalan yang baik juga. Dalam 10 minit akan jumpa Ajil dan belok ke lebuhraya, menuju ke Bukit Besi dalam 40km. Keluar dari Bukit Besi, terus ke jalan Jabor, sejam lebih saja boleh sampai Kuantan.
Dari Kuantan Bagaimana ?
Dari Kuantan ikut Jalan Jabor-Jerangau sampai jumpa simpang tiga satu ke Kuala Berang dan Dungun. Di Bukit Besi tu, jangan belok ke kiri ke Kuala Berang tapi ambil jalan kanan ke Dungun. Dalam 1 km akan jumpa lebuhraya Bukit Besi-Ajil.
Jalan yang saya cerita ni jimat lebih kurang 2 jam terutama masa kereta banyak. Jangan risau, tol free dan boleh bawak laju. Jangan lupa, tuang minyak secukupnya dan pergi toilet dulu, sana tak ada toilet. Nak beritahu juga, guna GPS belum tentu boleh dapat jalan baru ni, kecuali yang baru saja update peta jalan terbaru. Orang kampung macam saya, beli GPS dah setahun lebih, tak update dah lepas tu.
Langgan:
Catatan (Atom)