Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

30 Mac 2012

Anak-anak Tak Kisah Bapa Kawin Dua, Siap Sokong Lagi

Lelaki 50-an, kerja swasta, 50-an bernikah isteri kedua, janda 30-an, tidak bekerja. Bila ditanya, isteri tahu ker suami nikah hari ini, si suami jawab tahu, tapi isterinya tak datang.

Kemudian apabila ditanya, adakah anak-anak tahu yang dia bernikah hari ini, dia menunjukkan anak-anaknya yang hadir dalam majlis tu. Anaknya 7 orang dah besar panjang dan anak sulung dah nikah dan ada anak. Maknanya pengantin lelaki ini dah ada cucu. Bila ditanya sendiri pada anakknya, adakah dia setuju bapanya nikah lagi satu, salah seorang anak lelakinya jawab.

"Biasalah ustaz, ada kuota dua lagi, hehe". Jawab salah seorang anak lelakinya usia 20-an.

28 Mac 2012

Cerita Pasal Topi, Kelakar Juga (Episod 2)

Sampai di Simpang Renggam malam tu, nampaknya kedai tu bukak. Dari dulu saya tahu yang kedai tu bukak siang dan malam. Ada dalam 4-5 meja yang ada orang dalam kedai tu. Kebetulan, kereta saya dapat paking betul-betul depan kedai tu.

Dalam kereta tu, saya perhatikan suasana dalam kedai tu, saya tak turun terus. Tiba-tiba saya nampak orang yang buat roti canai tu pakai topi, macam topi saya. Tapi dia pakai terbalik, yang depan jadi ke belakang. Orang tu pulak tengah syok tebar roti canai.

Nak Buat Camner ?

Saya tak keluar lagi dari dalam kereta. Tengah fikir, camner nak mintak topi tu dari orang tu. Lelaki tu badan gemuk juga dan saya tak pernah tengok dia pagi tadi. Pening juga saya memikirkan, takkanlah saya nak pegi mintak saja kat dia.

Nanti kalau dia mengaku tu topi dia beli, susah juga saya. Tapi, saya tahu, topi tu tak ada jual kat kedai dan ada satu lambang.
Camner saya nak buat ?

27 Mac 2012

Uniknya Bahasa Orang Johor, Ramai Orang Tak Tahu

Kalau orang tak tahu, ramai orang anggap bahasa orang Johor ini sama saja. Contohnya masa saya belajar kat luar Johor dulu, orang tak tahu saya orang mana selagi dia tak tanya saya. Sedangkan dia boleh tahu orang Kedah, Kelantan atau Terengganu  tanpa bertanya pada orang tu.

Ada juga loghat daerah yang lebih halus lagi seperti dari daerah Muar, Segamat, Batu Pahat, Sg Rengit, Kuala Sedeli yang mempunyai loghatnya tersendiri. Sampai sekarang, bahasa ni masih digunakan.

Air Tawo – Air Tawar
Bak - bawa
Bandor – Bandar
Belajor – belajar
Besor – Besar
Betok - Ikan puyu

Bobos - bocor
Buboh - letak
Cador – cadar
Calor – calar
Cenonet - kecik


Engko – Engkau
Esbok – Peti Sejuk
Gambor – Gambar
Gebor – selimut
Getol - Sekel kepala
Grobok – Almari
Hangen – angin
Hantor – hantar

Jajan – Makanan Ringan
Jerang - masak air/nasi
Jerih - Semput
Jotos - sekel (Aku jotos kepala engko kang)
Kang - nanti
Kejor – Kejar
Kerek - Eksen
Kolah - tempat simpan air
Koknai - Main kejar kejar
Kokot - ambil sampai habis
korang - engkau orang
Kosi – kerusi

Lantak - hentam keromo
Lapor – Lapar

Laymo - Limau
Lawo – cantik
Leceh - lambat (Leceh betullah ko ni)
Longgo - Longgar

Mancah - Menebas
Muor – Muar


Ngeteh – Minum air di kedai
Nonong - tanpa memperdulikan apa-apa pun (Orang tu nonong ajer)
Pasor – pasar
Pasor Lambak – Pasar Malam
pestol – pistol

Peygang-  pegang

Sarap - Sarapan

Nyonyot - Hisap
Nor - betul (panjang nor cerita ni)
Pakkal - Nasib baiklah
Segor – segar
Selipor – selipar

Semangka - tembikai
Sengabong - Sungai Abong
Sila panggung - Duduk rilek
Sogame – sekolah agama
Sokkabor – Surat Khabar


Tanak - Masak
Tampor – tampar
Terpeleot - terseliuh
Tikor – tikar
Tombot - pelupusan sampah
Tualo - tuala

Motosikal - Orang Muar tak panggil moto, dia panggil 'motosikal'.

Televisyen - Orang Muar tak panggil TV, tapi panggil 'televisyen'.

23 Mac 2012

Misteri Air Dari Atap Terjawab Juga...... (Episod 2)

Sebenarnya, air mengalir dari atas atap rumah saya dah lama berlaku, dah berbulan-bulan. Tak ada apa  yang nak dihairankan sebab saya tahu, itu air dari tangki atas tu. Air kemudian mengalir ke atas bumbung, bukan banyak mana, tapi adalah juga.

Seingat saya sudah dibaiki dalam 3 kali tapi kebocoran itu tetap ada, almaklumlah rumah lama.  Rasanya pelampung dia ada masalah.

Sebagai penghuni pula, saya ni bukan suka komplain sana komplain sini, cukuplah nikmat yang kita ada. Bil air juga bukanlah tinggi mana walaupun tinggi juga, dalam RM 20-25. Rasa rumah lain kalau tak bocor, tentulah rendah pada tu.

Akhbar Cerita Misteri di Sebuah Daerah

Sebuah akhbar hari ini cerita satu peristiwa kononnya misteri di sebuah rumah. Kejadian ini berlaku tak jauh dari tempat saya walaupun bukan dalam daerah saya. Kalau berlaku di daerah saya, sudah tentu saya ditanya wartawan bertalu-talu dalam isu ini.

Semalam saya ke daerah berkenaan dan Kadi berkenaan cerita pasal isu ini. Dia sahkan bahawa air itu adalah air paip yang ada kebocoran atau pelampong rosak. Air berkenaan pula ada klorin, menunjukkan itu air yang dibekalkan SAJ. Dengar cerita, bil air orang tu tinggi dan di luar kebiasaan. Saya sendiri tengok bil airnya yang begitu tinggi melalui gambar yang diambil. Kawan saya juga menunjukkan rakaman video di lokasi berkenaan pada saya.

Air Penawar

Isu ini berlaku beberapa bulan lepas dan orang kita ni dalam isu ini, sikit-sikit misteri atau ajaib. Ramai yang datang nak ambil air penawar penyakit. Ada seorang tu kata air tu boleh baikkan sakit gaut dia, hahaha, kena tipu  lagi orang kita. Kalau betullah boleh ubat gaut, lepas ni pegilah makan sotong, udang atau daging banyak-banyak, tempe. Tengok, dapat gaut ke tidak.

Dapat Duit

Akhbar yang sama juga cerita ramai pelawat dari luar datang dan ada beri duit sebagai derma. Biasalah, tuan rumah kata bukan dia mintak tapi orang  bagi. Bagus juga idea ini yer, buat cerita mengarut  sikit, dapat duit pulak.

Tapi nasihat saya, dah dapat duit tu, bayarlah bil air. Sebab nak pulangkan pada orang yang derma tu susah pulak.

Banyak Sangat Cerita Hantu

Saya tak setuju dengan banyaknya cerita hantu  kat TV. Saya yang kerdil ini sedar yang pandangan saya bukan orang  nak dengar pun, tapi saya akan terus beritahu yang cerita hantu ini hanya merugikan saja, walaupun menguntungkan  pihak yang memperniagakan drama berkenaan. Disebabkan cerita hantu beginilah, orang mudah terpedaya dengan cerita misteri ini.

Rumah Saya

Saya cerita pasal rumah saya dan ada beribu-ribu rumah orang lain lagi  yang ada air mengalir dari tangki atau paip atas rumah. Kalau semua nak mendakwa ada misteri, banyaklah benda misterinya.

Jangan Sampai Rosak Akidah (Murtad, Syirik, Khurafat, Bid'ah)

Kita dilahirkan sebagai seorang Islam dan kita selalu berdoa supaya matikah kita sebagai seorang Islam. Ada banyak contoh yang saya berikan terutama dalam ceramah saya, yang ada orang lahir Islam tapi mati dalam keadaan sesat dan murtad. Contohnya, bila saya sentuh isu Ayah Pin, kita lihat yang orang berilmu pun jadi sesat, malah orang berpendidikan juga ada yang sudah meninggal dunia dalam kesesatan.

Janganlah sampai berlaku perkara murtad, syirik, khurafat, bid'ah yang sesat atau perkara lain yang boleh meruntuhkan akidah kita sebagai seorang Islam. Walaupun di negara kita, status terkeluar Islam hanya boleh ditentukan oleh Mahkamah Syariah saja, tapi pernahkah kita terfikir, berapa ramai yang sudah murtad dan rosak akidah tapi tidak dibawa atau memohon ke mahkamah syariah ?

Allah Tidak Ampun Dosa Syirik

Firman Allah Taala yang bermaksud,

"Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan dosa orang yang syirik, dan Allah mengampunkan dosa yang lain sekiranya Allah kehendaki".

Syirik ini kes berat, bukan macam buat maksiat lain yang boleh bertaubat. Saya bimbang, disebabkan air atas atap punya pasal, nanti orang kita boleh syirik. Disebabkan penyakit dia sembuh sebab minum air itu, dia boleh percaya kepada kekuasaan makhluk lain yang boleh menyembuhkan penyakit selain Allah, itu boleh jatuh Syirik. Jadi sebelum terjerumus ke lembah syirik itu, bertaubatlah terlebih dahulu.

Dari Episod 1, Klik Sini

Air Jernih Turun Dari Atap Rumah Saya ?

Cuaca panas dan tak hujan, tapi air jernih turun dari atap rumah saya. Air apa ini ?

 Selagi belum ada jawapan, sudah tentu jadi tandatanya atau misteri.

...BERSAMBUNG KE EPISOD 2
http://kadikluang.blogspot.com/2012/03/misteri-air-dari-atap-terjawab-juga.html

Cerita Pasal Topi, Kelakar Juga

Satu hari, Ahad, saya dari Kluang nak ke JB. Singgah di sebuah kedai makan di Simpang Renggam sarapan pagi. Oleh kerana masa tu hujan renyai, saya pakai topi. Topi itu ada satu yang istimewa dan saya jarang pakai, tapi oleh kerana ada satu saja topi dalam kereta hari tu, saya pakailah topi tu.

Apa Yang Istimewanya Topi tu ?

Ada satu yang istimewa, pertama lambangnya bukan senang dapat. Orang yang kasi hadiah pada saya topi tu pun orang yang tertentu juga.

Selesai sarapan, hujan renyai dah berhenti dan saya terus masuk ke kereta. Bila sampai di JB, saya tercari-cari semula topi tu. Adakah topi tu tertinggal di kedai makan tu ? Mungkin juga dan kemudian saya memang pasti yang saya terlupa tadi.

Tapi bagaimana ? Saya dah sampai JB, takkanlah nak balik cepat untuk ambil topi tu ? Bukan dekat tu. Pening kepala saya memikirkan. Bukan soal harga topi tu, kalau ada jual di kedai saya tak kisah, ni bukan ada jual. Macam mana nak dapatkan semula topi tu ? Mungkinkah juga topi tu dah tak ada lagi kat  kedai tu, mungkin orang lan dah ambil. Tapi takper, saya fikir malam nanti kedai tu buka, nanti saya singgah.

Petang tu, saya main ping pong di Desa Rahmat JB dengan kelab ping pong Melayu Johor. Masa main tu, macam tak tenang, mengenangkan nasib  topi tu. Lepas Maghrib, saya bertolak ke Kluang dan sampai di kedai kat Simpang Renggam tu dalam 8.45 malam. Nampaknya kedai tu buka.

Tapi apa cerita topi saya tu ?

22 Mac 2012

Bapa Tak Hirau Pasal Anak, Tak Mahu Jadi Wali


Seorang bapa 50-an sudah bercerai dengan isterinya berbelas tahun dulu. Kesemua 3 anak perempuan dan 1 anak lelaki dijaga oleh bekas isterinya. Kemudian lelaki ini kawin lain dan mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa serta tidak memberi nafkah kepada anak-anak dengan bekas isteri.

Kini tiba masa anak perempuannya 20-an hendak bernikah. Pada mulanya bapanya bersetuju menjadi wali pernikahannya yang dijadualkan di sebuah masjid. Bagaimanapun bapanya tidak hadir pada hari berkenaan, menyebabkan pernikahan terpaksa dibatalkan. Manakala majlis kenduri terpaksa berjalan seperti biasa pada hari yang sama walaupun pengantin tidak dinikahkan.

Bagaimanapun, seminggu selepas itu barulah bapanya hadir ke pejabat kadi untuk menjadi wali kepada anaknya. Pernikahan berlansunglah walaupun sudah lewat seminggu. Anak-anaknya begitu kecewa dengan bapanya yang dikatakan tidak mahu bertanggungjawab dengan anaknya.

19 Mac 2012

Dulu Orang Kaya, Sekarang Jadi Orang Susah

Sekali dengar memang susah nak percaya cerita ini. Cerita apa ? Cerita seorang lelaki anak 4, dulu dia orang kaya, sekarang dah jadi orang susah. Dulu dia kerja kerajaan, kemudian pergi ke swasta dan kemudian buat bisnes sendiri. Waktu dalam kerajaan dan swasta kira dia walaupun belum kaya tapi kira semua cukup. Masa berniaga, dia boleh dipanggil orang kaya atau jutawan.

Siapa dia ini ?

Saya tanya dia mengenai beberapa orang yang dia kenal sebab dia mengaku dia kerja itu. Memang dia kenal orang itu, malah rakan satu pengajian universiti dengannya pun ada. Waktu di swasta, gajinya mencecah 10,000 sebulan. Isteri dia juga kerja kerajaan yang gaji besar juga. Apabila bersara (bukan pencen sebab lelaki ini tidak ada pencen), lelaki ini masuk bidang perniagaan yang serba sedikit ada kaitan dengan kerjanya selama dalam kerajaan dan swasta dulu.

Kalau dikira pengalaman dia, secara kasarnya memanglah kita rasa dia akan berjaya dalam bisnes yang diceburinya. Tapi kemewahannya tidak lama, akhirnya bisnes dia lingkup. Habis semua duit simpanan dan KWSP dia. Bila ditanya, macammana duit itu boleh habis, katanya banyak kena tipu dalam bisnes. Yang tipu ini adalah kawannya sendiri, satu bangsa satu agama juga. Jumlahnya kalau dikumpul-kumpul, angka sudah mencapai angka juta.

Makan Duit Pencen Isteri

Bernasib baik juga isteri ada pencen  1,000 lebih sebulan. Kalau nak ikut macam orang lain, dapat pencen penuh tapi isterinya tak penuh sebab ambil pencen awal. Tapi bila ditolak kos hidup sekarang, kira macam tak ke mana juga. Anak dia 4 orang iaitu 3 sedang belajar di universiti termasuk seorang di luar negara dan seorang sedang sekolah berasrama. 

Dia hanya ada sebuah rumah di KL yang sudah dibelinya lama dulu dan dah habis bayar bank. Itu sajalah rumah yang dia ada, nak dijual tak patut pulak, nak duduk mana nanti. Dia ada satu kereta yang usianya dah belasan tahun, dah habis bayar bank, nak tukar kereta tak mampu.

Anak Belajar Banyak Keluar Duit

Anak 3 orang universiti, seorang sekolah asrama, bukan sikit belanjanya. Setiap bulan ibubapa terpaksa beri pada anak untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Kiranya giliran ibu dan bapa dah selesai, dulu ibu dan bapa belajar sampai universiti juga. Hidup mak bapak senang tapi sekerat jalan saja senang, lepas tu jadi susah pula.

Bukan kata nak beli baju dan seluar baru, nak makan  pun mak bapak tak  cukup sekarang. Namun, hidup ini perlu diteruskan. Ibu dan bapanya banyak habiskan waktunya di masjid berjemaah dan banyak berkawan dengan ustaz-ustaz dan imam-imam. Dia sedar masa muda dan senangnya dulu dia banyak lalai dan alpa.

Isterinya pula selalu bersedih tetapi akhirnya menerima hakikat yang hidup ini adalah seperti putaran roda, ada masa kita ada kuasa dan jawatan. Dan ada masanya kita berada di bawah, orang lansung tak mahu pandang kita. Isterinya jadi seorang yang lansung tak mahu meminta-minta dari orang lain. Pasangan ini tak mahu mintak tolong sana, mintak tolong sini walaupun kawan-kawan satu pengajiannya dulu sekarang jadi orang besar dan hebat. Pasangan ini redha, bahawa kekayaan itu bukanlah jaminan kebahagian hidup yang mutlak.

Pasangan  ini jadi tabah menghadapi liku-liku hidup ini serta banyak berserah kepada Allah menentukan masa depannya. Yang dia mahu lihat sekarang adalah kejayaan anak-anak yang semuanya belajar pandai.

17 Mac 2012

Kemalangan Motosikal Depan Mata

Kemalangan motosikal di bulatan Kluang pagi Jumaat. Saya sempat ambil gambar. Melibatkankan seorang wanita, cedera, moto bergesel dengan kereta. Saya dari Taman Intan, menuju ke pejabat.

16 Mac 2012

Ketua Polis Negara Di Masjid Kluang

Pada 2 Mac 2012, Tan Sri Haji Ismail Bin Haji Omar  telah hadir ke Program Mengimarahkan Masjid di Masjid Jamek Bandar Kluang, Johor. Program ini adalah bertautan dengan Program High Profile Policing Ketua Polis Negara di daerah tersebut.

Program ini dilihat sebagai salah satu langkah positif PDRM dalam mengeratkan hubungan dua hala bersama masyarakat apabila pucuk pimpinan PDRM telah mengambil inisiatif bersama-sama terlibat di dalam aktiviti kemasyarakatan, khususnya dalam program mengimarahkan masjid.

Terima kasih Kepada Ketua Polis Negara kerana memilih Masjid Kluang.

15 Mac 2012

Nikah Dengan Gadis Orang Asli


Seorang kakitangan kerajaan 20-an bernikah dengan gadis orang asli 20-an di sebuah kampung orang asli kat sini. Gadis ini sudah Islam beberapa tahun lepas. Lelaki ini berasal dari sebuah negeri di pantai barat semenanjung, menetap dan bekerja di sini dalam 7 tahun.

Selamat Pengantin Baru diucapkan.

14 Mac 2012

Dari Pantai Timur Ke Kluang Melepas Rindu Dengan Janda

Lelaki 30-an, seorang pegawai, sudah ada isteri dan anak. Dia bercinta dengan seorang Janda 30-an, berniaga, yang dikenalinya sejak bertahun lalu. Janda ini dikatakan bercerai dengan suaminya disebabkan skandalnya dengan lelaki ini tetapi selama ini tidak pernah tertangkap.

Oleh kerana berjauhan, mereka sekali sekala sahaja berjumpa tetapi setiap hari berhubungan melalui telefon dan facebook. Lelaki katanya bahagia dengan isteri dan anak-anaknya dan isterinya tidak mengetahui perhubungan suaminya dengan janda ini.

Akhirnya pasangan ini ditangkap juga di rumah janda ini di Kluang dalam jam 3.00 pagi. Hanya mereka berdua sahaja di dalam rumah waktu tangkapan.

11 Mac 2012

Remaja 19 Tahun Khalwat Masa Solat Jumaat

Remaja lelaki dan perempuan 19 tahun ditangkap di sebuah hotel di Kluang sebelum solat Jumaat. Aduan mengatakan, sudah beberapa kali pasangan ini masuk hotel sebelum solat Jumaat dan keluar sebaik saja selesai solat Jumaat.

Setelah menerima aduan, penguatkuasa membuat tangkapan terhadap pasangan ini 20 minit sebelum azan.


08 Mac 2012

Pengalaman Bersama Janda Anak Tiga

Lelaki 34 tahun, sudah kawin dan ada 3 orang anak, datang dari Selangor ke Johor nak pergi rumah kawan dia kawin. Sebelum tu dia telefon dengan seorang janda 37 tahun, anak 3. Janda ini sudah bercerai dengan bekas suami dia dan bekerja di sebuah kilang.

Mereka baru berkenalan dalam seminggu, katanya kerana salah dail nombor telefon. Lepas kenal, mereka selalu berhubung dan bertukar gambar. Dari Selangor, lelaki singgah di Batu Pahat ambil perempuan ini. Kemudian mereka ke rumah orang kawin di Kota Tinggi.

Balik tu, mereka singgah di Kluang dan ambil keputusan bermalam di sebuah hotel lebih kurang jam 12.00 malam. Akhirnya dalam jam 2.30 pagi, pasangan ini telah ditangkap khalwat dengan penguatkuasa jabatan agama.

Itulah kisah pengalaman lelaki ini dengan janda anak tiga.

Pengumuman Perdana Menteri, SBPA Mansuh, SSM Kekal

Skim gaji kakitangan kerajaan, Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan untuk dilaksana berkuat kuasa 1 Januari lalu, akan dimansuhkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Sehubungan itu, 1.4 juta kakitangan awam akan tertakluk kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang diguna pakai sebelum ini, dengan dilakukakan penambahbaikan. Perdana Menteri juga berkata, sebuah suruhanjaya khas yang terdiri daripada pelbagai pihak akan dibentuk bagi mengkaji sistem saraan perkhidmatan awam secara menyeluruh.

Gaji Naik

Beliau yang juga Menteri Kewangan  mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus bagi Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pelaksana dari Gred 1 hingga Gred 54, bagi Kumpulan Gred Utama C,B,A (sembilan peratus), Gred Turus 3 dan 2 (lapan peratus) dan Gred Turus Satu dan Ketua Setiausaha Negara (tujuh peratus).

Najib juga mengumumkan jadual gaji matriks yang dilaksanakan sekarang diubahsuai kepada gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.

Cola Naik Juga

Bagi Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA), Najib mengumumkan kenaikan kepada RM250 sebulan dari RM200 bagi kawasan B manakala bagi kawasan C dinaikkan kepada RM150 daripada RM100. Perdana Menteri membuat pengumuman itu pada perhimpunan khas bersama penjawat awam di Dewan Perdana Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi ini.

07 Mac 2012

Sembilan Bulan Selepas Dirogol, Baru Buat Report, Lamanyer...

Perempuan 20-an buat report dia dirogol seorang lelaki 20-an yang dah ada isteri dan anak. Tapi reportnya 9 bulan selepas dirogol. Dia mengandung 9 bulan.

Sebenarnya ceritanya apa, ceritanya mereka berdua buat kerja suka sama suka di beberapa hotel. Lepas mengandung dan lelaki tak mahu bertanggungjawab, barulah perempuan buat report.

Tapi, apa kesan pada report dia pada polis. Polis kena terima apa saja report, kalau tak mahu terima, nanti polis pula dipersalahkan. Tapi, kita kena fikir sendirilah, kenapa kes ini  susah untuk mensabitkan kes rogol ? Yer ler, dah 9 bulan baru report, kenapa tak 9 jam atau sehari dua lepas kejadian. Istilah rogol adalah bukan sukarela tapi dipaksa. Kecualilah perempuan tu bawah umur, ini dah lebih umur.

 Akhirnya kes ini dirujuk ke Jabatan Agama dan jelaslah kesalahan ini dan bukan susah untuk mensabitkan pasangan ini ke mahkamah syariah. Lebih lagi perempuan sudah mengandung hasil perbuatan terlarang mereka.

05 Mac 2012

Bapa Menangis Masa Akad Nikah, Dia Tak Layak Jadi Wali

Suasana menyedihkan dalam satu majlis pernikahan. Waktu jurunikah sedang menikahkan satu pasangan, terdengar suara seorang lelaki dalam kelompok orang ramai yang hadir. Rupanya yang menangis itu adalah bapa kepada perempuan.

Pernikahan itu berlansung secara 'wali hakim' setelah mendapat perintah mahkamah. Waktu bapa dan ibunya bernikah 20 tahun lebih yang lepas, ibunya sudah mengandung 7 bulan. Maknanya, dia bukan anak bapanya yang sah. Bapanya tidak berjaya menahan kesedihan di hari bahagia anaknya.

02 Mac 2012

Dalam Proses Nak Kawin Dua, Kena Tangkap Khalwat Pula

Lelaki 40-an berniaga, katanya dalam proses nak nikah lagi satu dengan perempuan 20-an. Isteri pertama dia cikgu berijazah di Kluang dan punyai beberapa orang anak. Katanya dia sedang dalam proses nak mohon kepada mahkamah syariah untuk dapatkan kebenaran lagi satu. Dakwaan dia ini dikuatkan dengan suratnya kepada peguam dia dan peguamnya mengaku kes ini dalam proses.

Bagaimanapun, petang itu dia ditangkap khalwat di dalam sebuah rumah dengan seorang wanita warga asing 20-an yang dikatakan bakal isteri keduanya itu.