Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

01 Januari 2011

Tahun 2011 : Patutkah Hentikan Bayaran Bulanan Insuran Nyawa, Hayat atau Takaful ?


Melangkah ke tahun 2011, banyak cabaran baru yang akan kita tempuh. Paling ketara adalah kenaikan harga barang selepas kenaikan harga minyak baru-baru ini. Keadaan ini berlaku di seluruh dunia, bukan di negara kita saja. Harga barangan satu persatu meningkat dari hari ke hari, sedangkan gaji dan pendapatan kita adakah meningkat juga ? Meningkat atau tidak meningkat itu cerita lain, kalau saya kerajaan tak naikkan gaji kakitangan awam, gaji saya tak naik juga. Kalau tak meningkat pun, gaji yang sedia ada ini pun sebenarnya sudah cukup kalau kita berbelanja dengan berhemah. 

Hentikan bayaran insuran hayat ?

Ramai juga orang yang mengambil insuran hayat atau takaful dengan bayaran bulanan. Tapi mereka masuk insuran ini, adakah mereka faham betul sama ada untung atau tidak. Saya menulis ini berdasarkan pengalaman saya jadi agen insuran sejak tahun 1996 lagi selepas lulus ujian bertulis dan bergerak sebagai agen sebuah syarikat.

Agen insuran bergerak bertemu pelanggan dan agen ini semua katakan yang baik saja pada insuran yang mereka bawa itu. Yang paling penting pada mereka, pelanggan yang mereka temui seharusnya masuk insuran. Sejak saya di Kluang, saya melarang agen insuran bergerak mempromosikan insurannya dalam kursus pra perkahwinan di pejabat Kadi. Bukan apa, bukan saya menyekat agen dari masuk ke situ tetapi suasananya tak sesuai. Saya tak  mahu bakal pengantin dikelirukan oleh agen insuran yang tak henti-henti memujuk peserta.

Agen insuran sepatutnya, sebelum menarik orang masuk ke insurannya, sepatutnya menerangkan, siapakah yang layak dan tak layak masuk insuran dulu. Contohnya, orang yang bergaji bawah seribu, baru berkahwin, patutkah mereka potong seratus sebulan untuk suami dan seratus sebulan untuk isteri ? Agen kata perlu sangat. Tapi pada saya, ekonominya belum mantap untuk potong 20 peratus pada gajinya untuk insuran itu.

Kisah benar

Ada seorang ustaz ni, gaji dia dalam RM 1500 sebulan. Selepas tolak ansuran kereta, sewa rumah, pinjaman peribadi dan insuran sejumlah 120 sebulan, gajinya cuma tinggal RM 200 saja sebulan. Pada saya, sewa rumah memang kena bayar, tak bayar kena halau tuan rumah. Ansuran kereta memang le kena pakai kereta sekarang ni. Personal loan kenalah  bayar sebab potong gaji walaupun duit semuanya dah habis. Tapi insuran hayat atau takaful, kenapa kita memaksa diri kita bayar insuran itu ?

Saya cadangkan dia potong saja insuran itu. Dia telefon agen tapi agen nasihatkan supaya jangan hentikan sebab dia rugi kalau hentikan. Sebenarnya siapa yang rugi, dia ke agen itu. Jawapan paling tepat, agen itu yang rugi sebab tak dapat komisen bulanan dari bayarannya(mungkin 20, 30 atau 40 peratus dari wang yang dibayar setiap bulan)

Wanita Kakitangan Kerajaan

Seorang lagi kakitangan kerajaan gaji dalan RM 2000 sebulan, bayar kereta, personal loan dan insuran dirinya dan 3 orang anaknya menyebabkan gajinya tinggal RM 400 saja sebulan. Bayar insuran saja untuk dia dan 3 anak sudah RM 390 sebulan.

Saya katakan pada dia, kenapa sanggup kurangkan gaji kita sebanyak 390 itu, banyak tu. Dia kata insuran ini tabungan. Siapa yang kata tabungan ? Agen yang kata. Dia tak tahu agen itu mengelirukan kita. Sebenarnya tabungan adalah tabungan, insuran adalah insuran. Maksudnya, kalau kita nak menyimpan sebagai tabungan, masuklah bank atau ASB atau Tabung Haji dan lain-lain. Ini kalau kita masuk insuran, sebenarnya tabungan kita tak sebanyak mana.

Seorang ustaz masuk insuran

Seorang ustaz, 10 tahun lalu masuk insuran bayar RM 120 sebulan. Dia dijanjikan, selepas tamat 10 tahun nanti, syarikat insuran akan kembalikan wang yang banyak kepadanya. Rupanya bila tamat 10 tahun baru-baru ini, dia dapat duit tak seberapa, malaslah saya nak beritahu, ciput sangat. Dia menyesal sebab katanya kalau simpan Tabung Haji, belum masuk faedah sudah 14,400. Kalau masuk faedah mungkin ada tambahan ribu-ribu lagi.

Tamatkan insuran

Wanita itu baru-baru ini menamatkan bayaran insurannya dengan pergi sendiri ke pejabat insuran itu selepas 3 tahun bayar bulanan. Berapa banyak yang dia dapat ? Dia taknak fikir berapa banyak sebab yang penting pada dia, sekarang perbelanjaan terutama anak sekolah semakin meningkat.

Pada dia, dapat sikit, dapat sikitlah. Yang penting adalah perbelanjaan sekarang, bukannya 10-15 tahun lagi seperti yang dijanjikan oleh syarikat itu.

Kalau tak masuk insuran kenapa ?

Tak boleh hidupkah kalau tak ada insuran ? Mati ker kita ? Mak ayah kita dulu t ak ada pun insuran, boleh hidup bahagia, boleh besarkan anak juga.

Kalau Mati Anak Terbela

Satu sebab masuk insuran sebab kalau kita mati, anak dan isteri kita dapat duit. Jadi kalau kita tak masuk insuran, adakah tak dapat duit ? Yer le, kalau kita ada tinggalkan duit simpanan, KWSP, ada rumah, tanah dan duit lain, anak isteri kita ada duitlah. Tapi kalau kita tak ada semua itu, sibuk bayar insuran, manalah kita nak ada duit ?

Suami Bekerja Kerajaan

Kalau suami bekerja kerajaan, meninggal dunia, anak dan isteri akan dapat pencen. Jadi apa takut ? Kalau suami kerja swasta, tentu ada KWSP atau perkeso dan lain lain.

Insuran yang dah sedia ada

Ada orang yang dah ada insuran tapi dia tak tahu dia dah ada insuran. Contohnya dia masuk koperasi atau syarikat tempat dia kerja dah bayarkan insuran. Jadi kenapa nak ambil insuran bayar bulanan lagi ?

Suami Bekerja dan Isteri Bekerja

Kenapa isteri ambil insuran ? Nanti kalau isteri mati, suami dapat duit, suami kaya. Lepas tu suami kawin lagi. Kalau isteri tak ada insuran dan mati, suami kan boleh hidup dengan gaji dia, cukuplah tu.

Masuk insuran sebab nak dapat rawatan

Ada banyak kes, agen janji macam-macam masa pujuk kita masuk insuran. Dah berlaku kemalangan, agen insuran banyak dalih. Satu cerita tu seorang ustaz ulang alik setiap hari dari Batu Pahat ke Muar naik moto. Satu hari tu dia kemalangan menyebabkan dia patah 4 gigi dan cedera di  muka. Dia masih tersenyum sebab dia ada insuran. Tapi bila ke syarikat itu, dia tak dapat apa-apa sebab kecederaan yang dialami tak sampai berlaku kematian atau tiada mengidap penyakit seperti yang diinsurankan. Kesian ustaz ni, gigi dah tak ada, nak jadi imam pun suara dah tak sedap.

Kerja kerajaan hospital free

Kalau dah masuk hospital free, kenapa perlu bayar banyak-banyak pada syarikat insuran ?

Kerja swasta biasa ada klinik panel

Kalau dah ada klinik panel, kan dah free kat situ. Yang pergi habis duit bayar insuran mahal-mahal buat apa ?

Masuklah Insuran Yang Bayar Rendah

Ada satu insuran kelompok yang sebahaigan besar staf pejabat saya masuk. Bayaran dia RM 30 sebulan dan mendapat perlindungan sehingga RM 50,000 kalau berlaku kematian dan ada faedah lain yang saya dah lupa. Ini bukan dikira simpanan sebab RM 30 tu dikira bayar insuran, tiada pemulangan kalau tiada tuntutan.

Jadi kalau anda belum ada insuran, kalau rasa nak juga masuk insuran, masuklah insuran kelompok ni. Tapi kalau taknak masuk insuran pun, tak apa. Saya pun tak masuk insuran pun, saya tak rasa hidup saya sebagai kelas ketiga pun.


Fikirkanlah

Ada banyak lagi isu di sini. Bacalah buku bertajuk 'Wang' terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, kulit warna merah, banyak jual di kedai buku ni. Banyak cerita pasal orang yang  masuk insuran tetapi sebenarnya rugi.

30 ulasan:

  1. Salam..
    Terima kasih atas perkongsian ini tuan.
    Sy akan cancel insurans sy dan suami secepat mgkin.

    BalasPadam
  2. Salam ustaz, saya telah amik insurans nyawa slps saya lihat salah seorg ofismate sy meninggal dunia pd thn lps dn keadaan ye mcm tdk terbela di hospital krjn... itu yg membuatkan sy mengambil insurans dgn hrpn, sekiranya sy sakit, sy akan ditempatkan di hospital yg lbh baik... dn x nak menyusahkan keluarga memandangkan sy nie hnya pekerja kontrak... jd mcm mana yer ustaz?

    BalasPadam
  3. salam tuan
    koi baca entry ni baru koi terfikir..betul la aok katakan tu...terima kasih share kat sini

    BalasPadam
  4. Puteri Lindungan...
    tengok kawan meninggal dunia, semua orang meninggal dunia. Bukan itu faktor kita nak masuk insuran.

    Mengenai layanan hospital kerajaan dan swasta, kita selalu meletakkan persepsi yang kurang baik kepada hospital kerajaan. Sedangkan bukan semuanya begitu. Kenapa kita tak fikir pula, hospital swasta lebih meletakkan keuntungan berbanding hospital kerajaan.

    Kalau anda pekerja kontrak dan kerja tak tetap, kenapa anda masuk insuran ? Adakah kalau anda hilang pekerjaan, insuran akan bayar ? Tidak. Pada saya, kerja kontraklah patut kita beringat dan belanja berhemah, bukan membazir masuk insuran yang belum pasti keuntungannya.

    Anda nak teruskan, teruskanlah tapi kena pertimbang beberapa perkara. Pertama, bayaran sebulan itu adakah dalam kemampuan kita ? Kalau mampu pun, adakah kita ada menyimpan duit dalam Tabung Haji atau ASB ?

    Kalau anda cuma mampu masuk insuran, tapi tak mampu simpan duit, kita rugi sebenarnya. Nanti kalau ditakdirkan anda hilang pekerjaan, duit simpanan kita boleh bantu, insuran bukan boleh bantu.

    Kedua, ambil perlindungan rawatan hospital, sebanarnya kita kena tahu, apa perlindungan yang kita dapat. Adakah kerana kematian saja kita boleh dapat ? Kalau gitu orang lain yang dapat duit kita bila anda mati. Sedangkan orang itu bukan bergantung hidup pada gaji kita pun.

    Kita kena tahu, sakit dan rawatan apa yang kita boleh dapat ? Jangan nanti dah sakit, insuran kata anda tak layak, dah banyak berlaku. Bacalah buku "Wang" tu, semua cawangan POPULAR ada jual, Badan Cemerlang Angsana pun ada. Harga pun murah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. batalkan jer insuran..contoh kalau sakit masuk hospital swasta. diakhirnya kalau swasta tak boleh akan dihantar ke hospital kerajaan juga.

      Padam
  5. JINKAMEN....
    Terima kasih. Sebelum tu nak beritahu. Tulisan ni bukan nak menghasut atau mempengaruhi mana-mana pihak. Tapi saya nak buka minda kita supaya berfikir sejenak. Tulisan saya ini akan ada orang yang tak suka juga.

    BalasPadam
  6. menabung dgn membeli emas dan perak lebih untung dari simpan duit dlm bank.

    BalasPadam
  7. Salam ustaz,
    Terima kasih krn berkongsi maklumat ni. saya bersependapat dgn tulisan ustaz ni.

    bbrape bln lps, saya dan kwn2 ofis ada bbincang hal ni. kbnyakanye ambil insurans tp tak fahamkan betul2...Ramai yg ambil insurans sbb takut makin meningkat umur, macam2 penyakit melekat. so, ingatkan bila sakit masuk hospital, insurans tlg cover.. tp pengalaman kwn2 kata, ada syarikat insurans minta dahulukan duit sendiri...kemudian claim..tp pd saya, org bnyk ambil insurans sbb nak syarikat insurans yg cover..
    Soal masuk hospital, wlpn ramai yg keje gomen..kbnykkan lbh suka pergi ke hospital swasta krn pd persepsi mereka swasta lbh baik. bila sakit mereka nak dilayan baik2 bknye nak rasa bertambah2 sakit...sakit telinga..

    ustaz, saya rasa org bujang mcm saya x perlukan insurans la sbb yg penting banykkan simpanan. bkn ape, bergelut tiap2 bln nk buat simpanan.
    so, saya mmg ada ura2 nk cancel insurans yg diambil satu2nye ni.

    tulisan ustaz benar2 membuka minda dan hujahan2 yg diberikan begitu membina.. x sia-sia saya terjumpa blog ni bbrape bln lalu..

    teruskan berusaha memberi penulisan yg manfaat pada semua

    BalasPadam
  8. Menabung dan membeli emas dan perak untung ?

    Tak semestinya untung... rugi kalau kita beli pada harga tinggi dan jual pada harga rendah. Harga emas dan perak sekarang kita tak tahu, selepas ini dia akan tinggi atau turun, semua ada risiko.

    Janganlah letak persepsi beli emas dan perak semua untung. Kalau ikut sejarah dulu, ramai orang beli emas dan perak untung, itu sejarah. Tidak semestinya sejarah gemilang akan kembali. Sejarah kejatuhan kenapa kita lupa ?

    Begitu juga pelaburan dengan membeli rumah, tanah, saham, kenderaan dan lain-lain. Semua ada risiko turun naiknya.

    Yang tak ruginya tapi untung adalah simpan duit. Akan bertambah duit kita sebab ada faedah, lepas tu bayar zakat pun masih untung lagi.

    BalasPadam
  9. Salam ustaz..maaf mencelah.

    ustaz kata "Yang tak ruginya tapi untung adalah simpan duit. Akan bertambah duit kita sebab ada faedah, lepas tu bayar zakat pun masih untung lagi. "

    Saya pernah dengar bahawa faedah (interest) tu riba. macam mana nak bayar zakat dgn campuran wang dari riba?

    lagipun wang itu sendiri zatnya adalah riba. contoh saya beli kambing dari si fulan. si fulan beri saya kambing tapi saya pulak bagi "kertas" yang tak ada nilai hakiki mcm emas perak. bukankah itu riba sebab tiada unsur keadilan dan persamaan nilai disitu? sedangkan mata wang syariah adalah emas dan perak?

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama (kenapa anda tak ada nama ker ?)

    Bukan semua faedah atau keuntungan dari simpanan atau pelaburan adalah riba. Jangan sempitkan dengan menyatakan semuanya riba. Kalau simpan di Tabung Haji atau bank-bank atau pelaburan lain yang lulus syariah, tidak jadi riba.

    Malah di Bursa Malaysia, ada lebih 80 peratus saham yang lulus syariah, disahkan oleh panel syariah. Untuk lebih jelas, sila rujuk fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

    BalasPadam
  11. Betul tu Tuan... Insuran ni ada falsafah rahsia... Insuran kata 'Kalau boleh, Jangan bayar'
    Menabung di ASB atau Tabung Haji lagi baik. Menabung ini mungkin kita tidak menjadi kaya, tetapi kita tidak terkontang kanting di saat memerlukan wang...

    BalasPadam
  12. info yang sangat berguna, terima kasih ustaz.-ahmad-

    BalasPadam
  13. pandai ustaz, nak tanya apa beza maksud insuran dengan khairat kematian. insuran (nama sekarang), khairat kematian (nama dulu dulu). boleh ustaz terangkan perbezaan dan persamaan. Ustaz dulu agen insuran am ke hayat?

    BalasPadam
  14. ustaz..saya mohon untuk share entry ustaz ini

    BalasPadam
  15. assalamualaikum. terima kasih atas info yang bermanfaat ini . =)

    BalasPadam
  16. ustaz, saya da masuk takaful selama 6 tahun..tempoh matang 21 tahun...adakah rugi kalau saya batalkan sekarang?....

    BalasPadam
  17. ustaz, buku "wang" tu, tajuknya mmg "WANG" ke ustaz...saya nk pergi cari ni...

    BalasPadam
  18. salam ustaz...sblm mik apa2 insurans@takaful, fahamkan dulu apa yg dicover & pe yg x...tanya je ejen tu btol2...better mik plan yg smua ada iaitu PERUBATAN,SIMPANAN & PERLINDUNGAN ... lengkap & smua ada...kebyakn org mik insurans yg hnya beri PERLINDUNGAN shj...so kna byr dlu,br leh claim...duit SIMPANAN plak mesti bleh dikeluarkan bila2 ms...bukan hanya bleh kluar slps 3 thn ke, 5 tahun ke....susah la klo time tdesak tu...utk dpt manfaat PERUBATAN tu, kita kna ada medikal kad...crilah sykt yg offer had seumur hidup yg tinggi antara 500K-1.5juta & cover sampai umo 70-80 tahun...jgn hanya cover 20-30 tahun shj...rugi mik plan cm2..klo mik plan yg cover sampai umo 40-50 thn, so bl nk renew dh x cover pnyakit sdia ada & premium pon tinggi...pilihan ada ditangan kita...samada kita nak yg susah dahulu @ susah kemudian...klo kita disahkan hidap sakit yg perlu pbedahan rm20K-30K, pd sp kita nk minta tlg??adik bradik?sdara mara??pikir-pikirlah....sebrg permasalahan blh hubungi sy di zz_camp@yahoo.com.
    TQ

    BalasPadam
  19. saya pernah jadi agen insurans pada tahun 1990an. tak sampai setahun jadi agen, saya berhenti. sebabnya ialah tidur tak lena, hati sering resah. sebab setiap hari bercakap fasal insurans, rasa hati gelisah. bila selalu bercakap tentang "kebesaran" insurans, maka hati akan hilang "kebesaran" allah. rasa aura diri semakin kelam.

    nak cerita panjang, tak pandai susun ayat. takut org salah faham. jadi baik saya stop dulu.

    BalasPadam
  20. saya selalu berdebar2 masuk insurans sebab takut akidah rosak kerana mengharapkan insuran sebagai pelindung padahal hanya Allah pelindung kita. itu saya ah orang len saya tak tau

    BalasPadam
  21. salam,
    dulu sy agent insurans tp berhenti separuh jalan kerana usia sgt muda 19 tahun (skrg pun muda lg 26 tahun :p ) tp skrg sy berniat kembali utk jd agent insurans separuh masa. Kenapa? Niat sy mmg nak tlg org .sbbye? skrg sy kerja di mahkamah. cukupla sy katekan sy tau serba sedikit mengenai harta pusaka. Sedih bila tgk terdapat jurang antara kite org Islam dan bukan Islam dlm prosedur ini. Hal bg non muslim menjadi lebih mudah kerana Insurans sedikit sebanyak membantu mereka, semuanya perlukan wang bukan? Tp sebaliknye bagi kite org Islam, sedih sy katekan sbnrnye apabila kite mati kelak tanpa kite sedari kite akan meninggalkan hutang kpd anak2 dan keluarga kite. Insurans tu sedikit sbyk boleh selesaikan hutang2 kite nanti. Sy sendiri takut apabila mati berhutang! Ye mmg sgt benar hanya Allah shj yg pelindung kite. Isi ustaz di atas pun ade benarnye. Tp yg pentingkan fahamkan dlu apa itu insurans dan jgn sekali2 ambil insurans kerana terpaksa. sebarang pertanyaan & pandangan boleh email kpd sy sembatsulam@gmail.com. Wasalam - yani

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya amat bersetuju !

      Padam
    2. Pampasan insurans bukannya besar sangat kalau premium kecik... pengurusan perbelanjaan lebih penting daripada bergantung kepada insurans. Kalau mampu, dipersilakan ambil insurans. Tapi kalau gaji paras hidung, insurans hanya menambah beban...

      Padam
  22. Mungkin sy terlambat baca/responds. Ustaz ni x pengaruhi sesapa.. Tp sesapa yg trpengaruh tu just kosongkn kejap fikiran and fikir. Jgn buruk sangka kat agen, mmg ada agent yg tamak. just fikir kbaikan utk anda. Perlindungan hanya harap pd Allah. Tp usaha atas kita. Bukan semua agent gile komisen. Insurans bkn charity, its a bisnes. A win-win bisnes. Pengguna kena bijak, amek yg ada medical card + svings. Cari agent yg betol, smp anda puas hati. Brckp dr pengalaman sendiri. Hanya yg pernah merasa keperitan dan kehilangan yg tahu konsep survival n preparation. Yg mati tetap mati, tapi kita yg hidup tipu lah kalu xde hajat nk berikn yg trbaik waktu org trsyg atau diri sndr terlantar di hospital.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju 100%. Jangan dipandang nilai insuran itu tiada langsung. Tiada orang lain yang boleh tolong termasuk Ustaz sendiri ( kecuali Allah ) jika musibah datang. Tengoklah contoh2 banyak artis yang terlantar sakit dan sebagainya. Mereka meminta dan mengemis untuk dibantu. Waktu senang memang rasa tak perlu, tapi jika dah kena nanti, baru kita boleh ingat balik samada Uztaz ni cakap betul atau tidak. Sekian. Hanya satu pandangan untuk kita semua fikirkan.

      Padam
  23. Setuju dengan ulasan tanpa nama, berfikir sbelum bertindak, buat kajian tentang insurans anda, pergi HQ terdekat, selesaikan masalah kewangan anda.. beringat sebelum kena, xda orang tolong anda waktu anda kesempitan, orang pandai cakap jer nasihat jer, cek status perlindungan anda,insurans kelompok anda, cari agen insurans yg betul2 buat kerja dia.. atur budget anda sebaik mungkin, sekian terima kasih. Jangan tinggalkan harapan kepada org2 yg anda syg tinggalkan juga jalan penyelesaiaannya, selagi kita hidup selagi itu kita perlu makan, tempat perlindungan dan perlindungan kesihatan kita, bersakit sakit dulu bersenang senang kemudian. Sekian terima kasih..

    BalasPadam
  24. Sekarang hospital kerajaan tak free. Yg Kerja kerajaan pn tak fully free.
    Pencen pn tak besar mana.ramai pesara terpksa bkerja diusia emas sbb pencen dpt berapa saja.
    Kwsp pn sama. Kita tak boleh mengharap 1 tabungan semata-mata.
    Merancang kewangan dengan cara bijak.1)buat simpanan 2)Lindungi simpanan & pndatan anda.
    Kalau tahun Ustaz hospital kerajaan free, pencen&kwsp ckup,tp tahun skrg hospital kerajaan berbayar.tak semahal swasta tp still ada kos.tak mustahil 1hr nnti fully berbayar.sama jgk pencen & kwsp.3thun duit kwsp hbis. Jgn sempitkan minda dengan kata bila simati tglkn duit psgn kwin lain..duit tu skrg2 nya blh membantu urusan psgn slpas kmatian psgn.

    BalasPadam
  25. Baca la dengan teliti apa kata ustaz...

    perangai orang kita ni lain macam sikit terutama kalau komen ustaz ni boleh mengancam periuk nasi mereka...

    terbaca satu frasa "Jangan beli insuran... " terus buat melompat ke dalam kesimpulan kata orang puteh ustaz ni anti insuran...

    sedangkan dalam ayat penuhnya ustaz kata "Jangan beli insuran kalau tak mampu."

    BalasPadam

Dipersilakan komen.