17 Januari 2011
Lelaki Nak Nikah Lagi Satu, Jumpa Kadi
Seorang lelaki ni datang dengan seorang imam ada hajat besar. Oleh kerana saya kenal dengan pak imam ni, dapatlah orang ni jumpa saya di bilik walaupun agak saya sibuk sikit.
"Tuan Kadi, macam mana saya boleh nikah lagi satu ?" Tanya lelaki 60-an tu.
"Tuan kadi, niat kawan saya ni ikhlas nak beristeri lagi, tolonglah tuan". Tambah pak imam ni pula.
Dia bercadang nak nikah dengan seorang wanita janda 30-an yang kematian suami beberapa tahun lepas, masih bergetah dan ada anak satu. Isterinya ada mensyaki dia berkawan dengan wanita ini dan sering cemburu. Setakat hari tu, dia belum beritahu isterinya yang dia nak nikah lagi satu tu.
Masa keluar dari bilik saya tu, nampaknya dia ceria saja. Mungkin pertemuan itu memberi suntikan kalbu dan membuka sinar baru dalam hidupnya. Apa yang saya terangkan itu, 'biarlah rahsia' seperti lagu Siti Norhaliza.
Semoga berbahagia.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Nok bagi adil tu jarang2 yang boleh buat...
BalasPadamustaz suka sgt berahsia.....
BalasPadamEhhh..Nak, nak, nak jugak boleh ustaz?
BalasPadamsaya ade masalah juga ustaz..isteri saya alhamdullillah xde masalah,malah die yg menyuruh saya cepat berkahwin dgn yg lg satu ni..cuma hari tu saya merujuk kpd pejabat agama islam johor tp pertimbangan & prosedur mahkamah pulak bermasalah.Skang saya ade bisnes sambilan & juga bekerja tetap..mereka selalu bersama..niat saya juga mngelakkan fitnah ( kami bertiga selalu bersama dlm satu2 masa )..Bolehkah ustaz memberi pandangan@membantu saya? unsung96@yahoo.com
BalasPadamSila mohon poligami di Mahkamah Tinggi Syariah. Permohonan lebih mudah sekiranya isteri pertama setuju dan suami dapat menunjukkan perkara lain seperti pendapatan, harta dan persefahaman antara isteri pertama dan kedua.
BalasPadamSekiranya ada kerumitan, lantiklah peguam syarie kerana kita kurang kemahirann tentang prosedur mahkamah ini.
cara mudah takde ke ustaz?
BalasPadamApakah hukumnya suami yang sudah berkahwin (kahwin di thai le kot) tetapi merahsiakan perkahwinan keduanya dengan isteri pertama.
BalasPadam