31 Januari 2011
Hujan Semakin Lebat di Kluang, Batu Pahat dan Segamat, Beberapa Kawasan Banjir
Hujan turun dengan lebat di Kluang tanpa henti buat hari keempat. Beberapa kawasan sudah banjir di Kluang, Batu Pahat dan Segamat. Rakan saya Johor Bahru dan Muar menyatakan, beberapa kawasan turut banjir sekarang.
Kawasan orang asli di Kluang dan Mersing terus terputus hubungan. Sms dari pegawai penggerak orang asli yang berada di kampung berkenaan menyakatan, ada jambatan runtuh dan sungai melimpah. Laluan ke Taman Negara di Kluang juga tidak boleh dilalui. Beberapa jalanraya juga dinaiki air dan pengguna sila dapatkan maklumat terkini dari pihak berkuasa.
Kepada pengguna jalanraya, sila gunakan lebuhraya Utara-Selatan untuk ke sesuatu destinasi di Johor. Gambar di atas, saya ambil di depan INTAN Kluang petang semalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dipersilakan komen.