Untuk Memilih Tajuk Artikel Dalam Blog Ini, Sila Taip Perkataan di sini.

07 Januari 2011

Sembilan Orang Kena Tangkap Kes Judi Nombor Ekor


Sembilan lelaki ditahan penguatkuasa Agama Kluang dalam operasi di kedai judi nombor ekor di bandar Kluang baru-baru ini. Tangkapan ini melibatkan dua kedai judi iaitu 6 orang di kedai pertama dan 3 orang di kedai kedua. Beberapa orang cuba melarikan diri dan berlaku pergelutan dengan penguatkuasa. Bagaimanapun kesemua mereka berjaya ditahan.

Kesemua mereka akan didakwa di Mahkamah Syariah Kluang dalam tempoh terdekat di bawah seksyen 18 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997. Jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali kerana membeli atau berada dalam rumah judi.

1 ulasan:

  1. Salam. Tahniah kepada Pejabat Agama Kluang! Perkara mcm ni perlu diteruskan untuk membendung masaalah sosial keluarga khasnya org Islam dan menjaga agama Islam itu sendiri.

    Malu la bila diperli oleh org bukan Islam kenapa ramai org Islam main judi (walaupun dapat dijawap tapi hati sakit).

    Nah! sekarang dari ingin menjadi 'kaya' sudah mendapat malu dan 'miskin' RM3,000-00 atau silap2 kena kedua2nya sekali.

    BalasPadam

Dipersilakan komen.